Kenapa Obsess Dengan Cendawan Busut?


Kenapa aku obsess dengan cendawan busut ni? Tahap obsess aku, aku rasa kalau ada orang jual tepi jalan aku akan cakap, shut up and take my money.

Cendawan ni memanglah sedap tapi itu bukanlah perkara utama sangat. Cendawan ni bukan boleh ditanam sesuka hati. Ianya hanya akan tumbuh sekali sekala. Aku rasa dia ada berkaitan dengan anai-anai sebab kalau ada kelkatu dan musim hujan InsyaAllah dia ada tumbuh. Kelkatu macam sign. So cendawan ini rare.

Lagi satu cendawan ni tak tahan lama. Kira max 3 hari lah kut jangka hayat hidup dia yang sedap untuk dimakan. So kau kena kutip dia dalam keadaan perfect. Topi dia tak kembang lagi tu memang perfectlah. So dia rare, dan special.

Yang selebihnya hanyalah lebih kepada nostalgia. Aku dulu orang susah hidup dikelilingi kelapa sawit. Selain daripada ikan sungai, cendawan ini antara makanan special. Excited bila dapat kutip sama-sama arwah bapak aku. Tak sabar nak makan sup cendawan, goreng cendawan. Itu je lah. Nostalgic.

Semalam kawan aku cakap dekat Semenyih ni dulu ada, tapi since kawasan estet dijadikan kawasan perumahan memang takdelah tumbuh lagi. So aku tak terkejut kalau benda ni satu hari nanti pupus. Macam minyak ketior, aku rasa dah pupus kut. Minyak ketior ni lagi special, bersambung...

No comments: