Kroni Sampah - Rage Pada MPKJ!

Sebenarnya tak salah kalau kita bagi job pada kroni atau individu yang akan bolot macam dia akan hidup selamanya tapi dia deliver job tu dengan bagus, cekap, amanah, jitu dan sangat memuaskan daripada kau pass dekat sesiapa sebab taknak bagi pada so called "kroni" tu tadi sebab terasa ethically wrong.

Ceritanya macam ini, aku duduk rumah aku sekarang since 2006. Dahulu kala hidup aku aman damai dengan tukang angkat sampah akan angkat sampah 3 kali seminggu. Selepas itu bila kerajaan negeri bertukar, aku dengar yang diaorang taknak bagi job angkat sampah ni pada "kroni" yang biasa. So bukak tender dan bagi pada malaun mana ntah. Nak menjaga ethic bapak dia kononnya.

Kalau buat kerja aku takde masalah. Ini kalau nasib baik sampah rumah aku akan dikutip 2 kali seminggu. Kalau nasib baik! Kalau nasib tak baik seminggu sekali!! Masalah aku ialah kitaorang kat rumah selalu memasak so banyak sampah basah. Kalau masak maggie sekalipun akan ada sampah basah sebab maggie aku direncahkan dengan sotong atau udang. Jadi bila dah masak almost everyday mestilah sampah pun dibuang everyday. Dan bila lambat kutip, sampah aku dah berulat² dan busuk. Bayangkan perut sotong, lemak ayam, perut ikan.

Masalah besarnya yang buat aku rage pagi-pagi ialah aku bayar cukai pada MPKJ! Dan cukainya bukan sikit.

1 comment:

Voldemort said...

Sapa nak bayar gaji exco yang naik sampai 300%? dari Rm6k jadi 18k? kau lah! haha