Masalah Pekerjaan Yang Paling ******** 2

Kebanyakan company bagi bonus dan increment mengikut performance. Ini bagus, takde nak argue apa.

Tapi ada juga company yang bagi sama banyak. Atau kalau ada lebih bosses akan rotate supaya semua orang akan merasa dapat lebih. Benda ni baik kalau semua orang bekerja dengan bagus.

Masalah besar ialah bila ada sesetengah orang yang slack melampau masih dapat bonus dan increment yang sama. Untuk setahun dua tahun pertama kau akan cool sebab bukan dia ambik bahagian kau pun pun tapi lama-lama kau akan sedar kalau ikut performance kau deserve dapat lebih dan orang yang problematic dapat sikit, maknanya bahagian kau ada pada dia.

Aku pernah dapat increment 2 kali above average. Setelah disiasat aku tau aku lebih 1% daripada orang lain sebab masa appraisal boss aku tak boleh argue nak kurangkan markah aku. Dan bila boss aku cakap pasal rotate² ni tadi aku malas nak argue tahun ni. Aku takdelah marah boss aku sebab aku tau niat dia baik, dia nak semua merasa dan 95% staff bawah dia semua bagus-bagus belaka.

No comments: