Menangis Hantar Mak Ayah Pergi Haji

Aku perasan ramai orang yang pelik tengok orang menangis-nangis hantar mak bapak pergi Haji. Bukankah kita seharusnya gembira untuk orang yang pergi tu? Lagipun zaman sekarang bukannya zaman pergi haji naik kapal laut.

Biar aku jelaskan kenapa dan harapnya korang tak pelik lagi selepas ini.

Sebab pertama mungkin anak-anak ni dah biasa dengan mak bapak, tak pernah berpisah. Duduk asrama tak pernah, dah bekerja pun masih tinggal dengan mak bapak lagi. Tetiba masa pergi haji kena berpisah 40 hari. So jadi sedih.

Sebab yang kedua yang mungkin lagi logik ialah mak bapak ni dah tua. Macam aku daftar haji hari tu, umur aku boleh pergi haji adalah pada umur 79 tahun. Tak payah 79 tahun, bila pergi pada umur 65 tahun pun kita dah nampak mak bapak kita, maybe 90% orang umur macam ni dah tak larat. Ada penyakit, orang ramai. Manalah tau diaorang meninggal di sana macam arwah ayah kawan aku. So ada possibility yang masa dekat Kompleks Tabung Haji tu lah saat terakhir korang dapat peluk mak bapak korang.

Itu je kut. Apa-apa pun doakan aku dapat pergi masa umur muda dan aku pergi sebab aku mampu bukan disponsor. Amin.

No comments: