Sony Playstation


Sekarang aku dengan anak aku Umar tengah gila main game. Sebab dia dah nak cuti sekolah dan tahun depan nak masuk darjah 1. Kira pulunlah sehabisnya nanti sibuk nak belajar. Kalau mak aku nak datang dia boleh duduk rumah main game tak payah duduk nursery. Kalau mak aku taknak datang maybe boleh ajak mak mentua or kitaorang duduk rumah mak mentua aku teruslah kut seminggu sebab sana adik ipar aku ada PS3.

Bolehlah dikatakan Sony Playstation satu peripheral yang kosnya agak tinggi. Game dia pun sama. Tapi somehow ianya sangat berbaloi. Untuk anak-anak aku sendiri game-game ni mengajar untuk terus mencuba, mengajar untuk belajar (Tengok tutorial di internet), mengajar bahasa Inggeris, membantu memantapkan hand eye coordination dan macam-macam lagilah. Tapi kalau aku main game perang tembak kepala orang tu tak baiklah kalau diaorang tengok. Tapi untuk aku baik sebab release tension hehe.

Playstation 4 dah nak keluar, so kalau berminat aku galakkan beli. Jangan tengok video games ni satu benda yang membuang masa atau melalaikan. Banyak jugak kebaikannya. Apa-apa pun PS3 masih relevant lagi sebab developer akan jual game PS4 dan PS3 serentak (kecuali special title untuk PS4 lah). So maybe tahan 3-4 tahun lagi.

1 comment:

sero said...

sony sy pasti pilih...