Rage Pada Size Baju


Aku suka beli barang online. Dan kadang-kadang beli pakaian jugak. Risiko yang aku bakal hadapi ialah size baju aku kecil atau besar daripada size biasa. Size baju aku L. Aku pun tak pasti size L aku ni size Malaysia ke, UK ke, Asia ke, US ke. Kalau size seluar senang, universal.

Kenapa size baju ni lain-lain?? Kalau jersi Man Utd size L memang perfect kat badan aku tapi kenapa size baju Puma kena pakai XL? Kenapa dalam dunia ni tak standardize size bajunya. Tak kisahlah aku perlu pakai size S asalkan size S aku tu muat untuk aku pakai dan aku boleh beli dari mana-mana kawasan dalam dunia ni.

Kenapa tak standardize??? Adakah bila aku cakap aku pakai size L tetiba Luna Maya nak dekat aku? Adakah bila aku cakap aku size S tetiba orang pandang rendah pada aku? Kalau zaman IRC dulu awek terus taknak chat dengan aku.

No comments: