Semua Orang Akan Menghadapi Saat Ini Sekali Seumur Hidup

Awal pagi kelmarin masa aku tengah baring-baring dan Liza tengah siapkan anak-anak aku teringat yang nasi malam tadi ada sedikit lagi. So dengan bersemangatnya aku berlari ke dapur, keluarkan bawang segala dan telur dua biji. Mengingatkan recipe mak aku kali ni aku bebas nak masukkan cili api sebab kalau makan satu family anak-anak tak makan pedas.

Bersungguh-sungguhlah aku menumbuk bahan-bahan bawang tu tadi dengan cili dan ikan bilis dengan bersemangat. Semuanya tersusun rapi, pantas tapi sangat sistematik. Bila dah siap, aku nak goreng telur mata. Aku nyalakan api sekuat mungkin sebab nak bagi masak telur putihnya dan telur kuning masak sikit-sikit je. Favourite aku tu, dan aku goreng telur dulu sebab kalau goreng nasi nanti nak kena basuh kuali pulak sebelum goreng telur. Satu telur buat lauk, satu telur campur dalam nasi. Mewah.

Tak cukup dengan itu sementara telur digoreng aku ambik cendawan sikit basuh, potong² nak masuk dalam nasi tu tadi. Lengkap semua ada, tersusun je bahan-bahan. Hebat breakfast aku.

Bila aku pergi tengok telur goreng aku dengan perlahan-lahan api terpadam. Rupa²nya gas habis. Tak guna!!

Aku teruskan jugak memasak dalam rice cooker. Dalam keadaan penuh kesedihan.. Dan kekecewaan.

No comments: