Sixth Sense

Aku ada sixth sense yang mana aku boleh sense bila aku nak dapat benda yang boleh buat aku gembira. Kadang-kadang benda ni baguslah, tapi most of the time benda ni tak best sangat sebab benda best yang aku akan dapat tu ialah benda yang aku memang expect pun.

Katakan bila aku ada perasaan nak dapat benda best ni aku imagine aku menang hadiah sebuah kereta dalam contest yang aku masuk bulan lepas tapi sebenarnya aku hanya dapat sepeket Milo yang aku tau orang Milo tu memang dah post pada aku.

So sixth sense aku ni takdelah best sangat. Sekarang aku ada rasa macam nak dapat benda best, tapi mungkin video games yang aku beli awal minggu hari tu, bukan benda best macam ada orang nak bagi aku Ipad Mini ke apa ke.

No comments: