Sony Playstation 4 Malaysia

Sony Playstation 4 Malaysia akan mula dijual pada 20hb December. Tapi ramai Malaysian gamers yang bising sebab harganya mahal. Sebab harga di US dan Singapore kalau diconvert kepada MYR memang tak sampai harga Malaysia ni. Maybe tax atau apa-apa je lah alasan diaorang. Gambar ini di ambil dari Facebook Gamer's Hideout dan korang boleh beli dari diaorang jugak lah.


Apa yang menariknya mengenai PS4 ini ialah warranty boleh di cover di South East Asia Country. Maksudnya kalau korang beli set Singapore dan tetiba ada masalah korang boleh claim warranty dekat Sony Malaysia. Benda ini bagus sebab ramai je dulu orang beli PS3 Singapore set tapi bila ada masalah kena hantar ke sana lah. Ramai dealer yang ambik set sana dulu. Untuk PS4 ni aku assume akan jadi macam itu jugaklah sebab kalau SGD di convert ke MYR harganya lebih murah dari harga Malaysia ni.

Apa-apa pun pendapat aku sendiri harga ni memang mahal dan aku tak nampak aku akan beli dalam masa terdekat. Lagipun PS3 masih relevant. Anyway, dengan harga macam ini, aku rasa Sony perlu buat iklan di TV untuk console bagi menarik dan meluaskan lagi pengguna Playstation sebab seingat aku takde lagi promotion secara terbuka. Tapi mungkin sebab diaorang tau produk diaorang sentiasa laku so tak payah nak advertise.

Untuk maklumat lanjut yang lain boleh pergi sini:

http://asia.playstation.com/my/en/ps4

Kalau korang berminat sangat dan memang nekad nak beli, korang boleh pre-order:

http://asia.playstation.com/my/en/newsdetail?id=1420

No comments: