Suka Hati

Aku selalu cerita pasal cendawan busut. Cendawan yang rare, bukan boleh dapat setiap hari. Dan semenjak aku dah berhijrah ke sini memang agaknya 5 tahun sekali baru aku dapat makan. Sekarang ramai aku jumpa kawan di facebook dan mereka yang duduk di kampung tu ada lah upload gambar dan aku akan jealous bila diaorang jumpa cendawan ini.

Nasib aku baik sebab adik aku balik cuti baru-baru ni dan ada orang jual cendawan ni kat pasar. Mak aku masakkan dan bagi adik aku bawak balik untuk dikongsi bersama aku. So semalam aku travel dalam 40km sehala ke rumah adik aku untuk makan. By the way ada jugak mak aku bekalkan cendawan yang belum dimasak. Malam ni aku nak goreng jelah kut.


Masak lemak, favourite aku, buat sup pun sedap jugak sebenarnya.


Tapi yang paling sedap goreng macam ni je lah. Ini adalah sayur yang paling sedap dalam dunia ini.


Makan macam orang gila. Aku dah cakap awal-awal dekat adik ipar aku, sorry menyibuk datang rumah dia makan haha.

Syukur dengan rezeki dari Allah, aku risau cendawan ni pupus satu hari nanti.

No comments: