Tanah Pusaka

Aku kadang-kadang kelakar bila dengar cerita orang berebut pasal tanah pusaka pada zaman sekarang. Kelakar sebab orang-orang ni dah berhijrah ke mana-mana tapi hadap sangat tanah pusaka yang dekat ceruk mana.

Dan lagi kelakar ialah bila orang tua cakap tanah pusaka patut dikekalkan sampai hari kiamat.

Mungkin aku ni dah lupa asal usul tapi pada aku apa gunanya ada tanah kalau lokasinya entah dekat mana-mana lepas tu tak tau nak uruskan macamana. Nak tanam sawit ke nak tanam getah ke, nanti pening fikir siapa nak uruskan tanaman.

Pada aku senang cerita jual, pusaka tak pusaka. Jual, duit tu beli rumah-rumah yang ada potensi untuk disewa dengan harga mahal. Apalah sangat yang nak dimaintain rumah sewa kalau dicompare dengan tanah atau tanaman getah atau mungkin terbiar terus tanpa hasil. Duit sewa pun terus masuk account, wired transfer dekat waris-waris. Senang.

1 comment:

Voldemort said...

Patutlah kalau kau jalan kat highway kadang tu, kau boleh tengok ada certain ladang sawit yg mmg dah takde sapa jaga. Buah buruk atas tandan, tinggi, banyak paku pakis.

Betul. Ko suruh je felda handle, duit kasi kat ko, ko agih kat adik2.