Sambutan Tahun Baru Dan Bantu Membantu

Kelmarin aku nampak tajuk dalam surat khabar pasal orang tak setuju sambutan tahun baru sebab bercanggah dengan Islam.

Aku tak setuju jugak sambutan besar-besaran tapi alasan aku bukan sebab agama tapi lebih kepada pembaziran. Aku rasa siapa yang berbelanja sakan dan menunjuk tu macam insult aku yang tengah tertekan dengan kenaikan segala benda.

Sabtu hari tu masa dekat Jusco AU ada budak Cina ni approach aku cakap. "Encik, saya bukan nak jual barang, saya nak mintak bantuan untuk orang-orang ni" sambil tunjuk buku dan gambar² orang apa ntah. Masa tu aku baru lepas tolak permintaan anak-anak aku nak beli buku Ironman dengan Frozen. Aku tau buku tu banyak gambar dan sticker je so aku tak bagi beli dan again memang mahal. Perghh macam cheapskate gila aku ni, tapi itulah kenyataannya. Buku jenis tarik perhatian budak tapi takde isi, ambik kesempatan.

Anyway aku cakap dekat budak tu "Takpelah". Dia push aku lagi dan bila aku tak layan dia cakap dekat aku. "Encik, Encik tak mau bantu kah?" Perghhh manisnya kau bercakap, kalau ikut angin dalam badan aku seriously aku nak cekak leher budak tu dan bagi penumbuk sekali dan jerit. "Aku beli peralatan sekolah anak-anak aku lu mau bantu ka?? Aku nak makan lu mau bantu ka??? Anak aku nak beli magazine lu mau bantu kah???"

Tapi aku tak buatlah sebab aku bukan tingkatan lima lagi. Kalau buat confirm masuk Harian Metro.

Anak Saya Nawal Zahrah


Aku jarang cerita pasal Nawal. Mungkin sebab aku kurang risau pasal dia. Nawal ni orangnya sentiasa ceria dan tak pernah ada masalah. Baru umur 3 tahun pun, nak ada masalah apa. Tapi itu ungkapan aku untuk dialah "Budak Takde Masalah". Dia sentiasa ceria dan selalu ketawa.

Dia bijak jugak, kalau ajar tu cepat je, cuma dia kurang fokus. Sekejap je fokusnya. Macam abang dia lain, abang dia boleh fokus sesuatu benda dengan penuh dedikasi dalam masa yang lama.

Aku harap anak aku yang ini cerialah sampai bila-bila. Biarlah hidup dia gembira dan tak sentiasa depressed macam aku. Hahaha.

Kucing


Kitaorang ada bela seekor kucing yang dinamakan Mr. Alex. Sebab kesian dia seorang aku cari lah kawan untuk dia dan kebetulan kawan aku Ira nak bagi anak kucing dia sebab kucing dia dah banyak. So semalam aku ambiklah.


Kucing-kucing ni aku letak dalam bilik kecik dekat rumah aku. Lengkaplah semuanya. Masalahnya sekarang Alex tak suka dengan kucing-kucing baru ni. Aku harap dalam seminggu jugaklah kut diaorang nak suai kenal.


Ini Mumu. Penakut nak mampus dan aku risau dia akan mati sebab ketakutan. Tapi tadi aku perasan dia pergi makan, so mungkin akan terus hiduplah kut. Nama kucing ni Ira yang bagi so malaslah nak tukar.



Ini Opie, selain untuk bagi Alex kawan sebenarnya kucing-kucing ni untuk anak-anak aku main jugaklah. Aku cadang nak neuter kan, tapi sebab diaorang ni baka mainecoon campur persian campur kucing tempatan aku rasa macam nak biak je kut, lepas tu bagi orang yang berminat. Tengoklah macamana.

Darjah Satu, Darjah Satu


Jumaat lepas Umar pergi orientasi darjah satu. Takdelah orientasi sangat pun sebab lepas ni ada dua minggu diaorang akan dilayan dalam proses transition dari tadika ke sekolah rendah. Aku dengan Liza pergi kantin dengar taklimat dan dia masuk kelas. Lepas tu aku bayar 30 ringgit duit file apa benda ntah dan lepas tu aku sambung dengar taklimat balik. Dalam pukul 10 lebih dah settle.

Diaorang sekolah dekat sini dalam sebulan je. Bulan Februari pindah sekolah dekat kawasan rumah kitaorang. Ni kira menumpanglah ni. Aku pelik betul kenapa diaorang tak rush gila-gila untuk boleh masuk bulan January je. Ni dah jadi hal nak pindah.


Alhamdulillah, dia dapat satu kelas dengan Azim, kawan baik. Hahaha. Kawan satu tadika dia. Diaorang memang bestfriend dan Azim ni selalulah jugak datang kitaorang aku naik basikal.


Settle, hari Khamis ni yang bebetul. Start dengan sekolah agama pagi. Aku cuti kut Khamis dan Jumaat. Next week pandai-pandailah. InsyaAllah ok sebab kawan baik ada.

Baju Sekolah Kain Koshibo Dan Cotton, Berkualiti Dan Berpatutan

Kawan aku ada menjual baju sekolah yang berkualiti dan harga berpatutan jenama Ilham Rashid.



Salam, kalau tuan/puan masih lagi mencari baju/seluar/kain sekolah, saya ada menjualnya. Diperbuat daripada kain koshibo dan cotton dengan jahitan yang amat teliti (lihat gambar). Jenama Ilham Rashid (Tok Tam saya). Berikut senarai RANGE harganya. InsyaAllah anda boleh bandingkan dengan harga pasaran dan bandingkan juga jenis kain dan kualiti jahitannya.

Hubungi saya di Facebook: https://www.facebook.com/ke.on.5





Baju kemeja putih (koshibo):
Saiz paling kecil (13) = RM14.90
Saiz paling besar (20) = RM19.90

Seluar panjang sekolah rendah (cotton):
Saiz paling kecil (20) = RM20.90
Saiz paling besar (30) = RM26.90

Seluar panjang sekolah menengah (cotton):
Saiz paling kecil (24) = RM25.90
Saiz paling besar (36) = RM32.90

Baju kurung sekolah rendah (koshibo):
Saiz paling kecil (22) = RM13.90
Saiz paling besar (40) = RM20.90

Baju kurung sekolah menengah (koshibo):
Saiz paling kecil (S) = RM22.90
Saiz paling besar (XL) = RM24.90

Kain kurung sekolah rendah (cotton):
Saiz paling kecil (22) = RM14.90
Saiz paling besar (40) = RM20.90

Kain kurung sekolah menengah (cotton):
Saiz paling kecil (S) = RM22.90
Saiz paling besar (XL) = RM24.90

Tudung putih 2 lapis (koshibo):
Saiz paling kecil (S) = RM11.50
Saiz paling besar (XL) = RM12.50

Alam Baru


Ok dah habis shopping pakaian dan barang-barang nak ke sekolah. Alam baru bukan untuk anak aku je tapi untuk kami semua. Segalanya akan berubah. Sekolah dekat dalam taman kitaorang dah siap tapi belum boleh masuk lagi, so sekarang dia sekolah di Bangi Lama dan akan sekolah petang. Nanti dah ready mungkin terbaliklah, sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang. Makan tengahari di sekolah agama tu tadilah. Jadi transit nak bersiap semua.

Aku cadang aku akan hantar dan ambik sebab office aku dekat jugaklah. Lebih selesa untuk anak aku dari naik van macam sardin dan driver bawak macam tengah race F1. Sebab sekolah ni jugak aku akan sampai office awal dan akan balik lambat so aku rasa takpe aku ambik masa lama sikit masa lunch time. Mungkin aku perlu beli moto untuk kurangkan kos, tengoklah nanti macamana.

Doakan yang terbaik untuk kitaorang dan anak aku berjaya jadi arkitek seperti yang dia idamkan.

Aku masih berdoa dan berusaha dapat kerja lain dengan gaji yang lumayan, tapi kalau dapat dan jauh dari rumah, anak aku terpaksalah naik van sardin tadi. Apa-apa je lah harap kitaorang dapat yang terbaik.

Happy

When was the last time you felt genuinely and overwhelmingly happy?

Stress Jugak Anak Nak Masuk Sekolah Ni.

Stress jugak anak anak masuk sekolah ni. Baju nak berapa pasang untuk seminggu? Aku dulu sekolah agama pakai baju biasa je sekarang ni nak pakai baju melayu sampin semua. Minggu ni baru nak all out shopping baju sekolah ni hahaha.

Sudah Kurang Adventurous Dalam Mencari Makanan

Dulu aku selalu cakap sementara ada selera ni kita makan je lah apa yang kita nak makan, nanti dah tua macam bapak aku makan ikan goreng je tiap hari. Sampai ke tahun lepas aku memang suka makan. Aku sanggup travel untuk makan. Aku sanggup cari segala recipe untuk makan. Tapi entah kenapa sekarang ni aku dah takde rasa nak makan bersungguh-sugguh lagi.

Bukan maksud aku dah takde selera tapi lebih kepada kurang adventurous nak mencari makan. Ada satu masa dulu aku suka memasak tapi sekarang dah takde minat dah. Aku sendiri pun takde makanan yang aku teringin nak makan. Nasi kandar tu setakat suka tapi nak drive ke KL pergi memang dah takdelah.

Kalau teringat nak makan something pun setakat teringat macam itu je lah. Boleh tunggu, tak perlu makan sekarang. Mungkin aku dah puas makan kut. Haha.

Pandangan Bebas Mengenai Bolasepak Malaysia Selepas Tamat Sukan SEA


Tamatlah sudah pertandingan bolasepak di Sukan SEA yang mana Thailand menjadi juara, Indonesia di tempat kedua, Singapura di tempat ke tiga dan negara kita Malaysia di tempat ke empat.

Walaubagaimanapun boleh dikatakan taraf beberapa pasukan di Asia Tenggara ini adalah lebih kurang sahaja bila empat pasukan tadi dibandingkan juga dengan Vietnam dengan Myanmar. Tidak ada satu pasukan yang dominan sepertimana pasukan hoki Malaysia yang boleh dikatakan memang terlalu hebat dalam semua perlawanan. Semua perlawanan termasuk perlawanan akhir! Enam pasukan yang aku sebut tadi adalah lebih kurang sahaja, kalah dan menang lebih memihak kepada nasib dan tahap kecergasan pemain.

Mengenai pasukan Malaysia sendiri kita tak perlu memandang jauh. Kita lihat sahaja kepada negara Singapura yang mempunyai populasi yang kecil tapi masih mampu melahirkan pemain-pemain yang setaraf dengan negara-negara besar. Kalau suatu ketika dahulu mereka meneutralisasikan pemain asing tapi sekarang kalau tak silap aku semua pemain Singapura bawah 23 tahun tu adalah pemain asal Singapura. Jadi di sini pihak-pihak bertanggungjawab perlu tanya diri sendiri. Kenapa kita negara yang besar, maju dan ada segala facilities tak boleh melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

Bila aku sebut pasal tahap pasukan yang lebih kurang dan pemain yang berkualiti aku teringat seorang pemain Malaysia yang boleh dikatakan berada pada satu kelas di atas iaitu Wan Zack Haikal. Wan Zack adalah contoh pemain yang berkualiti dan bagus. Yang boleh bawak kelebihan pada pasukan. Tapi kenapa kita hanya ada seorang sahaja "Wan Zack"? Dan bukan 20 orang?

Sekarang aku nak sentuh pasal kita punya culture sebagai rakyat Malaysia. Kebanyakan ibu bapa di Malaysia ni lebih mementingkan pelajaran dan kurang menggalakkan anak-anak mereka jadikan sukan sebagai kerjaya. Aku sendiri pernah menangis waktu petang tengok kawan-kawan training handball sebab arwah bapak aku taknak sign surat kebenaran wakil sekolah sebab dia suruh aku tumpu pada UPSR. Dan bila aku dah ada anak sekarang aku cuba suruh dia main bola dari umur setahun tapi sekarang aku dah pressure tengok orang upload gambar anak-anak ambik anugerah pelajaran akhir tahun di sekolah dan risau anak aku gagal dalam pelajaran. Dan disebabkan ini juga aku rasa ramai sebenarnya pemain yang bagus tapi terpaksa menumpukan pada bidang pelajaran. Bila cakap pasal topik ini aku mesti akan teringat seorang mamat Cina yang main macam Zidane yang aku rasa anytime boleh wakil Malaysia tapi dia kerja IT kalau tak silap. Mungkin kerja IT lebih menjamin masa depan.

Tapi aku dengar untuk season 2014 ni gaji player dalam Malaysia League besar-besar. Ada average satu pasukan 50 ribu. Yang gaji sampai 100 ribu pun ada. Baguslah, mungkin lepas ini semua nak jadi pemain yang outstanding, yang hebat macam Wan Zack atau Wayne Rooney untuk dapat kontrak yang mahal dan akhirnya dapat membantu pasukan Malaysia.

Apa-apa pun sekarang aku nampak banyak league untuk kanak-kanak dan harapnya league-league ini bakal melahirkan pemain yang bagus dan datang dengan pakej yang berbeza, yang fresh dan semestinya dengan mentaliti yang kuat. Mentaliti lemah di Malaysia ni bukan setakat pada pemain bolasepak je tapi pada kebanyakan atlit. Biarlah mentaliti diaorang kuat macam Nicol David dan Mohd Jironi Riduan. Kita perlukan atlit dan pemain bolasepak bermentaliti macam Lin Dan.

Dalam pertandingan Sukan SEA sendiri mungkin pertandingan bolasepak patut dimulakan dengan lebih awal supaya jadual tidak terlalu padat. Mestilah ada persetujuan antara semua negara mengenai jadual perlawanan supaya takdelah kes macam Malaysia yang main dua hari sekali dan main semua waktu petang.

Ok cukuplah, pasal taktik mungkin aku kurang berkenan dengan taktik long ball yang tak pernah sampai pada striker. Untuk Liga Malaysia aku rasa membenarkan empat pemain import ini adalah satu benda yang menarik dan diharapkan semua import ini berkualiti supaya league kita jadi menarik. Untuk FAM pulak biarlah orang lain yang cerita. Sekian terima kasih.

Umar Nak Masuk Darjah Satu

Sementara MC semalam aku uruskan hal-hal sekolah Umar ni. Untuk sekolah kebangsaan aku pergi beli buku. Untuk sekolah agama pergi register. Orang cakap dah masuk sekolah ni kurang sikit belanja tapi aku rasa lebih kurang je kut. Pergi sekolah nanti nak kena bagi duit belanja jugak haha. Lepas tu sekolah agama ni sekolah agama swasta sebab sekolah agama rakyat jauh.

Sekolah agama rakyat ni termasuk transit sekalilah tapi makan rehat paginya kena beli dekat kantin jugak.

Semoga anak aku boleh cope dengan perubahan.
_______________________________________________________________________________
Eh jap, tadi aku dapat voucher Seng Heng RM50 dari Lowyat punya website, voucher code dia ialah SHLOWYAT

Kena beli barang lebih RM50 kut, so tadi aku beli benda yang aku memang nak guna, Panasonic Nose Trimmer dengan satu bekas makanan, total campur shipping dalam RM60. Aku masukkan voucher tu bayar RM10 je.. Itupun sebab shipping RM8, maknanya harga barang seringgit je satu.. Shhhhh, kalau korang nak guna pergi sana sekarang: http://www.senheng.com.my/

Nose hair trimmer perlu sebab susah guna gunting hehehe.

Keep Calm And Teruskan Sokong Harimau Malaya


Ok Malaysia kalah di semi final. Kalah penalty kepada Indonesia. Ramai yang sedih dan ramai jugak yang marah. Untuk aku pulak, aku takde apa-apa perasaan sangat sebab klimaks bolasepak Malaysia aku ialah masa kita menang AFF Cup 2010 dulu. Standard yang aku set rendah je sebenarnya.

Sebab apa kalah? Walaupun sebagai pemain professional alasan-alasan ini sepatutnya tak valid tapi untuk menyedapkan hati sendiri aku tulis je lah.

Malaysia kena main 2 hari sekali diwaktu petang, pukul 4pm waktu tempatan. Ini taktik Myanmar, diaorang nak dapatkan gold sesangat so dia buat jadual macam tu, nak bagi Malaysia kering tapi diaorang tak dapat masuk semifinal pun. Semua orang nak pengsan. Kalau kau suruh Rooney main 2 kali sehari pun tak boleh nak perform all the time. Macam semalam ada mamat ni komen suruh buang Irfan. Padahal dalam masa 2-3 tahun itulah kali pertama Irfan drop sikit performancenya. Ada yang tanya kenapa Nazmi tak masuk dari awal. Korang ni tak ikut perkembangan dia ke mangkuk? Tak baca paper? Dia tak boleh main lama sebab ada masalah cramp dan dia sendiri prefer jadi sub. Rozaimi pun sebenarnya prefer jadi supersub. Tapi again, kalau boleh biarlah semua boleh main 90 minit dalam whatever condition pun.

Taktikal team Malaysia yang paling aku tak berkenan ialah long ball. Dapat bola hantar depan. Kalau tepat tu takde masalah, ini tak pernah sampai pun. Ok cukuplah pasal benda ni sebab aku bukan coach. Oh cakap pasal coach, Ong Kim Swee patut dikekalkan. Dia lain dari yang lain. Mungkin title Dato yang dapat awal sangat tu tak bawak luck. Hehehe.

Sebab apa tajuk aku suruh keep calm? Kita ada ramai player yang bagus dan sebenarnya kita datang ke Myanmar tanpa 6-7 orang player yang injured. Dan diaorang boleh straight masuk ke first team tanpa masalah. Wan Zack, Gary, Fandi, Junior, Nik Shahrul, Shahrul Azwari and siapa ntah lagi. Andai kata semua orang sihat dan dicampurkan pula dengan pemain senior memang confirm kita yang paling hebat di ASEAN ni dan mungkin boleh jadi antara yang terbaik di ASIA.

Apa-apa pun jujur aku anggap diaorang training di Slovakia tu tak membawa hasil sangatlah pun sebab Singapore pun masuk semifinal. Diaorang setakat main league dekat Malaysia je. Takdelah beza jauh sangat.

Ok dah, dan teruskanlah sokong bolasepak tempatan. Dan semoga Thamil Arasu dapat membawa Selangor ke next level pada tahun hadapan. Anak aku sokong Selangor.

Stomach Bug

Aku sakit perut since Ahad hanya kerana seketul daging basi yang aku makan hari Sabtu hari tu. Hari Isnin kena teruk dan aku pergi klinik balik dari office. Selasa macam dah ok tapi makan masih kurang. Semalam macam dah ok aku makanlah macam biasa semula sebab aku dah lapar, sekali jadi balik dan sampai ke hari ni.

Hari ni aku MC je lah sebab nak jumpa doktor sekali lagi dan aku malas nak makanlah kut. Mungkin boleh kurus kering macam ni.

Sebab seketul daging je aku seksa dah empat hari. Doakan aku cepat sihat. Anak nak start sekolah minggu depan ni.

Tiket Wayang Hari Sabtu RM18???

Aku bercadang nak bawak anak-anak tengok wayang Sabtu ni cerita Frozen. Bila nak checkout beli tiket online sekali dia cakap untuk empat orang tiket harga RM72. Bermakna satu tiket RM18 ringgit. Penindasan apa ni??

Sejujurnya bukanlah aku tak mampu tapi ini namanya melampau. Berpada-padalah kut. Apahal sampai dekat RM20?? Kalau aku millionaire pun aku malas nak beli harga macam ni. Beli DVD je lah nanti.



Itu pasal aku suka duduk rumah je. Semua macam pundek. Jalan bayar tol mahal-mahal pun jam.

Saya Dan Sukan

Dalam mood sukan ni baik aku cerita jelah betapa aku suka segala jenis sukan especially beach volleyball wanita. Ok tak kelakar, aku suka bolasepak. Yang paling utama sampai anak-anak aku selalu cakap. "Ayah ni asyik tengok ball je". Dan sebab aku dah penat argue dengan diaorang jugaklah aku berkorban ambik Astro Multiroom supaya aku boleh tengok segala jenis sukan yang aku nak tanpa pergaduhan. Berkorban.

Selain bolasepak, sukan utama yang aku suka ialah hoki, olahraga, tennis, rugby, volleyball, handball dan golf. Motorsport kalau ada Malaysian yang bertanding.

Sukan boleh ubah mood aku. Macam hari tu Junior Hockey Team kita kalah masa semifinal dan aku rasa down gila sebab diaorang kalah penalty shooutout. Aku lagi marah sebab ramai orang puas hati sebab at least dah masuk semifinal. Pada aku kalau boleh biarlah kita masuk final kalau tak menang tournament tu. Bila masuk bab sukan ni semangat kenegaraan dan kenegeriaan aku sangat tinggi. Aku boleh jadi sangat emotional.

Tapi bila masuk bab team bolasepak luar negara macam Manchester United yang aku sokong, aku takde hal sangat. Kalah pun aku tak kisah sangat sebab aku tak lahir dekat Manchester. Cuma aku risau kena "bahan" dengan kengkawan je.

Aku punya impian dalam menyokong acara sukan ni ialah sebelum aku mati aku nak tengok ada atlet Malaysia menang emas olimpik tak kira apa-apa acara dan aku harap dapat tengok Malaysia masuk World Cup bolasepak.

Dan to be honest aku teringin nak jadi pengulas sukan sebab aku memang knowledgeable dalam banyak jenis sukan dan tau jugak jugak atlit-atlit. Tapi macam mustahillah kut. Haha.

Jawapan Kenapa Thamil Arasu Sentiasa Ada Dalam Team?

Ramai orang marah bila Thamil Arasu yang tidak menjaringkan gol sentiasa ada dalam team Ong Kim Swee. Aku pun pada mulanya tak berkenan sangat. Tapi bila difikirkan balik, main bola ni adalah permainan satu team, bukan perseorangan dan sumbangan Thamil Arasu boleh dikatakan besar.

Klimaks kemarahan penyokong semalam ialah bila Rozaimi si goal poacher dikeluarkan dan Thamil Arasu dikekalkan. Semua orang dalam social media mengamuk. Jawapannya senang je, walaupun Thamil Arasu ni bukanlah goal scoring machine tapi defender susah nak jaga dia, mungkin sebab dia robust dan physical dia yang besar. Dia laju jugak sebenarnya walaupun end products dari larian laju dia tu kadang-kadang je yang membuahkan hasil. Oh lagi satu semalam Rozaimi tak boleh "makan" sangat defender Vietnam. Tapi ini bukan sebab Rozaimi tak hebat, tapi lebih kepada defender jaga dia gila-gila. Bila dia keluar, defender jadi cuai sikit dan boom dua bijik gol kena. Taktik Ong Kim Swee beb.

Ok sebelum aku sembang lebih banyak, mari kita saksikan highlights game semalam terlebih dahulu:


Gol pertama: Bila Savindran cross, defender yang sepatutnya jaga Ashri Chuchu secara tidak sedar pergi challenge Thamil Arasu. Mungkin psychologically defender tu rasa Thamil lagi bahaya. Positioning si Thamil. Gol.

Gol kedua: Thamil kejar dan berebut bola dengan dua defender, dia menang dan kuis bola pada Irfan, Irfan pass pada Savindran yang cool gila menjaringkan gol. Ok gol nombor dua ni Savindran guna otak. Haha. Again, Thamil jugak yang start rebut bola.

Keep up the good work Thamil Arasu dan tahan je lah kena maki. Hahaha. Aku nak cerita pasal  lagi satu kes yang orang lain marah. Kes kenapa Nasir main dan bukan Nazmi tapi korang tengok je lah game tu balik. Keywords untuk diaorang berdua ni dalam game semalam ialah physical dan defending.

Tukar tajuk, aku rasa player bola dalam dunia ni yang paling cool dan macam takde hal pun bila apa-apa benda terjadi ialah Irfan Fazail. Mungkin itu sebab dia jadi captain kut. Aku ingat lagi masa lawan Indonesia final Sea Games dua tahun lepas, semua player dari dua-dua team dalam padang dah tertekan nak mampos tapi dia tenang je. Apa rahsia?

Semoga Malaysia menang lagi gold tahun ni. Susah jugak sebenarnya sebab ada 5-6 kut player injured yang tak dapat pergi Myanmar tahun ni. Wan Zack, Fandi, Junior, Shahrul Azwari antaranya. Buat je lah yang terbaik. Kalau menang gold aku beli jersi ori. Hehe.

Survey Dari KLMU



Aku adalah bekas pelajar KLMU. Dulu ambik diploma masa dia masih lagi Cosmopoint lepas tu buat degree part-time. Pendek cerita sekarang diaorang tengah buat survey. Harap korang semua boleh isi. Pendek je pun surveynya.

Ni link dia: https://docs.google.com/forms/d/1AsN5afCvLEea5jpRWgTjMOfpH4mnprfN6ym685nBNxI/viewform

Terima kasih.

Tuhan Harun?

Benda yang paling pelik dalam dunia ini ialah bila orang yang mengaku diri dia Tuhan dan ada pulak orang mengikutnya. Ini tahap bodoh at the highest level. Takkan tak boleh fikir Tuhan tu perfect.

Perfect amende sekarang ni dah sampai naik wheelchair.

Janganlah family dan kawan-kawan aku ada terlibat dalam benda-benda mengarut macam ni.

Tak Suka You Keluar Malaysia


Kalau rasa harga ayam mahal, makanlah ikan. Begitulah kata-kata seorang menteri yang aku rasa dia pun tak tau harga ikan sebenarnya lagi mahal dari ayam. Sekarang ni kecoh pulak pasal harga tol naik. Dan mostly orang dekat Kuala Lumpur dan Selangor marah sebab diaorang lah yang akan paling terasa. Aku dengan wife tak kena directly. Cuma mungkin kalau nak berjalan-jalan tu akan kena.

Masalah besar kita di sini ialah public transportation tak reliable langsung, unless kau memang dekat pekan betul-betul. Kalau public transportation tu bagus takdenya orang bising. Dan macam menteri kat atas ni cakap "guna jalan biasa". Jalan biasa pun tak bagus langsung. Nak kena keluar rumah pukul 5 ke kut kalau dari Kajang nak ke PWTC contohnya.

Salah satu penyelesaian lain yang ada ialah naik motor. Tol tak kena, minyak jimat. Tapi risiko lain pulak. Entahlah.

Mungkin korang pelik kenapa aku banyak hentam kerajaan sekarang ni. Salah satu sebab ialah aku geram aku janji diaorang sebelum election hari tu diaorang tak buat lagi. Salah satunya ialah menurunkan harga internet. Aku marah sebab itu je satu-satunya benda yang aku boleh dapat tapi diaorang mungkir janji.

Bunga Kantan


Gambar dari Instagram Azlina

Biasanya bunga kantan ni dijadikan rencah atau penyedap rasa dalam masak asam atau laksa. Tapi aku pulak jenis nak makan bunga kantan ni dengan bersungguh². Kira kalau masak asam mesti kena ada lah. Kalau takde boleh jadi tak syok. Kawan aku si Ira makan jugak bunga kantan dan dia orang pertama yang aku jumpa suka bunga kantan ni.

Masalah besarnya ialah, bunga kantan di sini adalah mahal. Sebatang bunga kantan 2 ringgit, dan aku kena beli dua baru puas. Gila betul. Biasa kalau balik kampung aku mintak kat mak aku. Sekarang aku terfikir nak tanam dalam pasu besar dekat sini, senang nak makan. Aku cakap mahal sebab selama hidup aku kalau nak makan mak aku suruh ambik je dua tiga batang. Sekali dekat sini kena beli. Haha, macam rambutanlah, aku tak boleh terima langsung orang jual rambutan. Kalau aku, aku sedekah je kut sebab sekali musim beribu rambutannya. Ok stop hal rambutan.

Bila aku tengok gambar atas tu hari tu aku lebih imagine kesedapan bunga kantan tu. Hehe.

Wakaf Dari Pandangan Mata Seorang Yang Mempunyai Criminal Mind

Wakaf (bahasa Arab: وقف, [ˈwɑqf]; plural bahasa Arab: أوقاف, awqāf; bahasa Turki: vakıf, bahasa Urdu: وقف) adalah perbuatan yang dilakukan wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk menyerahkan sebagian atau keseluruhan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan ibadah dan kesejahteraan masyarakat untuk selama-lamanya.

Aku suka wakaf ni sebab pahala dia berpanjangan. Kalau benda yang kita wakafkan itu adalah benda kekal seperti bangunan ke contohnya. Aku suka jugak sekarang banyak badan atau pusat wakaf itu sendiri mengambil sumbangan dari kita dan kemudiannya dia buat pusat tahfiz ke dan kita punya bahagian ada. Ada wakaf negeri Johor ni dulu ambik sumbangan untuk bangunan di Mesir kalau tak silap. Dah siap dah pun dan diaorang siap inform orang yang bagi sumbangan.

Issue aku di sini ialah bila pusat wakaf guna duit sumbangan untuk benda yang tidak kekal. Tilam hospital contohnya. Tilam tu tak kekal satu. Masalah aku di sini ialah katakan tilam hospital tu sepatutnya dibiayai oleh pihak kerajaan ke contohnya. So dengan adanya wakaf ni, pihak tu dah tak perlu keluar belanja dan tanggungjawab dia dah kurang. Dan aku risau satu hari nanti sampai keluar ayat. "Eh bukan biasa guna duit wakaf ke? Kitaorang dah taknak ambik tau dah, kitaorang nak buat kawasan perumahan baru ni".

Aku takut sampai ke tahap macam itu je nanti.

Jus Delima

Aku bila sakit-sakit kalau boleh taknak telan pil. Tapi itulah masalahnya, kena ambik pain killer jugak baru ok. So disebabkan aku nak hidup lama demi anak-anak ni aku kenalah cari solution. Dan baru-baru ni aku dengar jus delima ni bagus untuk kesihatan. Selepas aku cari-cari info yang aku tak pasti betul atau sekadar untuk marketing purposes aku rasa aku cubala.

Banyak jugak khasiatnya. Untuk ibu mengandung dan baby dalam kandungan pun bagus. Boleh cuci buah pingganglah, kurangkan tekanan darah dan macam-macamlah.

Aku rasa tak kisah nak cuba sebab buah delima kan ada dimention dalam Al-Quran:

"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141)

Kalau rajin aku cari biji benih dan tanam je lah kut, senang cerita. Tapi sebenarnya jus ni senang, orang dah siap perah tinggal minum je sesudu dua. Aku dah amalkan dekat seminggu, aku tak rasa perubahan sangatlah cuma aku rasa macam muka aku berseri dan lebih handsome..

Ok aku tipu, aku nampak elok sikit sebab baru lepas potong rambut.

Tahap Kaya

Saya nak jadi kaya sampai tahap tak perlu check balance dalam bank kalau nak beli barang-barang.

Tapi dalam keadaan sekarang, saya nak sihat walafiat, tak kaya sangat pun takpe hahaha.

Kesihatan lagi penting sebab sakit kepala everyday sangat seksa sebenarnya.

Tarikh?

Hari ni banyak aku tengok artikel pasal orang happy kahwin, beranak semalam. Kononnya tarikh cantik. 11.12.13. Aku tak pernah obsess pada nombor. Pada aku semalam masih 11.12.2013. Tak cantik pun sebenarnya haha.

Kalau nombor kereta aku fahamla sesikit.

Lawak Yang Paling Saya Tak Boleh Terima

Sekarang ni banyak rancangan lawak. Tak kiralah yang diplan atau secara spontan. Dalam banyak-banyak lawak ni ada dua lawak aku tak boleh terima langsung;

Satu, lawak orang sakit. Siap buat lawak tu pasal kena cancer ke stroke ke.

Dua, lawak accident.

Dua benda ni pada aku tak boleh dibuat lawak langsung.

"Space Bound"

Allah Maha Penyayang

Aku rasa aku selalu cerita pasal aku kesiankan anak-anak aku kena duduk nursery sejak kecik. Mungkin sebab aku masa kecik duduk rumah, mak aku jaga. Bila time cuti ni pulak aku kesiankan Umar yang cuti sekolah tapi masih kena pergi sekolah sebab kat rumah takde siapa nak jaga. Mak aku pun taknak datang. Mungkin dia pun tak selesalah kut. Rumah dia lagi best. Hahaha.

Sebenarnya aku je yang kesiankan anak aku padahal si Umar tu excited nak pergi sekolah main-main dengan kawan dia. Khamis hari tu Nawal demam so since Liza EL nak jaga, kitaorang cutikan je lah dia. Dia bengang sebab tak pergi sekolah. Jumaat hari tu aku MC dengan bawak Nawal sekalilah pergi klinik. Aku offer dia duduk rumah, dia taknak. Dia nak pergi sekolah jugak.

Semalam pulak masa aku ambik Nawal, keluar je dari gate nursery dia cakap. "Nawal suka pergi schoollah ayah"

So tak perlulah aku susah hati dan kesian.

Bantuan Banjir


Aku tak tengok berita sebab banyak yang berat sebelah. Sumber informasi aku hanyalah di internet, yang kadang-kadang tak betul jugak sebenarnya.

Cakap pasal bantuan banjir ni aku respek betul orang-orang persendirian, yang bukan dari NGO, yang bukan dari parti politik usaha sama-sama diaorang pergi membantu mangsa banjir. Ramai jugak. Kalau aku mampu dan banyak cuti teringin jugak sebenarnya.

High Blood Pressure

Aku dah beberapa lama ada sakit tengkuk. Stiff neck lah bahasa orang putihnya. Dan aku tak surprise langsung bila doktor cakap blood pressure aku tinggi. Dia cakap dia taknak bagi aku ubat sebab aku muda lagi, so dia suruh jaga makan, exercise dan kurangkan stress.

Memang aku dah tak jaga makan dan memang aku dah tak exercise sekarang ni. Sebab? Sebab masa aku exercise gila-gila dulu berat aku tak turun banyak dan aku rasa sama je badan aku dari segi kesihatan. Tapi sekarang memang ada masalahlah rupanya bila aku tak jaga.

Pasal stress pulak, aku tak taulah, maybe aku overthink sesetengah benda. Tapi untuk jalan senang, macam orang lain cakap aku stress ni sebab salah UMNO. Hahaha, takdelah. Aku selalu fikir orang yang tak boleh handle stress sampai kemurungan ni adalah orang-orang yang lembik. Tapi aku takut benda ni tengah serang aku sekarang.


Aku mungkin stress sebab kerja, aku mungkin stress sebab living cost meningkat, aku mungkin stress sebab aku tau banyak sangat benda. Bila aku tau pasal banyak sangat benda, aku ada je benda nak difikirkan. Tidur aku pun sekarang mimpi ngeri je.

Takpelah, aku cubalah jaga makan dan bergembira dengan anak-anak aku. Oh bila cakap pasal anak, perangai diaorang tak bagi aku stress langsung. Maybe sebab dah besar. So itu jelah strength aku sekarang. Dan nak kena exercise dan diet baliklah kut tapi dalam fridge ada ikan siakap dengan sotong, rugi pulak kalau tak masak sedap-sedap dan makan hehe.

Milo

Aku yakin salah satu kenangan manis kita masa kecil ialah bila lori Milo datang dekat sekolah dan bagi kita semua minum air Milo yang paling sedap dan perfect dalam sejarah hidup kita. Sejuk dia pun best je. Masalah besarnya lori Milo ni tak datang ke office dan possibility untuk kita minum Milo dari lori dia itu sangat rendah.

Aku yakin ramai antara kita yang  sanggup bayar untuk minum air Milo yang sedap tu. Betul tak? Aku rasa kalau dia jual aku nak minum 3-4 cawan.

Berdakwah??

Masa Paul Walker mati hari tu adalah orang Malaysia ni gaduh-gaduh sebab orang Islam tulis R.I.P Paul Walker macam tu lah. Orang Malaysia ni semua benda pun nak gaduh. Point diaorang, kafir masuk neraka, tak perlu nak suruh orang Rest In Peace.

Aku takde apa-apa issue sangat di sini. Issue aku ialah orang cakap Paul Walker ni manusia yang baik. Dan pada aku syurga neraka ni Allah SWT yang tentukan dan macam aku selalu cakap sudah-sudahlah kita judge orang.

Balik pada Paul Walker si kafir yang baik aku teringat jugak beberapa orang bukan Islam yang baik jugak. Contohnya kawan aku si Kumar yang baik hati, everytime pesan nasi lemak tak pernah miss. Mintak tolong hantar pergi LCCT dia tolong hantarkan. Dan mungkin jugak boss aku Mr Ong, yang lemah lembut, tak minum, tak buat jahat. Dan ramai je orang bukan Islam yang baik dan mungkin lebih baik dari orang Islam itu sendiri.

Tapi hidayah tak sampai pada diaorang dan diaorang kekal kafir. Kenapa hidayah tak sampai? Sebab orang sekeliling tak bagitau pasal Islam? Kenapa kau tak bagitau pasal Islam, tak cuba berdakwah pada diaorang yang korang tau baik dan kalau Islam terus masuk syurga? Kenapa?

Takde jawapan?? Kau ada disekeliling dia kan? Tapi kau tak buat apa kan? Kau tak post satu pun pasal kebaikan pasal Islam dekat FB supaya diaorang at least terbaca kan?

Nah kau pergi masuk neraka sama dia. Itu worst case senario yang aku boleh imagine.

Sejujurnya banyak benda yang aku macam tak puas di dunia ni. Banyak benda yang aku nak buat tapi tak dapat dan dalam keadaan sekarang aku tak boleh ubah, nak undur masa apatah lagi. Aim aku ialah aku nak masuk syurga, sebab di sana nanti semuanya perfect. (semua orang pun macam tu kut rasanya hahaha)

Jahat

Sekarang macam-macam kes jahat orang buat. Dan ramai orang cakap sebab dah akhir zaman. Tapi aku rasa ni sejak zaman dulu lagi orang dah buat jahat. Dalam Al-Quran pun dah cakap awal-awal pasal zina, arak semua. Jadi sebenarnya perbuatan-perbuatan jahat yang dilakukan manusia ni sebenarnya dah lama terjadi. Bukan zaman sekarang baru terjadi.

Maksudnya bila dah akhir zaman ni bukan makin ramai orang buat jahat, sepatutnya lagi kurang sebab benda-benda ni dah lama, dan kita patut mencari jalan penyelesaian dan bukan blame zaman dan peredaran masa.

Apa-apa pun aku percaya dekat Malaysia ni ramai orang dah mula berubah ke arah kebaikan. Aku tak pasti aku nampak macam tu sebab selari dengan umur aku yang dah masuk 32 ni orang sekeliling aku jadi bertambah baik ataupun rakyat Malaysia berubah menjadi baik secara general.

Aku rasa betul kut sebab mak bapak sekarang pun dah ramai yang prefer anak-anak buat aktiviti keagamaan semua. Harapnya 10 - 20 tahun lagi rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik dan beriman belaka.

Saya Dan Banjir


Sekarang musim banjir dan daripada gambar-gambar yang aku tengok memang teruk betullah. Aku tak boleh imagine kalau aku kena, boleh sakit jiwa. Kereta tenggelam, rumah tenggelam. Harap jauhkan.

Pengalaman banjir untuk aku lebih kepada pengalaman yang menyeronokkan. Masa kecik bila balik kampung kalau banjir aku naik sampan dari jalan pergi ke rumah. Ada kakak sepupu aku satu ni suruh aku naik sampan dan dia sambil berjalan akan tolak sampan tu. Rumah tok aku pulak tinggi, air confirm tak masuk. Abang aku yang menetap di kampung tu akan memancing dari tingkap. Biasanya dia dapat ikan puyu, dia kumpul dalam tempayan. Umpannya tepung campur belacan.

Bila di FELDA pulak banjir takkan berlaku di rumah. Banjir berlaku di kebun sawit. Kalau banjir besar tak boleh masuk langsung. Kalau banjir kecik-kecik seronok sebab boleh main air. Airnya pun jernih je. Kalau tangkap ikan dengan bubu musim banjir kalau nasib baik ikannya akan dapat banyaklah. Nasib tak baik, ikan banyak tapi mati sebab ikan lemas takde oksigen.

Harapnya banjir di Malaysia ni cepatlah redanya. Banjir tu dah satu masalah. Nanti nak mengemas lepas banjir tu lagi satu masalah.

Ubat Kanser??

Aku perasan sekarang ramai betul orang jual ubat kanser. Dan yang melampaunya memang diaorang cakap boleh pulih pun. Kanser ni penyakit yang orang cakap susah nak pulihlah. Aku harap penjual-penjual ni tak ambik kesempatan daripada orang-orang yang terdesaklah.

Orang dah sengsara berharap, korang hentam lagi jual ubat mahal-mahal.

Tapi kalau betul boleh pulih baguslah. Bolehlah jual secara komersial, tak payahlah jual online je.

Bil Elektrik Naik Dan Implikasi


Tak payah cerita panjanglah sebenarnya, masa petrol naik harga barang naik, bila elektrik naik nanti sama jugaklah ceritanya. Double naik. Itulah aku cakap dulu, gaji yang naik tiap-tiap tahun ni sekadar nak cover kenaikan tahunan perkhidmatan dan barang-barang. Itu pasallah aku mintak gaji banyak masa interview hari tu. Macam aku dengan Liza adalah jugak kenaikan 5-7%. Kalau orang yang jenis naik gaji RM35 setahun tu macamana?



Tahun depan baby nak keluar, aku tak pasti rate nursery jaga baby masih RM350 lagi atau dah naik. Kalau naik walaupun aku tak suka, tapi aku faham. MB Selangor pun nak gaji naik. Inikan pulak pengasuh tadika.


Apa yang boleh buat? Berjimat je lah sebab nak pilihanraya yang akan datang laaaaambbbaaatttt lagi. Untuk aku sendiri rasanya tak kena kenaikan ni sebab bil aku less than RM77 sebulan, tapi macam brader Adnan atas tu cakaplah, kilang-kilang, peniaga yang kena mesti nak naikkan harga nak cover balik.

Jumpa Setahun Sekali



Kawan aku Dijah cakap: "Kita ni memang la akan jumpa kat kenduri kan hehe"

Fikir-fikir balik memang betul apa yang dia cakap tu. Hari raya nak buat open house pun tak sempat sebab masa cepat berjalan. So masa kenduri je lah boleh terjumpanya kawan-kawan lama ni. Sebab ada social media macam Instagram semua ni lah hubungan kawan tu masih kekal. Kalau tak entah lupa terus agaknya.

Love

Tetiba aku teringat ayat Pak Lah ni masa dia nak kawin dengan Jeanne.

“My love for Endon will remain as strong as ever. Then, I fell for this one. I believe God has created in your heart many spaces for different people that you can love as much as you want."

Aku tak tau kenapa aku teringat ayat ni bila aku tengok Gemma Arterton dalam Hansel and Gretel dan Zooey Deschanel dalam New Girl.


Takkan aku jatuh cinta kut.

Harsh Words On Social Media


Last week kawan aku terkejut tengok orang-orang maki pasal Maybank2u yang baru buat masalah. Kawan aku salah seorang yang terlibatlah. Mungkin kawan aku jarang online. Sekarang mari kita tengok peraduan yang sedang dibuat oleh Maybank.


Maybank upload gambar itu di Facebook. Dan diaorang cakap. "Rebut Peluang Untuk Bertemu Yuna di USA". Gambar Yuna tengah tersenyum happy. Bila kita tengok ada contest apa yang kita assume respond daripada pelanggan Maybank? Mesti kita assume orang akan tanya soalah berkaitan contest tu, betul tak?

SALAH!!






Hahahaha. Kesian Yuna.

Aku Nak Makan Lamb

Aku lapar. Aku nak makan nasi arab. Aku nak makan lamb bakar.

Pekerjaan

Dalam berurusan bekerja dengan students and lecturers ni kadang-kadang orang-orang reply email sampai buat aku rasa dihargai. Aku rasa happy sebab tolong orang, contohnyalah.

I'll let you know by late next week if I need help again. Thanks so much for following up Pizli. Much appreciated, and hope to hear an answer later next week.

Happy weekend.
Dr XXXXXXX
_______________________________________
Thanks so much, Pizli !
You are super efficient. 

Cheers,
XXXXXX

Bila aku fikir balik-balik sebenarnya daripada awal diaorang mintak tolong lagi diaorang dah cakap baik-baik. Diaorang tau diaorang mintak tolong selesaikan masalah diaorang. Diaorang tak buat aku macam perkerja atau worst, hamba diaorang. Kira benda ni balik pada personality dan attitude diaoranglah sebenarnya. Diaorang mintak tolong baik-baik, aku dengar seronok dan aku tolong sebaik mungkin dan diaorang hargai apa yang kita buat.

Kiranya semua untung. Dan perhubungan sesama manusia ini baik sampai bila-bila. Semua cool. Sebab ada kes budak-budak yang handle benda lain daripada aku ni ada yang sampai kena tengking-tengking dengan lecturer. Mindset dia, aku ada problem, kau settlekan. Ada jugak orang yang request cara kurang ajar, buat kau nak kerja pun tak berapa ikhlas.

Aku ada kena sekali ni, lecturer ni call marah-marah, tapi bila aku cakap baik-baik dia cool down dan lepas tu jadi baik gila. Mungkin kita sendiri pun kena pandai berinteraksi jugaklah kut.

So korang faham tak kenapa aku selalu rage kat sini? Aku nak marah orang di dunia yang nyata tak boleh sebab aku kena jaga professionalism aku, so aku lepaskan dekat sini hahahaha.

Diskriminasi "Pandai"

Jumaat lepas masa ambik Nawal "teacher" dia tunjuklah apa kerja yang dia buat dan cakap kat aku yang Nawal oklah dalam nak buat kerja-kerja tu, tak payah ajar-ajar sangat. Aku happy je lah dengar. Lepas tu dia cakap.. "Saya suka Nawal ni sebab dia bijak"

Aku takdelah nak complaint apa tapi buat aku teringat satu artikel pasal bila peperiksaan besar-besaran cikgu-cikgu meraikan pelajar yang berjaya secara extreme dan macam tak menghargai langsung pelajar yang tak berjaya dalam peperiksaan.

To be honest aku antara pelajar yang lucky seumur hidup aku, darjah satu sampai form 4 boleh cakap memang aku akan naik pentas ambik hadiah apa-apa setiap tahun. (Form 5 aku hancur). So aku tak pernah merasai perasaan bila aku tak dihargai selama aku di sekolah. Bila aku baca artikel tu tetiba aku macam terflash back segala memori aku tapi kali ini bukan aku bayang aku ambik hadiah atas pentas tapi lebih kepada kawan-kawan yang tepuk tangan untuk aku.

Untuk peperiksaan biasa aku rasa bagi hadiah ni mungkin someway somehow boleh menaikkan semangat budak-budak yang tak dapat hadiah tu. Bagi diaorang usaha lebih lagi masa periksa akan datang. Cuma bila part exam macam UPSR ke aku rasa macam budak-budak tu boleh rasa down dan tak dihargai langsung. Mungkin cara majlis itu boleh dibuat dengan cara lain lepas ni. Bagi hadiah tapi play it cool, tak payah meriah sangat dan bagitau pada yang tak dapat hadiah tu, relax, budak-budak dapat hadiah ni nasib baik lebih sikit je daripada korang. Nanti semua orang akan berjaya jugak akhirnya dalam bidang masing-masing. Takdelah cakap bila SPM pangkat 2 hidup kau akan hancur.

Buat aku teringat lagi masa adik aku dapat straight As SPM tahun lepas, diaorang semua naik pentas makan kek tapi ada budak tak naik pentas sebab subject BM ni dapat C. Satu subject je, yang bermaksud bezanya takdelah jauh sangat.

Ok sorry merepek. Aku doa anak-anak aku lucky seumur hidup diaorang.