Allah Maha Penyayang

Aku rasa aku selalu cerita pasal aku kesiankan anak-anak aku kena duduk nursery sejak kecik. Mungkin sebab aku masa kecik duduk rumah, mak aku jaga. Bila time cuti ni pulak aku kesiankan Umar yang cuti sekolah tapi masih kena pergi sekolah sebab kat rumah takde siapa nak jaga. Mak aku pun taknak datang. Mungkin dia pun tak selesalah kut. Rumah dia lagi best. Hahaha.

Sebenarnya aku je yang kesiankan anak aku padahal si Umar tu excited nak pergi sekolah main-main dengan kawan dia. Khamis hari tu Nawal demam so since Liza EL nak jaga, kitaorang cutikan je lah dia. Dia bengang sebab tak pergi sekolah. Jumaat hari tu aku MC dengan bawak Nawal sekalilah pergi klinik. Aku offer dia duduk rumah, dia taknak. Dia nak pergi sekolah jugak.

Semalam pulak masa aku ambik Nawal, keluar je dari gate nursery dia cakap. "Nawal suka pergi schoollah ayah"

So tak perlulah aku susah hati dan kesian.

2 comments:

rose said...

Baru jumpa blog ni. Terus nak follow. Blog yg simple tapi cerita kisah jujur yg dihadapi oleh ramai org kat malaysia.

Pizli Mat Wazip said...

Haha, awak orang ke seribu kut cakap saya jujur hahahaa.