Berdakwah??

Masa Paul Walker mati hari tu adalah orang Malaysia ni gaduh-gaduh sebab orang Islam tulis R.I.P Paul Walker macam tu lah. Orang Malaysia ni semua benda pun nak gaduh. Point diaorang, kafir masuk neraka, tak perlu nak suruh orang Rest In Peace.

Aku takde apa-apa issue sangat di sini. Issue aku ialah orang cakap Paul Walker ni manusia yang baik. Dan pada aku syurga neraka ni Allah SWT yang tentukan dan macam aku selalu cakap sudah-sudahlah kita judge orang.

Balik pada Paul Walker si kafir yang baik aku teringat jugak beberapa orang bukan Islam yang baik jugak. Contohnya kawan aku si Kumar yang baik hati, everytime pesan nasi lemak tak pernah miss. Mintak tolong hantar pergi LCCT dia tolong hantarkan. Dan mungkin jugak boss aku Mr Ong, yang lemah lembut, tak minum, tak buat jahat. Dan ramai je orang bukan Islam yang baik dan mungkin lebih baik dari orang Islam itu sendiri.

Tapi hidayah tak sampai pada diaorang dan diaorang kekal kafir. Kenapa hidayah tak sampai? Sebab orang sekeliling tak bagitau pasal Islam? Kenapa kau tak bagitau pasal Islam, tak cuba berdakwah pada diaorang yang korang tau baik dan kalau Islam terus masuk syurga? Kenapa?

Takde jawapan?? Kau ada disekeliling dia kan? Tapi kau tak buat apa kan? Kau tak post satu pun pasal kebaikan pasal Islam dekat FB supaya diaorang at least terbaca kan?

Nah kau pergi masuk neraka sama dia. Itu worst case senario yang aku boleh imagine.

Sejujurnya banyak benda yang aku macam tak puas di dunia ni. Banyak benda yang aku nak buat tapi tak dapat dan dalam keadaan sekarang aku tak boleh ubah, nak undur masa apatah lagi. Aim aku ialah aku nak masuk syurga, sebab di sana nanti semuanya perfect. (semua orang pun macam tu kut rasanya hahaha)

No comments: