Bil Elektrik Naik Dan Implikasi


Tak payah cerita panjanglah sebenarnya, masa petrol naik harga barang naik, bila elektrik naik nanti sama jugaklah ceritanya. Double naik. Itulah aku cakap dulu, gaji yang naik tiap-tiap tahun ni sekadar nak cover kenaikan tahunan perkhidmatan dan barang-barang. Itu pasallah aku mintak gaji banyak masa interview hari tu. Macam aku dengan Liza adalah jugak kenaikan 5-7%. Kalau orang yang jenis naik gaji RM35 setahun tu macamana?



Tahun depan baby nak keluar, aku tak pasti rate nursery jaga baby masih RM350 lagi atau dah naik. Kalau naik walaupun aku tak suka, tapi aku faham. MB Selangor pun nak gaji naik. Inikan pulak pengasuh tadika.


Apa yang boleh buat? Berjimat je lah sebab nak pilihanraya yang akan datang laaaaambbbaaatttt lagi. Untuk aku sendiri rasanya tak kena kenaikan ni sebab bil aku less than RM77 sebulan, tapi macam brader Adnan atas tu cakaplah, kilang-kilang, peniaga yang kena mesti nak naikkan harga nak cover balik.

2 comments:

Aziela said...

Next pilhanraya, lagi setahun, kerajaan bagi BRIM lagi, bagi macam2 lagi. Lepas tu rakyat terpesona semula. Lepas pilihanraya, semuanya mengeluh. Itulah yang berlaku sejak berpuluh2 tahun yang lepas.

Pizli Mat Wazip said...

Hahahhahaha. Exactly!