Bunga Kantan


Gambar dari Instagram Azlina

Biasanya bunga kantan ni dijadikan rencah atau penyedap rasa dalam masak asam atau laksa. Tapi aku pulak jenis nak makan bunga kantan ni dengan bersungguh². Kira kalau masak asam mesti kena ada lah. Kalau takde boleh jadi tak syok. Kawan aku si Ira makan jugak bunga kantan dan dia orang pertama yang aku jumpa suka bunga kantan ni.

Masalah besarnya ialah, bunga kantan di sini adalah mahal. Sebatang bunga kantan 2 ringgit, dan aku kena beli dua baru puas. Gila betul. Biasa kalau balik kampung aku mintak kat mak aku. Sekarang aku terfikir nak tanam dalam pasu besar dekat sini, senang nak makan. Aku cakap mahal sebab selama hidup aku kalau nak makan mak aku suruh ambik je dua tiga batang. Sekali dekat sini kena beli. Haha, macam rambutanlah, aku tak boleh terima langsung orang jual rambutan. Kalau aku, aku sedekah je kut sebab sekali musim beribu rambutannya. Ok stop hal rambutan.

Bila aku tengok gambar atas tu hari tu aku lebih imagine kesedapan bunga kantan tu. Hehe.

1 comment:

kucingorengemok said...

nasi kerabu letak bunga kantan paling mengancam!