Diskriminasi "Pandai"

Jumaat lepas masa ambik Nawal "teacher" dia tunjuklah apa kerja yang dia buat dan cakap kat aku yang Nawal oklah dalam nak buat kerja-kerja tu, tak payah ajar-ajar sangat. Aku happy je lah dengar. Lepas tu dia cakap.. "Saya suka Nawal ni sebab dia bijak"

Aku takdelah nak complaint apa tapi buat aku teringat satu artikel pasal bila peperiksaan besar-besaran cikgu-cikgu meraikan pelajar yang berjaya secara extreme dan macam tak menghargai langsung pelajar yang tak berjaya dalam peperiksaan.

To be honest aku antara pelajar yang lucky seumur hidup aku, darjah satu sampai form 4 boleh cakap memang aku akan naik pentas ambik hadiah apa-apa setiap tahun. (Form 5 aku hancur). So aku tak pernah merasai perasaan bila aku tak dihargai selama aku di sekolah. Bila aku baca artikel tu tetiba aku macam terflash back segala memori aku tapi kali ini bukan aku bayang aku ambik hadiah atas pentas tapi lebih kepada kawan-kawan yang tepuk tangan untuk aku.

Untuk peperiksaan biasa aku rasa bagi hadiah ni mungkin someway somehow boleh menaikkan semangat budak-budak yang tak dapat hadiah tu. Bagi diaorang usaha lebih lagi masa periksa akan datang. Cuma bila part exam macam UPSR ke aku rasa macam budak-budak tu boleh rasa down dan tak dihargai langsung. Mungkin cara majlis itu boleh dibuat dengan cara lain lepas ni. Bagi hadiah tapi play it cool, tak payah meriah sangat dan bagitau pada yang tak dapat hadiah tu, relax, budak-budak dapat hadiah ni nasib baik lebih sikit je daripada korang. Nanti semua orang akan berjaya jugak akhirnya dalam bidang masing-masing. Takdelah cakap bila SPM pangkat 2 hidup kau akan hancur.

Buat aku teringat lagi masa adik aku dapat straight As SPM tahun lepas, diaorang semua naik pentas makan kek tapi ada budak tak naik pentas sebab subject BM ni dapat C. Satu subject je, yang bermaksud bezanya takdelah jauh sangat.

Ok sorry merepek. Aku doa anak-anak aku lucky seumur hidup diaorang.

No comments: