High Blood Pressure

Aku dah beberapa lama ada sakit tengkuk. Stiff neck lah bahasa orang putihnya. Dan aku tak surprise langsung bila doktor cakap blood pressure aku tinggi. Dia cakap dia taknak bagi aku ubat sebab aku muda lagi, so dia suruh jaga makan, exercise dan kurangkan stress.

Memang aku dah tak jaga makan dan memang aku dah tak exercise sekarang ni. Sebab? Sebab masa aku exercise gila-gila dulu berat aku tak turun banyak dan aku rasa sama je badan aku dari segi kesihatan. Tapi sekarang memang ada masalahlah rupanya bila aku tak jaga.

Pasal stress pulak, aku tak taulah, maybe aku overthink sesetengah benda. Tapi untuk jalan senang, macam orang lain cakap aku stress ni sebab salah UMNO. Hahaha, takdelah. Aku selalu fikir orang yang tak boleh handle stress sampai kemurungan ni adalah orang-orang yang lembik. Tapi aku takut benda ni tengah serang aku sekarang.


Aku mungkin stress sebab kerja, aku mungkin stress sebab living cost meningkat, aku mungkin stress sebab aku tau banyak sangat benda. Bila aku tau pasal banyak sangat benda, aku ada je benda nak difikirkan. Tidur aku pun sekarang mimpi ngeri je.

Takpelah, aku cubalah jaga makan dan bergembira dengan anak-anak aku. Oh bila cakap pasal anak, perangai diaorang tak bagi aku stress langsung. Maybe sebab dah besar. So itu jelah strength aku sekarang. Dan nak kena exercise dan diet baliklah kut tapi dalam fridge ada ikan siakap dengan sotong, rugi pulak kalau tak masak sedap-sedap dan makan hehe.

3 comments:

Aziela said...

Ikan siakap tu stim kan. Sotong tu bakar kan. Healthy tau. Oh...makan dengan quaker oat...hehehehe.

Bukan sebab diet dan senaman saja...bukan sebab stress saja...actually almost semua makanan yang kita makan zaman sekarang nie ada chemicals, ada side effects. So, sooner or later, it will come to us. It's just the matter of time (and genetics).

Pizli Mat Wazip said...

Hehehe. betul betul.

scabbers said...

Jangan over think pls. Releks saja, InsyaAllah akan dipermudahkan semua nya..