Jahat

Sekarang macam-macam kes jahat orang buat. Dan ramai orang cakap sebab dah akhir zaman. Tapi aku rasa ni sejak zaman dulu lagi orang dah buat jahat. Dalam Al-Quran pun dah cakap awal-awal pasal zina, arak semua. Jadi sebenarnya perbuatan-perbuatan jahat yang dilakukan manusia ni sebenarnya dah lama terjadi. Bukan zaman sekarang baru terjadi.

Maksudnya bila dah akhir zaman ni bukan makin ramai orang buat jahat, sepatutnya lagi kurang sebab benda-benda ni dah lama, dan kita patut mencari jalan penyelesaian dan bukan blame zaman dan peredaran masa.

Apa-apa pun aku percaya dekat Malaysia ni ramai orang dah mula berubah ke arah kebaikan. Aku tak pasti aku nampak macam tu sebab selari dengan umur aku yang dah masuk 32 ni orang sekeliling aku jadi bertambah baik ataupun rakyat Malaysia berubah menjadi baik secara general.

Aku rasa betul kut sebab mak bapak sekarang pun dah ramai yang prefer anak-anak buat aktiviti keagamaan semua. Harapnya 10 - 20 tahun lagi rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik dan beriman belaka.

No comments: