Jawapan Kenapa Thamil Arasu Sentiasa Ada Dalam Team?

Ramai orang marah bila Thamil Arasu yang tidak menjaringkan gol sentiasa ada dalam team Ong Kim Swee. Aku pun pada mulanya tak berkenan sangat. Tapi bila difikirkan balik, main bola ni adalah permainan satu team, bukan perseorangan dan sumbangan Thamil Arasu boleh dikatakan besar.

Klimaks kemarahan penyokong semalam ialah bila Rozaimi si goal poacher dikeluarkan dan Thamil Arasu dikekalkan. Semua orang dalam social media mengamuk. Jawapannya senang je, walaupun Thamil Arasu ni bukanlah goal scoring machine tapi defender susah nak jaga dia, mungkin sebab dia robust dan physical dia yang besar. Dia laju jugak sebenarnya walaupun end products dari larian laju dia tu kadang-kadang je yang membuahkan hasil. Oh lagi satu semalam Rozaimi tak boleh "makan" sangat defender Vietnam. Tapi ini bukan sebab Rozaimi tak hebat, tapi lebih kepada defender jaga dia gila-gila. Bila dia keluar, defender jadi cuai sikit dan boom dua bijik gol kena. Taktik Ong Kim Swee beb.

Ok sebelum aku sembang lebih banyak, mari kita saksikan highlights game semalam terlebih dahulu:


Gol pertama: Bila Savindran cross, defender yang sepatutnya jaga Ashri Chuchu secara tidak sedar pergi challenge Thamil Arasu. Mungkin psychologically defender tu rasa Thamil lagi bahaya. Positioning si Thamil. Gol.

Gol kedua: Thamil kejar dan berebut bola dengan dua defender, dia menang dan kuis bola pada Irfan, Irfan pass pada Savindran yang cool gila menjaringkan gol. Ok gol nombor dua ni Savindran guna otak. Haha. Again, Thamil jugak yang start rebut bola.

Keep up the good work Thamil Arasu dan tahan je lah kena maki. Hahaha. Aku nak cerita pasal  lagi satu kes yang orang lain marah. Kes kenapa Nasir main dan bukan Nazmi tapi korang tengok je lah game tu balik. Keywords untuk diaorang berdua ni dalam game semalam ialah physical dan defending.

Tukar tajuk, aku rasa player bola dalam dunia ni yang paling cool dan macam takde hal pun bila apa-apa benda terjadi ialah Irfan Fazail. Mungkin itu sebab dia jadi captain kut. Aku ingat lagi masa lawan Indonesia final Sea Games dua tahun lepas, semua player dari dua-dua team dalam padang dah tertekan nak mampos tapi dia tenang je. Apa rahsia?

Semoga Malaysia menang lagi gold tahun ni. Susah jugak sebenarnya sebab ada 5-6 kut player injured yang tak dapat pergi Myanmar tahun ni. Wan Zack, Fandi, Junior, Shahrul Azwari antaranya. Buat je lah yang terbaik. Kalau menang gold aku beli jersi ori. Hehe.

2 comments:

Voldemort said...

Wow, kau tanya soalan2 pasal player2 tu aku rasa kau je kenal. separuh dari pembaca blog ni tak kenal pun dan tak tau pun Malaysia menang 2-1. haha.

Pizli Mat Wazip said...

Aku share link post ini sahaja untuk orang ramai hehehe.