Jus Delima

Aku bila sakit-sakit kalau boleh taknak telan pil. Tapi itulah masalahnya, kena ambik pain killer jugak baru ok. So disebabkan aku nak hidup lama demi anak-anak ni aku kenalah cari solution. Dan baru-baru ni aku dengar jus delima ni bagus untuk kesihatan. Selepas aku cari-cari info yang aku tak pasti betul atau sekadar untuk marketing purposes aku rasa aku cubala.

Banyak jugak khasiatnya. Untuk ibu mengandung dan baby dalam kandungan pun bagus. Boleh cuci buah pingganglah, kurangkan tekanan darah dan macam-macamlah.

Aku rasa tak kisah nak cuba sebab buah delima kan ada dimention dalam Al-Quran:

"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141)

Kalau rajin aku cari biji benih dan tanam je lah kut, senang cerita. Tapi sebenarnya jus ni senang, orang dah siap perah tinggal minum je sesudu dua. Aku dah amalkan dekat seminggu, aku tak rasa perubahan sangatlah cuma aku rasa macam muka aku berseri dan lebih handsome..

Ok aku tipu, aku nampak elok sikit sebab baru lepas potong rambut.

No comments: