Keep Calm And Teruskan Sokong Harimau Malaya


Ok Malaysia kalah di semi final. Kalah penalty kepada Indonesia. Ramai yang sedih dan ramai jugak yang marah. Untuk aku pulak, aku takde apa-apa perasaan sangat sebab klimaks bolasepak Malaysia aku ialah masa kita menang AFF Cup 2010 dulu. Standard yang aku set rendah je sebenarnya.

Sebab apa kalah? Walaupun sebagai pemain professional alasan-alasan ini sepatutnya tak valid tapi untuk menyedapkan hati sendiri aku tulis je lah.

Malaysia kena main 2 hari sekali diwaktu petang, pukul 4pm waktu tempatan. Ini taktik Myanmar, diaorang nak dapatkan gold sesangat so dia buat jadual macam tu, nak bagi Malaysia kering tapi diaorang tak dapat masuk semifinal pun. Semua orang nak pengsan. Kalau kau suruh Rooney main 2 kali sehari pun tak boleh nak perform all the time. Macam semalam ada mamat ni komen suruh buang Irfan. Padahal dalam masa 2-3 tahun itulah kali pertama Irfan drop sikit performancenya. Ada yang tanya kenapa Nazmi tak masuk dari awal. Korang ni tak ikut perkembangan dia ke mangkuk? Tak baca paper? Dia tak boleh main lama sebab ada masalah cramp dan dia sendiri prefer jadi sub. Rozaimi pun sebenarnya prefer jadi supersub. Tapi again, kalau boleh biarlah semua boleh main 90 minit dalam whatever condition pun.

Taktikal team Malaysia yang paling aku tak berkenan ialah long ball. Dapat bola hantar depan. Kalau tepat tu takde masalah, ini tak pernah sampai pun. Ok cukuplah pasal benda ni sebab aku bukan coach. Oh cakap pasal coach, Ong Kim Swee patut dikekalkan. Dia lain dari yang lain. Mungkin title Dato yang dapat awal sangat tu tak bawak luck. Hehehe.

Sebab apa tajuk aku suruh keep calm? Kita ada ramai player yang bagus dan sebenarnya kita datang ke Myanmar tanpa 6-7 orang player yang injured. Dan diaorang boleh straight masuk ke first team tanpa masalah. Wan Zack, Gary, Fandi, Junior, Nik Shahrul, Shahrul Azwari and siapa ntah lagi. Andai kata semua orang sihat dan dicampurkan pula dengan pemain senior memang confirm kita yang paling hebat di ASEAN ni dan mungkin boleh jadi antara yang terbaik di ASIA.

Apa-apa pun jujur aku anggap diaorang training di Slovakia tu tak membawa hasil sangatlah pun sebab Singapore pun masuk semifinal. Diaorang setakat main league dekat Malaysia je. Takdelah beza jauh sangat.

Ok dah, dan teruskanlah sokong bolasepak tempatan. Dan semoga Thamil Arasu dapat membawa Selangor ke next level pada tahun hadapan. Anak aku sokong Selangor.

1 comment:

Aziela said...

Ha...rasanya akak setuju 100 persen dengan opinion ini. Yeap..agree sangat2.

P/S : Daging tetel memang tak kan masak kot sebab hubby dan anak tak makan daging tetel... Tapi, nanti kalau ada chance akak korek resipi yer...