Saya Dan Banjir


Sekarang musim banjir dan daripada gambar-gambar yang aku tengok memang teruk betullah. Aku tak boleh imagine kalau aku kena, boleh sakit jiwa. Kereta tenggelam, rumah tenggelam. Harap jauhkan.

Pengalaman banjir untuk aku lebih kepada pengalaman yang menyeronokkan. Masa kecik bila balik kampung kalau banjir aku naik sampan dari jalan pergi ke rumah. Ada kakak sepupu aku satu ni suruh aku naik sampan dan dia sambil berjalan akan tolak sampan tu. Rumah tok aku pulak tinggi, air confirm tak masuk. Abang aku yang menetap di kampung tu akan memancing dari tingkap. Biasanya dia dapat ikan puyu, dia kumpul dalam tempayan. Umpannya tepung campur belacan.

Bila di FELDA pulak banjir takkan berlaku di rumah. Banjir berlaku di kebun sawit. Kalau banjir besar tak boleh masuk langsung. Kalau banjir kecik-kecik seronok sebab boleh main air. Airnya pun jernih je. Kalau tangkap ikan dengan bubu musim banjir kalau nasib baik ikannya akan dapat banyaklah. Nasib tak baik, ikan banyak tapi mati sebab ikan lemas takde oksigen.

Harapnya banjir di Malaysia ni cepatlah redanya. Banjir tu dah satu masalah. Nanti nak mengemas lepas banjir tu lagi satu masalah.

No comments: