Saya Dan Sukan

Dalam mood sukan ni baik aku cerita jelah betapa aku suka segala jenis sukan especially beach volleyball wanita. Ok tak kelakar, aku suka bolasepak. Yang paling utama sampai anak-anak aku selalu cakap. "Ayah ni asyik tengok ball je". Dan sebab aku dah penat argue dengan diaorang jugaklah aku berkorban ambik Astro Multiroom supaya aku boleh tengok segala jenis sukan yang aku nak tanpa pergaduhan. Berkorban.

Selain bolasepak, sukan utama yang aku suka ialah hoki, olahraga, tennis, rugby, volleyball, handball dan golf. Motorsport kalau ada Malaysian yang bertanding.

Sukan boleh ubah mood aku. Macam hari tu Junior Hockey Team kita kalah masa semifinal dan aku rasa down gila sebab diaorang kalah penalty shooutout. Aku lagi marah sebab ramai orang puas hati sebab at least dah masuk semifinal. Pada aku kalau boleh biarlah kita masuk final kalau tak menang tournament tu. Bila masuk bab sukan ni semangat kenegaraan dan kenegeriaan aku sangat tinggi. Aku boleh jadi sangat emotional.

Tapi bila masuk bab team bolasepak luar negara macam Manchester United yang aku sokong, aku takde hal sangat. Kalah pun aku tak kisah sangat sebab aku tak lahir dekat Manchester. Cuma aku risau kena "bahan" dengan kengkawan je.

Aku punya impian dalam menyokong acara sukan ni ialah sebelum aku mati aku nak tengok ada atlet Malaysia menang emas olimpik tak kira apa-apa acara dan aku harap dapat tengok Malaysia masuk World Cup bolasepak.

Dan to be honest aku teringin nak jadi pengulas sukan sebab aku memang knowledgeable dalam banyak jenis sukan dan tau jugak jugak atlit-atlit. Tapi macam mustahillah kut. Haha.

No comments: