Stomach Bug

Aku sakit perut since Ahad hanya kerana seketul daging basi yang aku makan hari Sabtu hari tu. Hari Isnin kena teruk dan aku pergi klinik balik dari office. Selasa macam dah ok tapi makan masih kurang. Semalam macam dah ok aku makanlah macam biasa semula sebab aku dah lapar, sekali jadi balik dan sampai ke hari ni.

Hari ni aku MC je lah sebab nak jumpa doktor sekali lagi dan aku malas nak makanlah kut. Mungkin boleh kurus kering macam ni.

Sebab seketul daging je aku seksa dah empat hari. Doakan aku cepat sihat. Anak nak start sekolah minggu depan ni.

3 comments:

kucingorengemok said...

saya biasanya (ye, sllu sakit perut gitu) boleh turun 1-2 kilo tapi pastu gastrik, timbal balik makan dan naik 2-3 kilo. sekian...

Aziela said...

Semoga cepat sembuh. Tak ada yang lebih mujarab selain daripada minum air masak banyak2 dan rehat. Rehat maknanya tidur dan lepak dan betul2 rehat tau...

Pizli Mat Wazip said...

kucingorengemok - Saya dah terbayang nak makan burger besar2 dah tengah lapar ni.

Aziela - Haha ye, terima kasih.