Tak Suka You Keluar Malaysia


Kalau rasa harga ayam mahal, makanlah ikan. Begitulah kata-kata seorang menteri yang aku rasa dia pun tak tau harga ikan sebenarnya lagi mahal dari ayam. Sekarang ni kecoh pulak pasal harga tol naik. Dan mostly orang dekat Kuala Lumpur dan Selangor marah sebab diaorang lah yang akan paling terasa. Aku dengan wife tak kena directly. Cuma mungkin kalau nak berjalan-jalan tu akan kena.

Masalah besar kita di sini ialah public transportation tak reliable langsung, unless kau memang dekat pekan betul-betul. Kalau public transportation tu bagus takdenya orang bising. Dan macam menteri kat atas ni cakap "guna jalan biasa". Jalan biasa pun tak bagus langsung. Nak kena keluar rumah pukul 5 ke kut kalau dari Kajang nak ke PWTC contohnya.

Salah satu penyelesaian lain yang ada ialah naik motor. Tol tak kena, minyak jimat. Tapi risiko lain pulak. Entahlah.

Mungkin korang pelik kenapa aku banyak hentam kerajaan sekarang ni. Salah satu sebab ialah aku geram aku janji diaorang sebelum election hari tu diaorang tak buat lagi. Salah satunya ialah menurunkan harga internet. Aku marah sebab itu je satu-satunya benda yang aku boleh dapat tapi diaorang mungkir janji.

3 comments:

Aziela said...

Selama nie pun dah banyak mungkir janji. Tapi kali nie obvious sangat la. Tapi tu la...bak kata Dr. M, Melayu mudah lupa. Sebab tu lah diorang nie ambik kesempatan. Lagi setahun nak pilihanraya, terus semua diorang bertukar jadi angel semula. Tak caya, kita review lagi 5 tahun akan datang. Pastikan blog ini sentiasa mantap bertahan untuk kita mengimbas semula nanti.

scabbers said...

Eh, harga ikan lagi mahal dari ayam?

Pizli Mat Wazip said...

Aziela - Harapnya orang ingat apa jadi sekarang ni.

scabbers - Kalau compare price per kilo, yes!