Umar Nak Masuk Darjah Satu

Sementara MC semalam aku uruskan hal-hal sekolah Umar ni. Untuk sekolah kebangsaan aku pergi beli buku. Untuk sekolah agama pergi register. Orang cakap dah masuk sekolah ni kurang sikit belanja tapi aku rasa lebih kurang je kut. Pergi sekolah nanti nak kena bagi duit belanja jugak haha. Lepas tu sekolah agama ni sekolah agama swasta sebab sekolah agama rakyat jauh.

Sekolah agama rakyat ni termasuk transit sekalilah tapi makan rehat paginya kena beli dekat kantin jugak.

Semoga anak aku boleh cope dengan perubahan.
_______________________________________________________________________________
Eh jap, tadi aku dapat voucher Seng Heng RM50 dari Lowyat punya website, voucher code dia ialah SHLOWYAT

Kena beli barang lebih RM50 kut, so tadi aku beli benda yang aku memang nak guna, Panasonic Nose Trimmer dengan satu bekas makanan, total campur shipping dalam RM60. Aku masukkan voucher tu bayar RM10 je.. Itupun sebab shipping RM8, maknanya harga barang seringgit je satu.. Shhhhh, kalau korang nak guna pergi sana sekarang: http://www.senheng.com.my/

Nose hair trimmer perlu sebab susah guna gunting hehehe.

1 comment:

Aziela said...

Kejap jer dah darjah satu..nanti kejap jer darjah 6 macam anak akak...huhuhuhu