Wakaf Dari Pandangan Mata Seorang Yang Mempunyai Criminal Mind

Wakaf (bahasa Arab: وقف, [ˈwɑqf]; plural bahasa Arab: أوقاف, awqāf; bahasa Turki: vakıf, bahasa Urdu: وقف) adalah perbuatan yang dilakukan wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk menyerahkan sebagian atau keseluruhan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan ibadah dan kesejahteraan masyarakat untuk selama-lamanya.

Aku suka wakaf ni sebab pahala dia berpanjangan. Kalau benda yang kita wakafkan itu adalah benda kekal seperti bangunan ke contohnya. Aku suka jugak sekarang banyak badan atau pusat wakaf itu sendiri mengambil sumbangan dari kita dan kemudiannya dia buat pusat tahfiz ke dan kita punya bahagian ada. Ada wakaf negeri Johor ni dulu ambik sumbangan untuk bangunan di Mesir kalau tak silap. Dah siap dah pun dan diaorang siap inform orang yang bagi sumbangan.

Issue aku di sini ialah bila pusat wakaf guna duit sumbangan untuk benda yang tidak kekal. Tilam hospital contohnya. Tilam tu tak kekal satu. Masalah aku di sini ialah katakan tilam hospital tu sepatutnya dibiayai oleh pihak kerajaan ke contohnya. So dengan adanya wakaf ni, pihak tu dah tak perlu keluar belanja dan tanggungjawab dia dah kurang. Dan aku risau satu hari nanti sampai keluar ayat. "Eh bukan biasa guna duit wakaf ke? Kitaorang dah taknak ambik tau dah, kitaorang nak buat kawasan perumahan baru ni".

Aku takut sampai ke tahap macam itu je nanti.

1 comment:

Voldemort said...

You're so sick! haha