2015


Selamat Tahun Baru aku ucapkan. Honestly aku tak pernah look forward langsung pada tahun baru tapi tahun ini lain. Aku nak 2014 yang penuh luka ini habis dengan cepat. Penuh luka untuk negara kita secara general. Untuk aku sendiri 2014 adalah tahun yang paling baik dalam sejarah hidup aku. So aku berdoa 2015 dan seterusnya akan jadi lebih baik lagi.

Dan aku juga berdoa biarlah harapnya kita semua, ye kita semua, aku, kau dan kau di sana yang tahun 2015 akan membawa segala benda menggembirakan untuk kita.

Selalunya aku summarize tahun aku, takpela itu next postlah kut.

So apa azam aku tahun ni? Azam aku simple, aku nak Just Be Happy je. Segala dugaan yang datang akan ku sambut dengan tenang. Kalau tak dapat benda yang aku nak, itu maknanya takde rezeki. Benda-benda macam itulah kut.

Lain?

Maybe aku nak jaga makan? Hahaha, ini benda lawaklah, mesti tak boleh.
Taknak main phone masa drive? InsyaAllah.
Bersenam? InsyaAllah.
Berjimat? Aku dah beli motor, memang itu antara target aku. In fact hari ni aku dah boleh pergi ambik motor aku. Hehe.
Masuk contest lagi? Ye mesti, tapi kali ni aku nak masuk contest yang menang hadiah besar dan bukan gadget-gadget lagi sebab aku dah ada semua. Aku nak menang hadiah pergi Umrah ke, dapat rumah banglo ke sebijik haha.

Ok lah ye, selamat tahun baru semua. Doalah kita dapat baik segala benda ye tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Amin.

Masuk Asrama?



Sekarang musim budak-budak UPSR masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. Aku rasa since dulu lagi memang target mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah yang bagus dan kalau bernasib baik yang ada tradisi sendiri.

Macam aku dulu hidup di FELDA, facilities serba kekurangan, mak bapak pun takdelah belajar tinggi untuk membimbing kami adik beradik dalam matapelajaran kimia ke contohnya jadi memang satu kemestian untuk kami keluar dari kawasan yang dikelilingi kelapa sawit.

Cuma zaman sekarang ni selain daripada dapat masuk sekolah yang bagus, menjadi lebih berdikari apakah satu kemestian untuk kita target anak-anak kita dapat Sekolah Berasrama Penuh? Adik-adik aku dan ramai lagi murid dah buktikan yang mana walaupun diaorang tinggal dalam kampung atau setakat sekolah biasa tanpa bantuan yang hebat diaorang score je exam. Asalkan berusaha. Tapi adik-adik aku pergi MRSM lepas dapat result exam yang hebat atas sebab kurang facilities dan mak bapak aku pun mana boleh ajar fizik dan masa tu internet pun takde.. Point aku di sini aku rasa diaorang boleh hebat di mana-mana sahaja.

Sekarang imagine zaman sekarang yang mana informasi ada dihujung jari, segala masalah dan pelajaran boleh di access setakat atas katil sahaja dicampur pulak kebolehan semulajadi anak-anak ini untuk belajar dan menjawab exam aku personally dah tak rasa yang sekolah asrama penuh ni lebih bagus dalam membantu pelajaran kau. Lebih kurang sama sahaja. Ditambah pulak ibubapa yang berpelajaran tinggi yang memang boleh tolong anak-anak belajar di rumah.

Kalau dari segi berdikari memang! Memang asrama membantu! Dan ada nama jugaklah bila kau cakap kau dari sekolah so and so. Dan maybe kau nak ambik course yang takde dekat sekolah biasa macam kut lah sekolah tu ada belajar bahasa Perancis ke, kelas membaiki kereta kebal ke. Kan?

Entahlah, aku pun tak tau. As for now aku masih ada rasa nak anak-anak aku masuk asramalah lebih kepada aku rasa terjaga sikit disiplin compare dengan sekolah biasa yang bebas ni. Yang lain-lain aku tak pasti. Tapi katakan kalau kau boleh monitor anak-anak kau, hantar ambik dari sekolah sendiri, aku rasa kau boleh bagi environment yang sangat baik untuk anak kau belajar dan membesar kut. Wallahualam.

Imitation

Sebagai ayah aku sentiasa nak bagi anak-anak aku gembira. Walaubagaimanapun kita manusia ni kena berpada-pada. Lebih-lebih lagi zaman semua benda mahal ini. Senangnya budak-budak ni ialah diaorang nak je benda-benda tu. Diaorang tak kisah pun benda tu original ke tidak. Jadinya bila ada benda yang 90% sama pada harga 70% lebih murah, aku sangatlah bersyukur sebab aku dapat menggembirakan anak aku dan aku pun tumpang gembira sekali.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Aku taknak mention nama produk ni tapi korang taulah kut kan. Aku takkan beli kalau yang ori so diaorang takdelah hilang customer. Aku beli sebab ada imitation je.

Siapa Bomohkan Aku????

Aku dah nak masuk umur 34 tahun. Kehidupan aku dulu penuh kemarahan dan rasa macam semua benda tak going my way.. Tapi aku tak pastilah lately ni aku sangat tenang. Masalah banyak, banyak sangat. Lampu rosak, suis terbakar, macbook turn off sendiri tapi aku rasa aku dah boleh handle semua ni calmly.

Even kasut kerja aku yang dah nazak ni pun aku masih rasa ok tak bersedih hati.

Aku tak pasti apa yang trigger sifat dalaman aku untuk berubah. Mungkin aku dah mempraktikkan slogan hidup baru aku JUST BE HAPPY ke tahap yang melampau. Atau mungkin aku dah pandai redha dengan segala benda.

Atau mungkin Liza pergi jumpa bomoh suruh hembus-hembus pada aku supaya aku jadi relax sikit. Hahahahah.

Matahari Yang Keluar Sekejap

Aku rasa 3 bulan lepas aku doa biarlah hujan hari-hari. Masa itu panas sampai air pun kena catu. Panas, air takde, ada baby. Imagine. Sekarang bila dah hari-hari hujan aku rasa bersalah pulak nak mintak panas. Susah jugak sebenarnya sebab baju-baju tak kering. Bau masam.

Apa pun Sabtu hari tu masa matahari keluar sekejap aku sempat bawak anak-anak aku main dekat taman. Seronoklah diaorang sampai request nak pergi sekali lagi semalam.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Tapi yang tak tahannya ramai pulak couple bermadu asrama. Rosak betul taman permainan jadi tempat orang beromen.


Banjir, Masa Untuk Muhasabah Diri (Random)

Aku tulis ini secara random dan mungkin ada yang tak faham. Peduli apa aku.

Pada aku bila musibah / ujian / bala banjir ni datang semua orang dalam Malaysia ni kena duduk depan cermin dan tenung ke dalam diri selama mungkin. Ambik masa untuk muhasabah diri. Termasuk lah aku, termasuklah kita yang takde kena banjir ni. Apa kita sebagai manusia ni dah buat?

Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini

Ada yang bila kena dekat orang lain dia cakap bala dan bila kena dekat diri sendiri dia cakap ujian. Ada yang cakap itu ujian atau bala tapi manalah tau sebenarnya banjir jadi atas masalah sesimple penebangan hutan secara berleluasa dan sistem perparitan yang tak bagus.

Ada yang bila orang tegur sikit nak melenting. Marah. Semua tak betul. Kau nak benci orang pun kena ada limit. Jangan sampai benci kau tu mengatasi benda-benda logik. Jangan sebab benci kau jadi buta. Jangan sampai orang yang kau benci, kau kutuk, kau maki seumur hidup tu kau panggil balik nak mintak tolong. Bila dah macam tu kau pergi terjun bunuh diri je lah dalam banjir tu.

Ada yang in denial. Nyawa dah tinggal suku pun masih taknak mengaku salah.
Ada yang nak menunjuk. Bagi bantuan nak dapat nama.
Ada yang celaka. Tahan barang bantuan NGO sebab nak hantar barang parti dulu padahal mangsa dah kebuluran.

Korang tak sedar ke sifat Allah tu antaranya maha mengetahui. Boleh tahu apa dalam hati kau yang kadang-kadang busuk tu.

Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

Jadi marilah kita muhasabah diri masing-masing dan betulkan apa yang tak betul sebab kadang-kadang tudung labuh yang kau pakai 24 jam tu, kopiah yang tak pernah lekang di kepala kau tu dan facebook status agama kau tu mungkin boleh menjadi topeng di mata aku tapi obviously nampak bogel di mata Allah. Boleh tahu niat sebenar kau. Boleh tahu tahap kebencian kau yang membuak-buak sesama manusia.

Pendek ceritanya, kau contohilah Sultan Kelantan, dan ye, hari ni aku pukul semua.

Aku? At least aku real dan tak pernah berpura-pura sebab aku tak pandai menipu, tak benci sesiapa dan tak busuk hati. Assalamualaikum.

(Sorry, aku ada benci orang sebenarnya, aku benci orang suka potong queue atas jalanraya. Dan aku dengki dengan David Beckham)

Luluh Hati

Korang pernah rasa luluh hati. Rasa simpati yang amat sangat? Setiap kali aku tengok gambar banjir yang melanda negara sekarang ni memang luluh hati aku. Simpati. Kau imagine, rumah kau, kereta kau dan barang-barang dalamnya tenggelam dek air. Air pulak tinggi sampai 2-3 tingkat bangunan.

Sebelum banjir kau kena buat persiapan, masa banjir kena harung dan lepas banjir nanti pulak nak kena bersihkan segala benda.

Aku tau Allah tengah menguji kita semua. Menguji aku sendiri yang tak kena ni jugak pun. Apa yang kita boleh buat nak membantu sesama manusia regardless kaum, agama and dalam kebanyakkan kes negara kita ni, parti politik yang disokong.


Semoga bencana ni cepat habis dan semuanya selamat.

It's Been A Great Year Indeed!


Angan-Angan Yang Dibuang

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Satu masa dahulu aku berangan aku nak ada pool table di rumah tapi lepas tu aku sedar rumah aku tak cukup besar nak letak pool table, unless aku buat balconi tertutup. Haha. So aku dah buang dah kut angan-angan tu.

Lagi satu angan-angan yang aku dah buang jauh ialah nak ada superbike.

Happy Ada Camera

Presentation aku last week bertajuk Basic Smartphone Photography. Aku memang suka camera phone. Dan aku telah suffer dekat setahun sebab camera phone aku sebelum ni lense dia dah rosak bercalar. So bila aku dah ada phone baru yang main cameranya elok memang aku lepas geramlah ambik segala gambar haha.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Aku tak sabar nak balik kampung. Banyak gambar boleh ambik haha.

Nawal Zahrah

 
A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Aku dah pernah tulis pasal Nawal ni. Dia budak yang sangat ceria kadang-kadang sampai aku marah sangat asyik bergelak ketawa suka-suka je. Cuma itulah, aku harap dia akan ceria seumur hidup. Janganlah bila dah meningkat remaja nanti jadi pemarah ke apa ke. Hahah.

Last Week (Summary)

Aku ada cerita hari tu yang last week aku busy training dan Liza pulak takde kat rumah. Sebenarnya hidup aku macam sangat monotonous dan macam aku take everything for granted. Aku terlalu selesa. Aku tau kerja aku macam itu sahaja, aku tau bila aku balik rumah ada wife ada anak-anak dan semuanya takde terganggu. Semuanya perfect. Dan mudah.

Tapi last week aku rasa perubahan yang sangat gila. Aku sangat busy. By Thursday tu aku dah mentally drain, mentally tired dan of course physically tired jugak sebab by that time aku dah uruskan anak-anak seorang diri. Malam Jumaat tu aku kena prepare slides nak buat presentation, aku rasa aku siap berfikir dalam tidur kut apa aku nak cakap. Macam satu wake up call lah untuk aku yang memang hidup aku selama ini mendatar. Dan memang sepatutnya sekali sekala ada benda macam ini terjadi. Liza pergi team building dan aku rasa aktiviti yang dia buat jugak pun mendatangkan perbezaan pada dia. Not to mention last week tu first time tak tidur dengan anak-anak dalam masa beberapa tahun.

Sebab benda-benda ni benda macam bolasepak Malaysia yang aku rasa sangat penting pun dah tak jadi penting. Aku tak peduli pun diaorang kalah 2-0 tu haha.

Pasal presentation aku tau English aku average, apa aku cakap orang boleh faham tapi aku tau lah ada silap-silap sana sikit. Tapi masa aku salam trainer tu dia cakap lah "You did very well you know" so aku rasa penat lelah aku berbalaslah.




Last sekali aku dah beli handphone baru. Refurbished IPhone 4S, hari tu Lazada ada buat special sale aku dapat lagi extra 12%. Aku order 16GB tapi dia lembab hantar so aku marah-marah dan tetiba dia hantar aku 32GB punya. Alhamdulillah. Harganya RM560. Bila dia hantar memang phone barulah rupanya. Korang boleh Google lah apa benda refurbished Iphone ni.

Oh lupa nak cakap, masa aku jaga Luqman si baby tu dia ok je sebenarnya. Dia manja bila mak dia ada je. Bila mak takde dia behave, senang je aku jaga, malam pun takdelah terjaga lama-lama sangat. Dan anak-anak aku lagi 2 orang pun bagus. Bekerjasama dan tolong aku, so ok je lah semuanya. Oklah, itu je lah summarynya. Dah lama aku tak tulis panjang macam ini.

Oh aku beli refurbished phone bermaksud aku takdelah kena peer pressure nak dapatkan gadget terbagus je. It proves that aku ok, dapat barang outdated asalkan berfungsi aku dah cukup happy. Maybe aku dah finally grow up kut. Assalamualaikum.

MInggu Yang Busy

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Selain aku busy training seminggu ini since semalam Liza kena pergi outstation, department retreat. Takdelah jauh sangat dari rumah tapi still orangnya takde dekat rumahlah, jadinya aku kena menjaga-anak, termasuk baby yang fully breastfreed sendirian. Alhamdulillah ok je lah semuanya. Luqman si baby pun ok je malam tadi. Cumanya nak panaskan susu semua je lah jadi macam leceh sangat. Malam ini tak taulah, nasiblah esok Liza dah balik.

Hari ni aku nak kena prepare slides nak buat presentation esok, harapnya malam ni ok jugaklah dia untuk aku siapkan slides aku. Aku bukan complaining, cuma the timing is not rightlah untuk semua in berlaku hahaha.

Alhamdulillah Rezeki

Aku kena attend training 5 hari ni. In house je. Tapi rupa-rupanya diaorang sediakan breakfast dengan lunch, dan minum petang jugak kut. Jadinya banyaklah aku boleh jimat minggu ni. Haha. Alhamdulillah.

Aku Dah Gila Lagu Yuna

Perihal Cuti

Cuti yang terbaik adalah cuti yang kau tau last minute. Macam "Eh esok cuti?? Yahooo."

Itulah cuti yang terbaik.

Cuti yang kurang baik pulak ialah bila kau cuti, tapi wife kau kerja sebab dia kerja dekat negeri lain.

Dan nursery anak termasuk baby berusia 8 bulan pun tutup jugak dan kau kena jaga baby dan anak-anak di rumah dan tak dapat pergi makan Nasi Kandar.

Hahaha.

Bebas Tanpa Smartphone


Since aku tak guna smartphone ni aku rasa macam bebas pulak. Paling terasa sekali ialah bila tak perlu melayan message-message mengarut di Whatsapp. Kau taulah, kau ada satu dua group yang kalau rasa bersalah nak leave so kau kena mutekan dia setahun dan sekali nampak ada beratus message mengarut dan forward-forward gambar mengarut jugak.

Yang keduanya ialah email kerja. Aku hari tu synckan email ke phone aku so kalau masuk email aku akan buatlah kerja tu tak kira masa atas dasar aku boleh buat. Sekarang aku bebas. Awal pagi sampai office baru aku aku bukak email. Hahahaha.

Tapi hari ni appraisal. Kalau dapat markah sikit walaupun aku berkorban selama ni memang sampai bila-bila lah aku tak synckan email ke phone.

There Will Always Be People Judging You.

Yuna

Aku suka yang masa zaman lagu Deeper Conversation dengan Yang Sebenarnya dulu. Lepas tu entah kenapa aku macam tak follow sangat. Tapi at the same time aku dengar-dengar jugaklah lagu dia dekat radio. Not until recently lepas aku dah kurang busy aku layan je Youtube dan memberi sepenuh perhatian. Memang sedap-sedap lagu dari English album dia tu. Salah satunya lagu ini lah.


Dan single baru Broke Her tu.

Bantu Membantu

Musim cuti sekolah ni patutnya aku enjoy pergi keluar makan dengan kawan-kawan sebab sepanjang musim sekolah aku lunch ala kadar dan tergesa-gesa je sebab ambik anak sekolah. Tapi entah kenapa aku rasa malas nak keluar makan. Maybe sebab aku malas nak drive kut.

Sekali ada staff dari block sebelah jual makanan lunch dan kawan dalam office aku sendiri pun menjual sama. Lengkaplah, ada nasi, lauk sayur semua. Ada nasi minyaklah apalah. Range harga dalam 4 ringgit ke 5 ringgit setengah. Kira boleh sangatlah aku duduk je dekat meja aku ada orang hantar makanan. Kawan office aku ni lagi best sebab wife dia hantar masa tengahari, makanan panas-panas lagi.

So oklah, diaorang membantu aku yang malas nak keluar ni, aku pulak membantu diaorang menambah pendapatan.

Phone Aku Sudah Tamat Riwayatnya

Phone aku sudah tamat riwayatnya. Dan memandangkan aku nak beli barang-barang anak sekolah, nak beli motor jadinya maybe lagi 3, 4 bulan lah kut baru ganti phone baru. Hahaha.

Broke Her

Suami Yang Baik?? Rage!! Rage!!


Aku paling pantang bila orang upload gambar-gambar macam ni. Kepala hotak bapak kau!! Benda-benda simple macam ni takkanlah kau nak upload beratus kali di zaman 2014 ni? Logiklah suami bantu isteri bab-bab macam ni. Common sense lah kut.

Aku paling benci bila orang upload status-status macam isteri dekat Malaysia ni terseksa sebab kena buat kerja sedangkan di sekeliling aku, ramai je suami-suami buat kerja rumah macam sidai kain semua tu. Bantu isterilah tu. Yang korang buat macam isteri dekat Malaysia ni kena seksa institusi keluarga dekat Malaysia macam ketinggalan zaman ni apahal?

Bapak aku dulu hebat je masak, kalau mak aku takde ke, tak sihat ke. Dari dulu lagi aku rasa suami ada bantu isteri. Isteri mana yang tak dibantu sampai nak lukis kartun-kartun macam ni????? Kalau ada pun zaman sekarang ni aku rasa berapa percent je lah.

Tapi bila suami dah baik tolong menolong janganlah naik kepala. Itu memang bini yang nak kena sepak dekat muka sampai berbekas tapak kaki lah.

Emak

Dalam aku happy mendapat layanan emak aku dalam dua minggu ni, oh alasannya memanglah nak mintak mak aku jagakan anak-anak tapi sebenarnya mak aku memasak jugak untuk kitaorang so memang syoklah makan sedap-sedap, rumah pun terjaga.

Ok sambung balik, dalam aku happy mendapat layanan emak aku sebenarnya dalam tak sedar mak aku dah tua. Dah tak kuat macam dulu. Nak naik turun tangga pun susah. Dan rambut pun dah banyak uban.

Betul Jugak Apa Orang Ni Cakap


Dating?


Aku rasa dah lama jugak kut tak keluar dating dengan isteri. Hahaha. Aku harap tahun depan aku dapat susun cuti dengan lebih bertanggungjawab sikit. Aku nak kena plan yang mana ada pergi keluar berdua dan akhir tahun kena ada tinggal cuti dalam 10 hari baru lah seronok nak jalan-jalan kut. Anyway aku rasa movie atas tu macam menarik je kalau nak tengok masa keluar dating haha.

Mak Aku Dah Ada Sini

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on



Semalam mak aku sampai. Habis dibawak semua-semua benda untuk dia memasak dua minggu. Malas aku nak cakap apa-apa. Biasalah emak-emakkan? Kita pun akan buat benda yang sama. Anak-anak yang dua orang tu dah besar so takdelah susah mak aku nak jaga, just tengok-tengokkan je lah. Cuma anak-anak aku dapat menikmati cuti sekolah secara normal je lah.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Dan pagi tadi aku dapat makan roti canai yang mak aku uli malam tadi. Doakan mak aku sihat walafiat dan dipanjangkan umur ye.

Lagu Paling Nostalgia


First, aku tak pasti kenapa lagu ini dimainkan di TV masa aku kecik. TV kan macam untuk satu Malaysia tapi aku ingat lagu Negeri Perak dimainkan. Oh maybe masa tu Sultan Azlan jadi Agong. Aku pun kecik lagi masa tu, maybe masa tu tak pandai baca lagi pun.

Sebab apa nostalgia? Sebab aku ingat masa ni aku hidup susah. TV pun hitam putih lagi kut agaknya. Tapi walaupun aku rasa masa tu family aku susah tapi aku tak ingat pulak masa tu aku sedih dengan hidup aku. Hahaha. Aku rasa happy je. Tapi memang lagu ni macam sangat dekat di hati lah.

Benda Paling Hampeh Dalam Dunia

Nak tau benda apa yang paling hampeh pernah dicipta dalam dunia? USB Cable untuk charge phone tu. Terkepek sikit rosak. Terbelit sikit rosak. Padahal berjenama tu. Aku doa ada orang boleh cipta satu yang tahan 10 tahun.

Cuti Sekolah Yang Tak Cuti

Benda yang paling aku kesiankan pada anak-anak aku ialah masa cuti sekolah diaorang kena pergi nursery sebab kitaorang berdua kerja. Sebagai anak peneroka FELDA masa kecik aku dulu tak ditempuhi dengan cara anak-anak aku tempuhi sekarang. Time cuti sekolah memang betul-betul cutilah. Nak bangun lambat ke apa sukahati.

So since mak aku dah tinggal seorang sekarang ni aku cubalah ajak mak aku datang rumah aku masa cuti sekolah dan dia setujulah nak datang tahun ni. Aku mintak tolong jagakan anak-anak aku dekat rumah. Mak aku boleh datang 2 minggu starting from next week so bolehlah 2 minggu diaorang nak bangun lambat ke, nak tengok tv ke, nak main game ke. Buat je lah. Aku tak kisah sebab pada aku budak-budak kecik deserve benda-benda macam itu.

Lepas dua minggu aku cadang nak suruh diaorang duduk Keramat rumah mentua aku. Kitaorang bertiga duduk je lah sini. Ok kut, Keramat ada internet, InsyaAllah boleh survive haha dan yang penting aku takdelah bersedih tengok anak-anak aku tak dapat cuti dalam erti kata sebenar.

KL KL Big City Of Dream (Assalamualaikum - Faizal Tahir)


Masa aku dengan Liza tengok video ni, Liza cakap dah lama tak pergi sana. Sana as in KL, ditempat orang jalan-jalan membeli belah. Aku tau KL ada banyak kawasan tapi aku boleh panggil area Jalan TAR dan disekelilingnya adalah antara area yang humble di KL. Especially kalau kau pergi naik tren dan jalan kaki pergi cari barang.

Aku rasa di jalan ini adalah jalan di mana orang-orang kebanyakan berjalan. Ye lah, compare dengan KLCC dan Bukit Bintang aku yakin apa yang aku cakapkan itu betul. Biasanya setiap tahun aku dan Liza akan ambik cuti dan pergi sini untuk shopping. Pergi naik kereta, sampai masa Sogo pun belum bukak. Bila dia bukak, akan ada lagu dan pekerja akan greet kitaorang. Tahun lepas takde sebab dapat baby. Biasa pergi masa bulan 4 lepas dapat bonus haha.

Dan selepas itu semestinya pergi makan nasi kandar Shittique. Honestly, aku miss jugak KL ni. This part ok KL lah maksud aku.

Kasut

Kasut kerja aku dah rosak so nak kena ganti. Ada dua kasut yang aku berkenan.




Ok itu je, aku takde idea dah nak tulis apa hahaha.

Korang Mengeja Pendek-Pendek Ni Korang Nak Kejar Masa Pergi Mana??

Aku tak boleh terima mak bapak budak yang obviously dah dewasa menulis pendek-pendek short form buang beberapa huruf. Kalau orang dewasa mengeja macam tu korang expect budak-budak nak menulis elok-elok. Kalau ada anak-anak aku mengeja macam tu aku lempang terus.

Aku Adalah Tom

Englishjer

Aku tau pasal Englishjer ni through twitter tapi sekarang PopTeeVee dah buat video. Tujuan dia nak mengajar English lah. Macam ala, English jer, bukan susah pun. Apa-apa pun check it out.

Sometimes Anger Is Just A Mask

Sumbangan


Alhamdulillah, aku dapat mintak boss aku sumbangkan computer terpakai dari computer lab tempat aku kerja kepada sekolah anak aku. So campur sponsor dan maintain website oklah sumbangan aku sebagai AJK PIBG untuk setakat ini haha.

Hal Peniaga Online Yang Paling Aku Menyampah

Sekarang ramai orang berniaga online. Yang aku menyampah ni bukanlah necessarily menipu barang yang dijual atau menipu duit langsung, tapi lebih kepada cakap tak serupa bikin.

Tulis cakap nak post hari ni tapi sebenarnya pos esok.
Cakap lepas post nak terus bagi tracking number, lepas tu cakap nak bagi malam tapi sampai ke pagi esoknya pun tak bagi.

Kalau kau tau kau tak boleh buat jangan janji, jangan tulis. Bahalol.

Orang beli barang ni keluar duit. Kadang-kadang beribu pun ada. Orang nak tau barang dah hantar ke belum. Orang excited tunggu barang. Orang nak barang tu secepat mungkin. Kalau tak boleh buat pergi mati je senang jangan berniaga.

Hal Expected Dan Tidak Memberi Pujian

Semalam aku ada buat lawak yang anak aku memang diexpect macam tu so aku tak excited.

Walaupun aku buat lawak sebenarnya perkara tu memang terjadi. Ada bapak yang bila anak dia katakan cemerlang bapak dia tak cakap apa pun. Sebab memang dia diexpect untuk cemerlang. Tapi kalau gagal terus kena belasah.

Pada aku tak baguslah macam tu kut. Kalau cemerlang kena lah puji sikit sebagai semangat untuk dia mengekalkan kecemerlangan. Diam je down pulak budak tu nanti. Aku cakap puji kan? Bukan reward. Kalau mampu nak reward, reward je lah, peduli apa. Kita kenal anak-anak kita.

Pandai-pandailah. Zaman dah berubah. Macam adik bawah aku dulu dpaat 5A SPM pun bapak aku tak puas hati. Hahahaha.

Pengawas

Umar dilantik jadi pengawas untuk dua-dua sekolah. Kebangsaan dan Agama.

Tak bestnya baju tak boleh bawak ke tahun depan sebab dah pakai baju biru. Sampin sekolah agama pulak tukar dari hijau ke merah.

Best partnya ialah kasut hitam. Senang nak jaga aku rasa. Dan takdelah aku dengar Liza marah-marah sambil basuh kasut putih yang kotor hahahahaha.

PAVANE FOR A DEAD PRINCESS - Ali Aiman



Words
They never flow when I'm trying
Words
They come to slow
Though my heart just wants to show
I am with her heart and soul

She's singing from the depths of her broken heart
Wish I could paint her with world
Paint her stars
Paint her hole
I am with her heart and soul

Please God put a smile on her face
And let her dream

She's walking down a path filled with emptiness
She's drifting
Drifting away

Please God put a smile on her face
And let her dream

She's walking down a path filled with emptiness
She's drifting
Drifting away

Please God put a smile on her face
And let her dream

Enjoy Lah Moment Itu

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Semalam hari penyampaian hadiah tadika Nawal. Bestlah, ada persembahan semua. Aku memang bawak video cam dengan tripod letak tepi. Lepas tu aku perasan masa anak-anak buat persembahan semua parents sibuk rakam video tu. Kiranya instead of enjoying the moment secara live diaorang prefer rakam untuk ditengok di kemudian hari.

Maybe tadika patut upah orang buat video dan ambik gambar so that mak bapak boleh tengok secara live dengan penuh kepuasan. Yang lagi teruk masing-masing berdiri dekat depan sampai block orang dekat belakang. Nantilah aku upload dekat Youtube untuk mak bapak yang missed sebab kena block.

Nawal dapat hadiah lancar baca BM dengan English kut, sebagai bapa yang kiasu aku tak rasa happy pun sebab dia memang diexpect untuk pandai itu semua dalam masa setahun. Aku hanya akan happy kalau dia dapat hadiah tokoh pelajar masa umur 4 tahun wahahahahaha. Takdelah memain je. Oklah 4 tahun dah pandai itu ini. Senang nanti.

Hangin Waktu Tengahari

Hari ni aku sampai lambat nak ambik Umar. Sekali aku tengok jalan jam. Nak tau jam sebab apa? Sebab ada parents selamba tunggu anak dia dalam kereta dekat tengah jalan. Kepala hotak kau berjambul. Kalau anak kau keluar lambat kitaorang kena tunggu jugak?

Kalau drop aku boleh faham sebab budaknya ada dalam kereta.

Aku tak faham kenapa orang macam ini wujud. Datanglah awal park elok-elok. Kalau lambat pun carilah tempat yang sesuai. Ini buat jalan tu macam bapak kau punya memang cari pasallah.

Kisah Aznil Di Sekolah Anak Aku

Rabu lepas ada hari kanak-kanak di sekolah anak aku. Aku frust jugak tak dapat pergi sebab jaga anak sakit. Anyway, ini artikel dia dan lebih pada cerita pasal Aznil dan aku anggap kau akan look at him differently selepas baca ni. Aku pun berdosa sebenarnya sebab selama ni aku anggap dia completely opposite from apa yang Odah ni tulis.

Artikel ni diambil dari sini: http://www.agendadaily.com/CATATAN-ODAH/sekali-lagi-saya-tersalah-menilai-aznil.html



Ketika Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota (SKBBM) meminta nama artis yang sangat sinonim dengan kanak-kanak untuk Hari Kanak Kanak, saya tidak dapat memikirkan nama lain selain Datuk Aznil Haji Nawawi @ Paknil.

Walaupun ada beberapa nama dicadangkan, namun saya tetap pilih Paknil. Ternyata pilihan itu tepat.
Pertama kerana saya melihat beliau memiliki ciri-ciri penghibur yang disukai ramai dan disenangi oleh pelbagai lapisan bangsa, dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Beliau mengingatkan saya pada Sudirman Haji Arshad; boleh berinteraksi dengan masyarakat walau dalam kelas apapun, baik kelas atasan mahupun orang biasa biasa. Itulah ciri penghibur yang baik, tidak canggung diletakkan di pentas apa sekalipun.

Kembali pada cerita sambutan Hari Kanak Kanak. Biarlah saya bercerita tentang bagaimana saya berurusan dengan penghibur bernama Aznil ini. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat, tidak sampai tiga minggu!

Sebagai orang yang lama terpisah dengan media arus perdana saya tidak mengharapkan Aznil akan melayani "lamaran" saya untuk beliau datang ke SKBBM, sebuah sekolah yang baru beberapa bulan beroperasi. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kerana saya bukan lagi pengarang hiburan akhbar besar. Jadi, saya hanya mencuba nasib dan bersedia untuk ditolak.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya hanya meminta nombor beliau dari seorang rakan di Astro dan hanya beberapa minit kemudian, telefon saya berbunyi. "Assalamualaikum Odah, awak cari saya?" itu mukadimmah dari tuan punya diri.

Saya pun nyatakan hajat dan sebaik saja disebut pihak sekolah memilihnya, beliau mengucapkankan syukur alhamdulillah. Semuanya jadi mudah dan beliau hanya minta diberi masa untuk melihat jadualnya yang saya sendiri faham, sangat padat memandang beliau bukan kecil anak di Astro.

Jujurnya, waktu itu pun saya tidak yakin beliau mahu hadir. Mungkin jawapan untuk tengok jadualnya sekadar untuk sedapkan hati saya. Jadi, saya tidak menaruh harapan yang tinggi, Apa lagi sekolah tidak sebut tentang bajet pada saya. Bagaimana jika beliau tanya tentang bayaran seperti mana sebelum ini saya bertanyakan pada seorang personaliti radio terkenal saya mencari ustaz muda XYZ untuk sekolah tersebut. Terus terang dia tanya yang mereka para imam muda itu bertanya "berapa bayarannya?".

Begitulah. Jadi sebab itu saya selalu menjauhkan diri jika diminta tolong dapatkan artis untuk menjayakan majlis-majlis tertentu yang tidak ada bajet kerana saya tidak mahu mereka (artis) itu rasa serba salah. Saya juga serba salah.

Sekali lagi saya tersalah menilai Aznil. Beliau langSung tidak sebut pasal bayaran. Tidak juga melalui pengurus atau pembantu peribadinya. Sehingga tiba pagi yang dijanjikan, saya telah diperingatkan oleh pembantunya bahawa beliau biasanya datang lebih awal dari masa yang ditetapkan. Memang itu cara beliau, kata pembantunya.

Memang benar. Beliau tiba setengah jam awal, iaitu 10.30 sedangkan acara beliau bersama kanak-kanak dijadualkan jam 11 pagi. Jadi memilih beliau sebagai Ikon kanak-kanak mahupun remaja memang sewajarnya; sekalipun ada suara dangkal yang mempersoalkan mengapa beliau dipilih kerana beliau hanya seorang artis yang rambut pun "bercolour colour". Memang ada orang yang otaknya begitu, apa boleh buat, jika tidak tentu takkan terhasil ungkapan Inggeris, 'dont judge a book by itys cover!"

Dan di hadapan lebih seribu kanak-kanak sekolah dan ibubapa serta guru, Paknil menguasai pentas dengan caranya yang sangat bersahaja, padat dengan isi dan nasihat - tentang buli, kasih sayang dan jadi orang yang baik dan hindari yang jahat. Persembahannya diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai seluruh kanak-kanak yang bergema pagi itu menyanyi lagu selamat harijadi untuknya, yang membuatkan beliau terharu dan menitiskan airmata.

Terima kasih Datuk Aznil, pada usia 52 tahun pun, anda memang masih sangat relevan dan selayaknya menjadi idola dan ikon kanak-kanak SKBBM. Terima kasih juga kepada penaja-penaja lain seperti LPPKN, Gardenia, Yakult dan CCM. Terima kasih daun keladi, lain waktu menaja lagi...-13/11/2014- OLEH SAODAH ISMAIL

Langit Bukannya Selalu Cerah

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Hidup aku bukannya sentiasa manis dengan menang contest. Ada juga malapetaka macam plug terbakar pagi tadi. Nasib baiklah ada dekat rumah, kalau tidak mau terbakar terus rumah aku. Sampai office pulak computer aku rosak. Nasib office banyak laptop boleh dipinjam. Ye sila menangis untuk aku. Air mata aku dah lama habis hahahaha.

Ujian Bersyukur

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Tahun ni aku banyak menang benda. Aku rasa aku sedang diuji samaada aku bersyukur atau tidak. Honestly aku stress tak menang sejuta hari tu padahal aku patut bersyukur adalah jugak menang sikit ni. Punyalah ramai orang nak menang sampai ada orang message aku dekat FB tanya berapa borang hantarlah apa lah. Ada orang stress nak print borang mahal sebab nak sangat masuk contest ni.

Semoga aku sentiasa bersyukur dengan segala benda yang aku dapat.

Dugaan Yang Paling Aku Taknak

Hari ini aku nak cerita pasal perceraian, pasal kahwin dua, pasal penipuan suami, pasal curang. Ceritanya panjang.

Aku adalah seorang lelaki normal. Lebih-lebih lagi kerja sini. Awek British tu takde apa sangat, imagine awek Kazakhstan cantik, sexy, manja, wangi datang pada kau sambil tunjuk masalah dekat laptop saja dia hempap breast dia dekat bahu kau, ingat iman kau tak tergugat?

Abaikan.

Aku telah didedahkan dengan benda curang ini since aku habis SPM. Aku nampak kawan pakcik aku nak kahwin lagi satu. Wife dia selalu tanya aku sebab aku kerja kontrak dekat company yang sama. Aku nampak frustration wife dia. Yang lelaki ni boleh keluar hadis semua bila bab nak kahwin lagi satu.

Fast forward ke sekarang aku ada kawan yang sudah berpisah, aku ada baca blog-blog orang yang ditipu suami. Aku dapat rasa sengsaranya diaorang. Aku ada nampak husband and wife gaduh gila-gila sampai berhenti kereta tepi jalan. Aku ada tengok jiran aku sendiri bergaduh (tapi ini wife yang ada pasang lain). Aku tengok memang huru hara dan from blog-blog yang aku baca aku tau diaorang sengsara. Benda ini jadi worst bila diaorang dah ada anak-anak. Kesian. Sangat sangat kesian aku tengok. Bapak takde, jumpa sekali sekala. Yang tak jumpa langsung pun ada. Belum bab nafkah lagi.

Aku taknak ibu kepada anak-anak aku dan anak-anak aku sendiri jadi macam kes-kes ini.

Point aku tulis ini ialah sekarang iyelah aku boleh cakap aku nak jadi suami yang bagus. Aku yakin aku takkan tergugat dengan perempuan-perempuan ni. Aku yakin aku ayah yang bagus. Tapi imagine kalau Allah uji aku dengan awek Kazakhstan yang aku mention tadi masa wife aku dah kurang bergetah ke nanti . Imagine masa tu aku kalah dengan dugaan? Wife aku terbiar, anak-anak terbiar. Nauzubillah.

Imagine dugaan macam ni datang masa aku dah tua. Lagilah.

Kalau aku ada di depan Kaabah or dalam Masjidil Haram sekarang apa aku akan doa? Salah satunya inilah, please jangan duga aku dengan perempuan. Kalau nak duga pun biarlah wife aku approve. Hehe.

Manusia Yang Paling Hopkrit

Manusia yang paling hipokrit ialah mereka yang follow pages hiburan, menonton music video perempuan sexy di Youtube lepas tu berceramah agama di ruangan komen. Kalau korang semua bagus kenapa korang ada di page-page itu in the first place?

Kalau korang bagus sangat korang tak follow pages hiburan. Korang tak tengok Youtube perempuan sexy.

Dan aku rasa menghina orang tu berdosa jugak.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku. Amin.

Maggie Royale


Bila iklan Maggi Royale ni keluar aku sangat curious. Jadi Sabtu lepas aku pun beli, saje nak try. Apa yang boleh dikatakan Maggi Royale ini sedap. At least for perasa Penang Seafood Curry ni. Harga dia mahal sikitlah.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Perencah dia ada tiga. Siap ada serbuk santan so memang rasa mee karilah. Malam tadi Liza demam dan hari hujan so aku masak ini je lah layan perut yang lapar. Kalau tak hujan mau jugak gagah pergi Bangi makan Wong Solo haha.
__________________________________________________________________________
Update: Aku dah try yang Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef jugak semalam. Pun sedap, tapi pedaslah so maybe tak sesuai dengan budak-budak. Mee dia kenyal. Best best. Iklan free je ni.

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Lagu Melayu Sedap

Aku sekarang suka dengar radio Melayu. Ada 3 lagu yang menarik perhatian aku dan pada aku not bad.

Lagu Pertama dinyanyikan oleh Adzrin Adzhar bertajuk Petua. Catchy gila. Aku baru kenal. Dengar je lah, tak payah tengok video nya.


Lagu Kedua Terbang Tundung oleh Fynn Jamal. Fynn Jamal ni aku macam dah lama kenal.


Lagu last, tajuk dia Perempuan dari Faizul, dia ni pun aku baru kenal. Relax je lagunya.


Anyway, masa aku nak search lagu Perempuan ni sekali keluar list yang orang lain cari.


Perempuan gaduh sampai dibogelkan? Wah hebat kau punya imaginasi???

Hidup Dengan Anak Tiga Dan Tanpa Maid

Mungkin hidup akan lebih mudah kalau ada maid tapi at the moment kami survive tanpa maid. Alasan sebenarnya ialah aku rasa tak selesa kalau ada orang lain, stranger dalam rumah. Aku taknak berpura-pura dalam rumah sendiri, aku nak jadi diri sendiri.

Kebaikannya itulah, kitaorang bebas. Aku nak pakai seluar pendek pun ok tak perlu jaga aurat. Tapi keburukannya banyak jugaklah macam rumah bersepah dan tak terurus hahaha. So kalau nak datang rumah kena bagitau aku 3 hari in advance dan aku tak senang-senang akan ajak orang masuk rumah andaikata kalau tetiba ada orang hantar barang ke apa ke.

Pada zaman sekarang maid ini keperluan sebenarnya. Dua-dua bekerja. Balik pulak lambat. Nak rumah terurus dan nak ada orang jaga anak-anak maid ini sangat perlu. Tapi atas sebab aku taknak ada stranger dalam rumah tadi aku gagahkan jugaklah hidup macam sekarang. Ok je. Takdelah teruk sangat. Kitaorang bahagia.

Cuma wife aku takdelah merasa macam orang lain boleh tinggal baby menangis dengan maid dekat rumah sambil dia pergi facial. Hahaha. Kenalah struggle. Aku sendiri pun tak suka nak keluar-keluar bersuka ria sebab aku prefer pada masa ini aku tumpukan segala tenaga dan perhatian pada anak-anak aku. Bila diaorang dah besar, dah senang untuk di jaga barulah aku nak beri tumpuan pada bermasyarakat pulak.

Kadang-kadang aku tak faham orang boleh bersuka ria secara consistent dengan macam-macam hobby di luar rumah dan biarkan anak-anak dan isteri di rumah secara kerap. Tapi itu dah tajuk lain pulak dah, bukan tajuk maid. Aku nak dalam bab anak-anak ini bila aku dah nak mati nanti apa-apa pun hasilnya aku tau aku dah try my best. Kalau hasilnya tak seperti yang aku harapkan itu takdir Allah bukan sebab aku sambil lewa dan pentingkan hobby aku daripada anak-anak aku.

Bila A Sudah Tidak Lagi Mencukupi

Berakhir sudah musim exam dan tibalah musim dapat markah exam. Dapat A bukan lagi benda yang hebat. Semua orang dapat A. Dapat 90 markah mungkin sedikit happy tapi itupun bukan juga benda yang hebat. Sebab? Sebab yang dapat markah 100% pun ramai untuk satu-satu subjek.

So macamana? Anak kita kena aktif benda lain pulak untuk stand out. Yang kau melampau sangat anak kau baru darjah satu ni apahal Pizli?

Well aku nak anak aku dapat sponsorship belajar dekat UK ke US ke dah besar nanti. Aku tengok adik ipar aku, adik aku sendiri dapat sponsor senang hidup. Sorry aku bukan orang kaya macam kau, so aku perlukan. Anak-anak aku lagilah perlukan.

Buli



Sekarang kecoh orang share video budak-budak membuli. Aku pernah duduk asrama seawal form 1 so aku tau pasal buli membuli ni. Kau pernah imagine budak form 1 yang baru masuk asrama berpisah dengan mak bapak rumah jauh gila lepas tu nampak budak-budak form 5 macam gangster. Tau tak form 5 tu macam besar gila bila kau tengok masa kau form 1. Kau takut kau tau.

Masa aku form 1 ada mamat ni kena buli and aku rasa dia traumatised dan berdendam. So bila dia naik form 2 dia buli budak form 1 pulak. Imagine kalau cycle ni berterusan. Benda buli akan berterusan sampai bila-bila. Dan yang paling celaka kes buli ni biasa bah remeh je pun. Tak puas hati sikit cari member belasah sorang budak. Masa aku form 1 dulu ada kes buli suruh basuh baju jugak tau. Imagine. Ragging secara hard core. Budak trauma.

Bila form 4 di asrama lain, kes jadi lain. Sebab sekolah form 4 dan form 5 kalau tak puas hati bergaduh je one by one. Ada lah jugak kut belasah ramai-ramai sorang. Kerja pengecut sebab ada geng. And ye aku pun termasuk sama dua tiga kali, sebab aku ramai kawan. Buruk punya perangai, nasib takde orang record video.

Pendek ceritanya di sini, mentaliti budak-budak ni nak kena ubah. Jadi jahat, jadi gangster tak cool. Betul, dulu kau akan look up pada brader-brader macam tu. Wah bestnya jadi gangster sekolah. Awek suka bad boys. Semua tu kena tukar. Kau kena tukar mentaliti budak-budak ni biar fikir dapat highest mark in English seluruh tingkatan itu cool. Kau tak hisap rokok itu cool. Dan awek-awek pun come on lah. Sukalah dekat budak-budak baik sikit. Aku penat tau study nak dapat hadiah masa hari penyampaian hadiah. Yang cun-cun tu hadap mamat hisap samseng nyaris SAP buat apa? Hahaha.

Aku kena buang asrama sebenarnya, siap kena bawak ke balai polis. Tapi aku bukan buli, aku bukan pukul budak ramai-ramai. Aku pukul pencuri tapi cikgu tak boleh terima dan cikgu cover pencuri tu. Pundek, aku takde kenangan manis pun masa form 4 and form 5. Cikgu tu maybe tak suka aku. Tapi aku jadi hero di kalangan kawan-kawan.

Tapi tak cool jugak jadi hero. Aku patutnya tumpukan dapat A dalam Fizik instead nak menegakkan keadilan dan end up duduk rumah sewa kena pergi sekolah kayuh BMX. Ingat ye adik-adik, dapat straight As dalam SPM itu cool. Buli budak tak cool, especially kalau hal-hal remeh.

HAPUSKAN BULI!! MARI STUDY!!

Aku Maybe A Little Bit Bias, Tapi Please Tengok Movie Ni


Aku suka segala berkaitan British. So maybe aku bias sikit tapi cubalah korang tengok movie ini. Maybe dalam trailer ni nampak macam hal bercinta tapi ianya more than that. Ianya pasal family dan yang paling terkena dekat aku ialah pasal hubungan ayah dan anak. Please, please tengok. Carilah DVD ke apa.

Ingat Tak Kisah Kalau Aku Jadi Jutawan Hari Tu? Ha Guess What?

Ha aku takde jadi jutawan pun tapi aku menang RM500 Sijil Simpanan Premium BSN dekat Contest Power Root tu haha.

Alhamdulillah. Doakanlah kut dari situ aku boleh ke nak terjadi jutawan. Sejuta pun dia bagi dalam bentuk Sijil. So aku rasa aku taknak cash out sijil ni, aku nak biar je mana tau kut satu hari diaorang draw kena sijil aku. Kut aku menang something ke, manalah tau kan?

Jom berangan lagi.

Tak Penat Ke?

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Tak penat ke? adalah soalan yang biasa aku dengar bila aku bagitau yang aku ambik anak aku from sekolah time lunch, bawak balik rumah mandi bersiap dan lepas tu hantar ke sekolah agama untuk makan.

Jawapannya? Ye aku penat! Penat sangat! Berpeluh ketiak. Tapi sebab benda ni possible dan doable itu pasal aku buat. Itu bab penat, belum masuk bab minyak, belum masuk lagi bab maintenance kereta. Memang banyak pengorbanannya. Itu pasal aku nak beli motor bila minyak naik ni. Aku memang tak boleh cope, kepala hotak betul minyak dunia turun kita takde nak merasa turun. Tapi percayalah kalau korang ada di tempat aku, maksudnya kalau kau memang boleh buat macam aku, korang mesti akan buat.

Anak aku darjah satu, aku rasa tak salah kut aku nak buat macam ini daripada bagi dia naik van. Tahun depan dia darjah dua aku rasa aku akan buat lagi macam ini. Bila masuk darjah tiga maybe baru aku suruh naik van. Dan masa itu aku akan berehat setahun sebelum tahun berikutnya anak aku no.2 masuk darjah satu dan aku akan ambik dia pulak selama dua tahun.

Aku tau bila aku buat macam ini bonding aku dengan anak aku kuat. Kitaorang jadi close. Apa pun kitaorang memang buat benda semua sama-sama jarang berpisah kitaorang lima orang ni.

Cuti sekolah panjang dah dekat dah ni. Itu tetiba aku nak tulis pasal ni sebab dah nak setahun dah anak aku sekolah. Dan memang aku sangat look forward nak keluar lunch dengan kawan-kawan. Nak berehat.

Anak aku tak pernah cakap dia sayang aku tapi waktu malam bila aku dah pejam mata nak tidur dia akan peluk aku dan aku rasa itu tanda dia hargai apa yang aku buat untuk dia.

Kerja Part-Time?

Sabtu hari tu aku kerja di KL campus. Aku volunteer sebab kerjanya senang je lepas tu boleh claim mileage, tol, parking semualah. Dan aku sedar dalam minggu lepas yang aku boleh charge RM28 satu jam sebab kerja weekend. Aku kerja 3 jam je pun. Kira campur-campur lebih kurang RM100 lah bersih aku dapat siap free lunch yang sangat sedap.

Dan aku habiskan dalam 5 jam jelah hari Sabtu campur perjalanan pergi balik.

Aku fikir-fikir balik kalau ada benda ni sebulan sekali pun ok sebab kira not badlah untuk kerja yang senang, tak penat dapat duit banyak tu. Dua bulan sekali pun takde hal lah haha.

Anyway, kalau korang nak upah aku buat apa-apa kerja harga aku ialah RM28 sejam ye? Ye apa-apa kerja, mop lantai pun aku mahir. Hahaha.

Meluahkan Perasaan (Aku OK)

Honestly aku dah lama tak meluahkan perasaan di blog. Sebab tak seronoklah kan orang baca benda-benda tak best. Dan last week aku cerita masalah aku habis-habisan dan aku bagitau masalah aku pada wife aku dalam kereta masa hari Sabtu. Aku tersedar aku jadi macam ini sebab aku banyak berfikir.

Petang Sabtu hari tu aku makan ubat dan tidur dan somehow sampai sekarang aku rasa aku ok. Aku punya suka berfikir sampai masa tidur pun berfikir dan aku rasa itulah sebabnya aku ada beberapa masalah.

Tapi sekarang aku tak boleh nak berfikir macam-macam. Macam ada something yang block. Maybe sebab aku dah tau punca masalah aku dan somehow body aku boleh control. Or maybe sebab aku dah cerita dekat sini sekarang aku macam ok. Alhamdulillah.

Maybank Yang Pundek

Dalam awal bulan October hari tu aku sedar ada orang guna debit card aku secara online, so aku terpaksa cancel debit card itu. Debit card ni sebenarnya ATM card dari Maybank. Sekali Jumaat hari tu aku pergilah nak buat replacement di Maybank Semenyih. Dekat 45 minit aku tunggu giliran aku. So bila dah sampai kaunter aku bagilah IC aku, dan card reader diaorang tak boleh read IC aku. Diaorang suruh naik tingkat lain dan tak boleh read jugak. Padahal masa buat passport hari tu senang je Imigresen nak read.

Lepas tu orang tu cakap. "Encik kena tukar IC lepas tu Encik datang tukar kad". Hahahahaha. Ingat tukar IC macam pergi kedai runcit ke?? So apa guna IC yang aku pegang ni kalau tak boleh buat benda-benda macam ini? IC aku tu ada muka aku, alamat aku.

Kalau credit card boleh pos ke rumah dan kena call untuk aktifkan kenapa debit tak boleh? Pundek punya Maybank. Dahlah aku kena tunggu 45 minit tu. Kalau card kena boleh read patutnya sebelum tunggu dah check boleh read ke tidak. Sebab card boleh diread adalah satu benda yang critical. Bodoh!

Kenapa Ramai Manusia Hilang Pertimbangan Semasa Memandu

Kau imagine, ada orang tepuk-tepuk kepala kau tapi at the same time tangan kau terikat, mulut kau terikat. Orang tu boleh tepuk kepala kau sesuka hati dia dan sampai bila-bila kau tak boleh cakap, kau tak boleh nak melawan.

Macam itulah exactly perasaan aku bila everytime minyak naik. Aku kena pasrah.

Kau pernah tengok sebaik-baik umat tetiba mengamuk masa memandu? Hilang pertimbangan dalam jam? Sebab deep down diaorang geram membazir petrol. Nak naik public transportation takde yang efficient.

So itulah yang sebenarnya terjadi. Diaorang takde channel nak meluahkan perasaan, dan dalam kereta je yang diaorang boleh lepas geram tanpa dijudge oleh kawan-kawan rapat. Hahaha?

Aku? Aku ada Call of Duty untuk tembak orang.

"Well then son, you've got a condition"

Aku ada masalah yang mana aku bercakap seorang diri. Aku biasanya dalam tak sedar akan create a situation di mana aku akan cakap dengan somebody tapi sebenarnya aku memang tengah cakap sorang-sorang. Aku risau orang nampak aku dan cakap aku gila. Kalau dalam kereta takpe lagi sebab orang boleh ingat aku on the phone or aku tengah nyanyi. Imagine aku tengah jalan-jalan or dalam toilet aku tengah "bersembang."

Nak tau apa lagi worst? Aku tak tau nak cerita dekat siapa masalah aku or nak jumpa siapa nak dapatkan nasihat pasal problem aku ni. Aku tak rasa doktor klinik mediviron boleh tolong.

Depression

Sorrylah aku takde cerita menarik nak cerita. Sekarang memang musim miserable aku. Kerja melayan lecturers yang bodoh sombong. Yang bodoh sampai aku penat nak mengajar banyak kali. Yang memang pemalas nak harapkan aku tolong je pun ada. Yang pemalas eh semua adalah. Aku suka kerja aku tapi aku tak suka dengan orang-orang yang aku kena deal dalam process buat kerja tu. Bukan semualah, ada je yang bagus. Cuma bila kena dengan orang yang hampeh ni memang aku tertekan sangat-sangat. 

Alangkah bestnya kalau aku hanya perlu buat kerja aku dan ada orang lain yang perlu berkomunikasi dengan diaorang ni. Ini aku kena buat kerja, aku kena explain, aku kena berlari sana sini mengajar, tunjuk. Dua tiga kali sebab bengap sangat. Arghhhh.

Lepas tu macam biasalah, living cost yang makin meningkat ni lagilah buat aku pening kepala.

Hari ni aku MC, tapi doktor taknak bagi ubat untuk bagi aku relax dan bertenang. Dia cakap itu ubat terkawal. So dia bagi ubat migraine suruh tidur je. Bagi MC pun sehari je. 

Oklah aku nak tidur.

Fed-up Dan Stuck

Aku sebenarnya dah fed up dengan kerja aku ni. Tapi aku stuck. Kerja lain pun tak boleh bagi gaji yang lebih sangat dari sini. Dan company lain pun jauh. Ke PJ sana lah.

So kadang-kadang aku rasa nak mengamuk sebab stress. Tak boleh buat apa. Kalau ada dekat Bangi or Nilai ok jugak dan kalau kerja company jauh dapat gaji extra banyak pun ok jugak.

Aku suka kerja aku. Cuma aku nak ubah anginlah pergi tempat lain. Dan aku nak gaji lagi banyaklah haha.

Kenapa Aku Antara Orang Paling Sedih FELDA Kalah Dengan JDT



Aku sokong Perak sebab aku lahir di negeri Perak. Dan aku jugak sokong Selangor sebab aku tinggal di Selangor dah dekat separuh hidup aku. So bila dua-dua team ni kalah aku sokonglah FELDA sebab aku anak peneroka. Sekali kalah jugak.

Sudah Kurang Adventurous Bab Makan

Aku baru perasan yang aku sudah kurang adventurous bab makan. Nak jalan jauh-jauh dah malas. Nak cari bahan untuk memasak pun dah malas. Dulu cari recipe, cari bahan lepas tu bertungkus lumuslah prepare bahan dan bagi Liza execute masak. Sekarang dah malas. Nasi arab pun guna rempah je.

Sekarang ni jiran belakang rumah ada jual rempah nasi arab. Lagilah senang hidup aku. Hahaha.



Benda ni bukan setakat memasak je lah. Nak jalan jauh-jauh cari makanan pun dah malas. Mungkin kos nak makan sedap, nak jalan jauh dah tinggi. Belum GST lagi ni.

Upcoming Games

Rasanya dah lama betul tak beli game. Ada game yang aku malas nak main so aku malas nak beli. Lebih-lebih lagi aku dah ada anak-anak, aku kena beli game yang sesuai untuk seisi keluarga macam itulah. Tapi Call of Duty aku kena beli jugak sebab itu game yang aku paling suka. Ok ini adalah game-game yang akan keluar bulan November dan cadangnya nak belilah.


Lego Batman 3: Beyond Gotham untuk Umar.


Call of Duty: Advanced Warfare untuk aku.


Game yang paling fun dalam sejarah Playstation, LittleBigPlanet 3 untuk kami sekeluarga. Aku seriously tak sangka diaorang nak keluarkan lagi game ni.

Cuti sekolah pun dah nak dekat. Bukan anak-anak je, aku sendiri pun need a break.

Kalau Saya Jadi Jutawan

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on


Aku rasa ramai orang tahu aku suka masuk contest. Dah jadi habit, kalau tak masuk rasa bersalah. Kalau tak menang besar-besaran pun dapat menang sikit-sikit pun jadilah. So bila ada peraduan Power Root dan aku memang minum kopi 3-in-1 diaorang hari-hari so aku masuk je lah contest dia. Tapi to be honest dalam banyak-banyak contest, contest inilah yang paling aku tak berharap sebab macam mustahillahkan sebab aku bukan hardcore hantar form banyak-banyak.

Walaubagaimanapun aku mestilah berangan sikit-sikit. Dan andaikata aku menang sejuta, apa yang aku nak buat? Hahaha, seronok sebenarnya berangan ni sebab tak kena bayar.

1) Pertama sekali aku masukkan 100 ribu ringgit dalam tabung haji aku satu family. Kira terus habis 500 ribu buat investment sebab aku, Liza dan anak tiga orang.
2) Aku bagi mak aku, dan dua orang adik aku RM20 ribu sorang.
3) Aku bagi mak mentua aku RM10 ribu.
4) Aku bagi abang, kakak, anak sedara, adik-adik ipar RM1000 sorang.

So tinggallah aku dalam RM400 ribu lagi.

Ini senang je sebenarnya. Aku settlekan hutang rumah dan hutang lain dalam 200 ribu dan tinggal dalam 200 ribu. Aku renovate rumah aku dan since dah debt free apa yang lebih aku beli rumah lagi satu, kira downpaymentlah dan bayar bulan-bulan guna duit gaji dan hidup macam orang yang tak pernah ada duit satu juta. Hahahahah.

Siapa yang baca ni sampai habis, terima kasih kerana sudi baca aku merepek. Sebenarnya kalau aku menang duit dalam 20K pun dah cukup, aku nak pasang pegola porch dan nak buat kitchen cabinet rumah aku je.

Lawak Ringkas

Aku suka lawak-lawak ringkas macam video bawah ni. Aku hanya perlukan dalam 15 saat dan ketawa.


Family Membesar

A photo posted by Pizli Mat Wazip (@pizlimw) on

Dalam tak sedar family aku dah membesar. Anak-anak aku dah besar. Aku mula perasan bila roti Gardenia sebungkus cepat je habis, so sekarang kena beli dua bungkus seminggu. Hahaha.

Nasihat Kepada Yang Masih Mencari Pasangan



Ada kawan-kawan aku yang masih belum berkahwin dan ingin berkahwin. Aku selalu pesan walaupun korang nak kahwin tapi janganlah sampai jadi desperate tangkap muat. Hidup akan lebih gembira single daripada kahwin dapat pasangan yang tak bagus. Itu bab pasanganlah, tapi sekarang aku nampak ada satu benda yang boleh buat orang bercerai berai dan aku nak pesan jugak.

Kalau korang rasa bakal mentua korang tak suka korang, selepas beberapa kali jumpa dia macam tak suka jugak baiklah jangan kahwin dengan orang tu.

Dan kalau kau rasa bakal mertua kau akan control kehidupan korang suami isteri bila korang dah kahwin nanti dan kau nampak mertua kau macam overprotective dekat anak kesayangan dia aku nasihat lari je lah. Cari je lah lain. Benda control ni belum kahwin lagi pun dah boleh nampak.

Kahwin ni hidup berdua. Masing-masing perlu ada term masing-masing dan dua-dua belah harus setuju. Tak syoklah kalau kita kena ikut, or worst kena paksa ikut term, kehendak orang belah sana.

Aku tau orang yang baca blog aku ni kawan-kawan jugak, so aku taknak kawan-kawan aku sedih di kemudian hari. Sekian terima kasih.

Dan aku tau dalam Islam ada cakap bila seorang perempuan tu dah kahwin dia perlu utamakan keluarga mertua dia, tapi kalau dah sampai kau lupakan family sendiri kan tak best. Masih ramai lagi mertua Islam yang considerate dan cool sambil tidak membuat benda-benda yang salah dari segi agama.

Kagum

Aku lagi kagum dengan orang-orang yang selamba iklan barang masa orang bergaduh pasal satu-satu issue.

Kes Sentuh Anjing



Kes I want to touch a dog ni aku rasa jadi worst bila ustaz-ustaz buat karangan panjang nak bagitau pendapat diaorang. Orang kadang-kadang malas baca dan kadang-kadang orang salah tafsir. Patut make it simple and buat point form sahaja. Contoh jelah ye, mungkin banyak salah ni, aku pun dah confuse banyak sangat hujah:

1) Anjing itu najis.
2) Sengaja memegang najis itu haram. (Bab haram ni aku tak pasti)
3) Andaikata terpegang boleh sertu, no problem.
4) Anjing boleh dibela untuk menjaga tanaman atau sebagainya.
5) Anjing bukan binatang yang patut dihina tapi patut dihormati juga.

Kan senang? Orang pun senang nak hadam. Hahaha.

So kalau ada event macam ni lagi kau nak sentuh ke tidak Pizli. Tak, aku taknak, lain lah kalau ada event sentuh peluk ni.


Eh silap gambar pulak, lainlah kalau ada event nak sentuh atau peluk binatang bawah ni


Barulah best.

(Tapi kalau bab hadis-hadis memang perlulah tulis panjang-panjang, aku sendiri suka tengok anjing tapi since aku tau dia najis aku takdelah cuba dekat sebab dah satu kerja nak sertu semua. Apa pun kes ini buat orang-orang belajar, yang salah tu betulkanlah, janganlah sampai bagi hukuman mati mandatori)