3 Games Pertama Super League - Malaysia (2014)



Ok Malaysian League dah start. 3 games dah dimainkan. Aku menyokong negeri kelahiran, Perak. Macam biasa Perak memang paling bangang dalam mencari pemain import. Dah ada yang bagus bagi pergi Selangor pulak. Tapi Perak banyak guna pemain muda. Yang fresh, yang tengah semangat, yang kalau dibagi main dua tiga season sama-sama ada masa depan yang cerah. Asalkan takde team lain sambar.

Benda yang paling aku menyampah dalam bolasepak Malaysia ni ialah memberi gelaran-gelaran yang merepek pada player. Messi Perak. Messi abah kau! Baru 3 game nak panggil Messi.

Benda yang menyedihkan sesikit ialah bila team yang berbelanja besar main tak bagus. Aku adalah peminat bolasepak first dan penyokong Perak second. So aku rasa rugi bila tengok team yang ramai star main tak bagus. Aku suka tengok bolasepak in general so sayang betul kalau striker hebat-hebat tak score. Tapi ini aku rasa sebab pemain-pemain import lah kut yang bagi saingan tahun ni sama rata. Import yang baguslah bukan macam import Perak macam celaka.

Benda yang paling sedih sangat bila talent-talent macam Irfan Fazail, Thamil, Izham Tarmizi dan even Harris Harun from Singapore pun aku rasa wasted sebab tak main full time, jadi simpanan. Takpelah, kareer bolasepak ni pendek, so selagi boleh kumpul duit, kumpul je lah kan?

Bila Demam

Bila demam aku tak suka bila rasa macam lost of senses, lepas tu badan rasa macam tak balance ke apa ke. Buat semua benda tak betul. Dan end up jadi marah.

Nasiblah ubat batuk boleh buat terus tidur tanpa sebarang masalah.

Khabar angin ada menyatakan bahawa ada special place in hell untuk orang yang membakar sampah secara terbuka sampai jadi jerebu.

Jadilah Menang Sikit-Sikit



Aku hanya akan puas bila aku menang Ipad, or something yang harga 1K ke atas. Aku bersyukur je, cuma tak puas hehe.

Setahun

Hari ni genap setahun arwah bapak aku meninggal. Please sedekahkan Al Fatihah untuk dia.

Terima kasih.

Jerebu


Aku boleh terima bencana alam yang semulajadi tapi aku tak boleh terima langsung bencana atas sikap manusia. Macam jerebu disebabkan pembakaran terbuka.


Dan bila jerebu aku pun jadi tak sihat. Aku sentiasa sihat walafiat since berhenti merokok tapi sekarang aku dah batuk-batuk. Dan anak wife aku pun dah sakit jugak.

Cuaca Sejuk Melanda Malaysia

Di kawasan rumah aku ni sejuk jugaklah sikit tapi takdelah sampai perlu pakai selubung macam orang dekat Terengganu. Kucing-kucing aku terasa kut sebab aku tengok diaorang semua macam sentiasa mengecutkan badan je.



Sejuk² ni aku suka sebab pokok-pokok aku boleh hidup dengan segar. Itu yang paling aku suka. Kasi chance lah kat kitakan? Selalu panas je biarlah sejuk sikit sekejap ni.

Tapi mungkin perubahan cuaca di seluruh dunia ni juga tanda dunia dah nak kiamat. Dan kalau sejuk sangat pun bukannya baik untuk kesihatan.

Green Tea

Selain minum jus delima, aku juga minum green tea setiap malam. Aku harap aku sihat lah hendaknya. Aku pilih benda ni sebab dia barang semulajadi. Maksud aku bukan pil ke apa ke. So aku macam berani lah sikit kut. Usaha je lah.

Somehow aku dah enjoy pulak minum teh tak campur gula ni.

Cuti Terpaksa

Semalam aku cuti sebab bawak Umar pergi klinik. Selasa hari tu demam dan aku kena ambik dia dari sekolah. Aku mintak MC untuk diri aku jugak dan doktor tu bagi tapi kena buat dekat aku something dan extra charge.

Aku ada option untuk ambik Emergency Leave tapi macam semua orang tau EL ni tak baik untuk record walaupun dalam kes aku ni memang emergency.

Aku rasa untuk menyelesaikan masalah ini kena ada satu lagi jenis cuti. Jenis cuti yang tak memburukkan rekod. Katakan kita panggil Cuti Terpaksa. Untuk CT kita kena dapatkan surat pengesahan doktor. Dapat dua tiga line dan cop doktor pun cukuplah asalkan semua orang tau kita cuti sebab jaga anak.

Masalah aku jadi lebih complicated sebab aku apply cuti cara online. Kira aku tak boleh nak explain apa yang terjadi kalau aku ambik EL. Kalau aku ambik MC pun kena explain jugak sebab aku sihat je sebenarnya.

Semalam Nawal pun dah demam berjangkit. Yang senangnya wife aku tak payah kerja. Tapi aku kena gaji RM15000 sebulanlah.

Saya Dan Udang



Aku tak suka makan udang sebab leceh nak buang kulitnya, so kalau makan udang aku hanya akan makan udang yang besar-besar sahaja. Perghh macam keturunan raja je. Takdelah, sebab pada aku leceh je udang kecik ni. Hari tu mak aku bekalkan udang galah sungai ni. Balik Liza masak sambal petai. Sedap.

Waktu Bercerita


Anak-anak aku akan bercerita dengan hebat bila masa nak tidur. Berebut-rebut nak bercerita. Masa sampai rumah balik dari sekolah nursery sibuk main and tengok tv. Masa nak tidurlah diaorang teringat semua benda. Masa tu aku pun dah mengantuk haha.

Baby Boy ke Girl?

Mengikut pengalaman aku kalau korang nak tau baby tu lelaki ke perempuan korang tengok orang yang mengandung tu.

Kalau dia nampak heavily pregnant, mengembang segalanya ke tepi, itu baby girl. Bawak badan pun macam tak larat.

Kalau dia tak nampak pregnant walaupun dah masuk 7 bulan, kira perutnya ke depan dan bukan ke sisi, itu baby lelaki.

Hehehehe..

"We're Never Done With Killing Time, Can I Kill It With You?"


And I like you
I love these roads where the houses don't change (and I like you)
Where we can talk like there's something to say (and I like you)
I'm glad that we stopped kissing the tar on the highway (and I like you)
We move in the tree streets
I'd like it if you stayed

Bila Anak Tak Happy Kita Pun Susah Hati

Hari tu aku ada cerita yang nursery Nawal dah tukar owner dan ramai kawan-kawan dia pergi tempat lain. Pagi tadi for the first dalam hidup dia empat tahun pergi nursery, dia taknak masuk. Bayangkan anak aku yang aku rasa dalam setahun menangis 3 kali tetiba sekarang hari-hari nangis dekat nursery sebab tak happy.

Aku susah hati. Next month masukkan tadikalah kut, sebab dah kenal dengan cikgu tadika situ.

Aku Bukan Alim Episod 14

Aku jarang tengok TV. Honestly aku tak tengok jugak drama series yang banyak-banyak episode tu. Tapi aku nampak jugaklah iklan-iklan dia dekat TV. Bila aku nampak gambar macam ni dekat internet lagilah malas aku nak tengok.


Aku tau diaorang ni bukan suami isteri. Tapi melampau betul mesranya. Aku datang dari environment yang mana nak pegang tangan awek pun takut so aku macam tak faham macamana ada orang yang boleh peluk-peluk tahap macam ni tanpa rasa bersalah.

Pernah masa aku sekolah asrama kawan-kawan aku yang dari kawasan lain terkejut aku tak pernah pegang breast perempuan padahal masa tu aku baru form 4!! 16 tahun. So bila di TV dah macam ni, kawan-kawan yang masa aku form 4 dulu pun dah macam tu aku jadi takut. Aku takut golongan yang takut nak terlanggar perempuan dah berkurangan. Aku takut golongan tu rasa ketinggalan so dia pun nak gesel-gesel.

Harap jauhkan. Aku fikir anak-anak aku "selamat" di kawasan aku tinggal ni. Harap masyarakat dan environment di sini betullah dengan apa yang aku fikirkan tu.

Online Gaming Is Not My Cup of Tea

Aku dah lama tau PS3 boleh main online dengan orang serata dunia. Tapi tak pernah main sampailah Selasa hari tu. Aku cuba main. Dan aku stress. Sebab competitionnya tinggi sangat. Kena cuba banyak kali baru boleh menang ke apa ke. Tujuan aku main game adalah untuk menghiburkan hati, bukan nak bagi pening kepala, so aku tak rasa online gaming sesuai untuk aku. Maybe faktor umur lah kut.

Kalau budak-budak muda lagi yang ada banyak masa nak dibazirkan mungkin sesuailah, nak susun strategi, nak study game tu, tapi dah jadi tak sihatlah. Dan bila membazir masa dan jadi aktiviti tak sihat, itu dah jadi keburukanlah.

Aku biasanya highlightkan kebaikan je.

Masalah Rakan Persekolahan

Budak-budak kecik ni naive. Diaorang tak tau mana yang betul, mana yang salah. Jadi kita sebagai mak bapak ni kenalah nasihat apa yang patut.

Bila Umar bawak bekal dan ada kawan-kawan dia mintak sikit aku tak kisah sangat sebab kadang-kadang Liza letak extra biskut tiger. Tapi bila aku bagi anak aku duit lebih bila dia tak bawak bekal ada orang mintak duit lebih dia tu untuk beli pembaris aku nak mengamuk pun ada. Bapak kau tak bagi duit ke? Bapak kau tak sediakan pembaris ke? Bapak kau tak pesan ke jangan mintak duit orang lain?

Nasihat aku pada anak aku yang naive senang je. Jangan kawan dengan orang macam tu. Cakap kalau mintak duit lagi aku datang sekolah marah. Hidup ni kalau salah pilih kawan boleh hancur hidup.

Magic Belimbing Buluh


Aku ada tanam pokok belimbing buluh. Pokoknya dah besar tapi still tak berbuah. Hari tu kawan kitaorang Yati bagitau Liza kalau nak pokok belimbing buluh ni berbuah kena trim pokoknya. So aku trimlah dan dengan magicnya pokok tu start berbunga dan dah berbuah dah pun.

Magic betul, macam instantly. Aku tak pastilah kut dia memang dah berbunga masa aku trim hari tu tapi bila dah ada buah ni seronoklah sikit nak masak daging salai masak lemak cili padi. Hehe.

Sihir Menyihir Dalam Berniaga Makan

Ada satu restoran yang menyediakan makanan Johor yang sedap-sedap di Semenyih ni tutup. Aku sangat terkejut. Dengar cerita restoran tutup sebab kena sihir. Dan 2 minggu lepas aku makan di restoran lain yang baru ditabur garam sekeliling restoran. Baru lepas dirawat.

Aku sedih kenapalah sampai jadi macam itu orang Melayu ni berniaga. Bersainglah secara sihat. Janganlah aniaya orang.

Tak guna kalau korang kaya raya dekat dunia ni tapi seksa di sana nanti. Common sense lah brader.

Maulidur Rasul

Obsessi: Call of Duty



Aku obsess dengan game Call of Duty. Tapi macam biasa aku takde kawan nak share. Mungkin di Malaysia tidak normal untuk seorang bapa kepada dua orang anak main video game. Haha. Dekat US sana dah berjanggut² pun main je lagi. Entahlah, mungkin zaman remaja dan early dewasa aku kurang menarik so sekarang baru aku nak enjoy sesikit. Sebab eveyrthing dah in place kut.


Arghh abaikan, aku baru habis Call Of Duty Ghosts. Aku rasa deep down aku nak jadi askar kut tapi aku tak berani, so aku enjoy game perang ni sangat².


Anyway, sekadar nak menambah pengetahun am korang biar aku cerita. Ghosts ni adalah sebuah team elite. Kira power betullah. Dalam laut boleh perang, dekat space pun boleh perang.

"In the event a ghost is killed his remains are placed face down, with his head pointed in the direction of his home. His weapon is next to him. We do it this way, so that when our fallen are taken to the other side they can watch over us an keep an eye on our enemy"


Aku punya suka, aku rasa nak ada segala official merchandise dia. Aku ada satu tshirt 30 ringgit yang orang print tulisan dia, tak official.

Dan mungkin aku nak birthday cake dia jugak. Ok itu melampau haha.

Movies Yang Saya Tunggu Tahun Ini

Ada dua movie yang aku tunggu untuk first half tahun ini. Movie-movie yang aku akan pergi cinema lah untuk tengok.

Yang pertama The LEGO® Movie, tengok satu family.


Yang kedua Captain America The Winter Soldier, tengok dengan Umar je kut.



Lego February, Captain America April. Saja aku tulis ni kut boleh bagi korang idea nak tengok jugak. 

Minggu Cerita Anak

Aku end kan post minggu pasal anak lagi. Mungkin macam nak cerita dekat adik-adik aku je lah kut sebab korang semua mungkin kurang berminat. Haha.

Nawal Yang Tak Pernah Ada Luck Dengan Nursery

Anak aku si Nawal Zahrah tengah bersedih sebab kawan-kawan dia semua masuk tadika walaupun tak pandai bercakap lagi dan usia kurang dari dia. Kitaorang nak masukkan masa dia umur 5 tahun. Sebenarnya nursery dia ni dah tukar owner. Mungkin mak bapak budak² tu tak berkenan dan pindahkan anak-anak diaorang. Kitaorang ok je tapi sekarang kesianlah Nawal dah takde kawan.

Mengingatkan aku masa sebelum nursery sekarang ni nursery dia yang dulu worst. Pindah-pindah rumah, bertukar ganti penjaga. Aku fikir susah kut business nursery ni. Tambah lagi nak cari pekerja. Baby aku nanti macamlah agaknya.

Umar, Bekal Dan Makanan Kantin

Macam aku cerita hari tu Liza akan bekalkan something untuk Umar di sekolah kebangsaan petang. Tapi aku rasa dia ni senang teringin tengok makanan kantin walaupun dia ada bekal. Ye lah kan, kantin jual nuggetlah, friesla memang budak-budak sukalah. Semalam dia beli burger pulak, bekalnya tak dimakan. Lepas tu ada jual air 50 sen dan air seringgit. Biasanya air seringgit banyak dan lebih sedap dari air 50 sen. So dia akan beli air sedaplah kan? Bukannya habis pun.

Maknanya sekarang bawak bekal macam sia-sia je lah. So aku cakap kalau rasa nak makan burger tak payah bawak bekal.

Aku rasa dia lebih kepada senang teringin dan happy dah boleh beli sendiri, itu asyik nak beli je tu.

Doa Dhuha


Ambik from http://pienotes.blogspot.com

Cuti Hari Jumaat Adalah Idea Yang Menarik Jugak Sebenarnya

Sebelum ni aku macam tak setuju cuti hari Jumaat. Tapi bila solat Jumaat habis lewat last week aku tersedar something. Aku plan nak bawak Umar solat Jumaat lepas tu baru aku hantar dia pergi sekolah. Tapi sekolah masuk pukul 2.10 dan aku boleh sampai ke kereta dalam pukul 2.00. Masa singkat. So lepas ni aku rasa aku terpaksa hantar dia ke sekolah dulu dan ini akan membuatkan dia ada sejam lebih di sekolah tanpa buat apa-apa dan dia juga akan miss solat Jumaat. Dan aku rasa ramai budak yang naik van dan bas akan miss jugak. (kalau sekolah dekat rumah kitaorang siap mungkin takde masalah ni, masalahnya aku rasa ramai je orang yang sekolah jauh dari rumah)

Dan aku ternampak ada budak sekolah menengah jugak masa solat Jumaat tu dan aku assume dia akan terlambat atau tergesa-gesa ke sekolah.

Ha sebab benda ini aku rasa kalau cuti hari Jumaat tu menarik jugak sebenarnya. Orang dan dalam kes ini budak-budak sekolah boleh beribadat dengan tenang. Dan mungkin peniaga boleh tutup kedai hari Jumaat dan kita makan dekat rumah ke macam tu. Lepas Jumaat baru kita pergi jalan-jalan ke apa ke.

Tapi macam company aku ni susah jugaklah sebab orang kat UK sana cuti Sabtu Ahad. Saje je lah aku terfikir.

Homework: Because 6 Hours of School Wasn't Enough

Selain berbaris angkat tangan jatuh angkat tangan jatuh benda yang paling aku menyampah dalam sistem pendidikan ialah homework. Masa aku belajar dulu aku tak suka, tengok anak aku ada homework lagilah aku tak suka. Macam kehidupan bebudak ni ialah selagi belum tutup mata nak tidur belajar. Takde masa nak berehat or untuk having fun.

Perkara kedua ialah colouring. Apahal obsess sangat nak suruh budak colour²? Masa tadika dah dua tahun colouring sampai nak pengsan yang buat kerja sekolah jawi pun nak kena colour masa sekolah rendah nak colouring lagi?

Aku faham kreativiti itu salah satu benda yang penting tapi kenapa jadi macam satu obsessi? Kalau pandai colour anak aku punya kemahiran boleh diapply untuk jadi doktor ke nanti?

Van Sekolah


Masa aku ambik Umar hari tu jiran aku cakap van yang ambik anak dia sarat. Dalam satu van ada 20 orang macam tu. Aku tak tanya exactly berapa upah van ni tapi mestilah dalam katakan RM70 satu kepala. Kalau didarab bahagikan aku faham kenapa van-van ni kena ambik ramai budak-budak. Sebab takdelah berbaloi sangat sebenarnya bisnes ni unless korang ada banyak van dan ada banyak trip. Bas sekolah mungkin boleh ambik ramai budak tapi nak pusing jauh-jauh. Dia menarik kalau ada meeting point supaya bas tak payah pusing jauh sangat.

Dalam kes ni aku kesian dua-dua. Kesian budak-budak bersesak-sesak. Kedua, kesian pada pengusaha nak cari untung. Tapi bisnes ni adalah satu keperluan sebab zaman sekarang ni kebanyakan mak bapak kerja, takde siapa nak hantar ambik anak ke sekolah. Ada jugak kes ada satu kenderaan so mak yang tak kerja pun tak boleh nak ambik hantar.

Oh lupa, aku juga kesian tengok budak-budak kena tunggu bas ni awal dan sampai rumah lambat. Itu paling aku kesian. 7.45 petang baru sampai rumah.

Best case scenario ialah bila mak nya tak kerja dan ada kereta atau motor boleh hantar ambik anak. Macam anak aku ni pun aku tak tau sampai bila aku boleh hantar ambik ni. Hantar memang boleh, nak ambik tu maybe satu hari aku kena upah van jugak kut. Sebab kos aku nak bergerak tinggi, mileage lagi, car maintenance lagi. Tapi boleh consider pengorbanan lah untuk keselesaan anak. Tengoklah macamana. Aku ada terfikir nak beli motor untuk jimat kos jugak.

Aku rasa bila anak dah start sekolah ni baru aku macam matang betul. Baru aku act my age. Hahaha.

Anak-anak Penat Sebab Pergi Dua Sekolah?

Bila anak aku nak masuk darjah satu ni aku macam rasa kesian memikirkan yang dia akan penat sebab pagi petang sekolah. Aku rasa ramai ibubapa zaman modern ni yang akan fikir macam tu.

Tetiba aku terflash back zaman aku masa kecik dulu. Aku mana pernah kenal penat.

Aku ingat ada satu tahun tu pagi sekolah agama dan petang sekolah agama. Masa rehat sekolah agama main gila-gila punya. Berlari ke sana ke mari, main tuju kasut lompat² macam ahli gimnastik. Petangnya selamba je pergi sekolah.

So pada pendapat aku tak perlu kesianlah kut. Mula-mula maybe diaorang macam penat sikit, nanti oklah tu. Budak kecik mana tau penat. Malam tadi pun anak aku selamba je main lego mereka macam-macam benda.

Sorrylah minggu ni cerita hal sekolah je.

Rakyat Malaysia Semakin Alim

Bila ada ura-ura nak bukak Hard Rock Cafe dekat Putrajaya ramai yang membantah dan sebenarnya takde nak buat pun.

Aku tengok ramai rakyat Malaysia ni dah jadi alim dan semakin dekat agama. Semakin menegah kemungkaran, lebih-lebih lagi di media social, lantang bersuara.

Harapnya diaorang ikhlas.

Bukan sebab nak nampak alim.
Bukan sebab rasa bersalah sokong benda yang tak baik.
Bukan sebab rasa tak hip bila tak follow fan page Ustaz Azhar Idrus.

Aku, Umar Dan Persekolahan


Gambar dekat atas tu gambar kawan-kawan satu tadika berkumpul di kantin, sekarang kelas dah lain-lain. Ok hari ni dah masuk hari keempatlah bebudak ni sekolah. Nampaknya Umar dah settle downlah kut. Dah tau beli makanan dekat kantin semua. Tapi Liza bekalkan makanan, so dia hanya perlu beli airlah. Kalau makanan yang dia suka dekat kantin tu dia suka beli nugget je pun. Nasi ke mee ke dia tak minat.

Umar ni orang suka berkawan dengan dia. Ada seorang budak ni duduk je lah sebelah dia tanya macam-macam sampai aku pun naik rimas. Takpelah, eloklah orang suka daripada orang tak suka.

Jadualnya, pagi bangun awal pergi sekolah agama, makan lunch dekat sekolah agama ni. Tengahari aku ambik pergi sekolah kebangsaan, petang aku ambik dari sekolah kebangsaan lagi.

Macam penat je bunyinya. Haha.

Malam kena tidur awal. Masalah anak aku ni ialah dia kena ada celah ketiak aku baru boleh tidur, so aku pun terpaksa tidur awal kalau tak dia tak boleh tidur. Aku terpaksa lupakan movie habis pukul 12 or game bola Ahad malam yang lewat².


Ustazah dia lantik dia jadi ketua kelas dekat sekolah agama. Dia cakap dia jadi boss haahahaha. 

Hard Times

"Hard times make you bitter or make you more compassionate."

Last week masa aku pergi pasar malam sambil memikirkan nak beli makanan-makanan tanpa rasa membazir atau overspend tetiba ada orang pakai baju melayu dan kopiah datang pada aku cakap.

"Encik, boleh bagi 5 ringgit tak? Saya nak beli makanan"

Aku jawab "Kalau aku bagi kau duit habis tu anak-anak aku nak makan apa?" Tapi dalam hatilah. Aku cakap dekat mulut "Saya bawak duit cukup-cukup je ni". Mungkin dia silap jugak sebab mintak 5 ringgit. Kalau seringgit mungkinlah aku lembut hati.

Anyway, aku harap orang tu bukan malaikat yang Allah hantar untuk uji aku. Sekarang aku sentiasa fikir daripada aku bagi pada orang yang aku tak tau apa cerita baik aku bagi sumbangan pada tanah kubur dan pembinaan masjid rumah aku, InsyaAllah lagi baik aku rasa.

Tapi kenapa orang boleh jadi sampai ke tahap itu? Takde kerja? Susah nak dapat kerja? Datang KL tapi jadi worst compare duduk di kampung? Entahlah, cuma aku takut kita tak tau nasib kita di masa hadapan. Harapnya baik baiklah nasib kita nanti. Dan semoga nasib orang tu berubah dan harap dia maafkan aku, mungkin dari luaran aku nampak relax tapi aku sangat nervous dengan kehidupan sekarang ni.

Masalah Macai

Aku tak faham kenapa orang-orang dekat Malaysia ni bila it comes to menyokong parti politik diaorang jadi extreme. Bila suka tu suka yang melampau sampai obsess setengah mati. Begitu jugak kalau tak suka, kutuk setengah mati sampai tak nampak yang baik langsung.

Pada aku, come on, relaxlah! Kalau pihak yang kita sokong buat benda tak bagus, kita boleh je kritik. Apa masalahnya nak bagi kritikan? Ke cara kita dibesarkan di Malaysia ni kita tak boleh nak argue dengan ketua kita? Buat apa nak tegang benang yang basah? Buat apa nak bergaduh-gaduh? Kalau benda tak betul admit.

Macam aku sokong Manchester United, bila diaorang tak perform aku memanglah maki, maki bukan maksud tak sokong, maki sebab sayang.

Sekarang mari aku tunjukkan sesuatu benda yang paling extreme aku tengok tahun ini dan ini baru 3hb January. Sila baca dulu dan aku explain bawah gambar ni.


Dari apa yang mamat ni tulis nampak sangatlah dia anti kerajaan. Tapi ini extreme beb. Resit tu resit asrama penuh untuk makanan. RM750 untuk setahun kut. Kalau dah dibahagi-bahagikan apa yang patut berapa ringgit sangatlah sehari compare kalau beli makan order dekat kedai. Kalau RM750 untuk 6 bulan pun berbaloi lagi sebenarnya. Ha ini yang aku cakap extreme tu tadi. Dapat pada harga subsidi pun nak kutuk, janganlah sampai macam tu. Taulah benci.

Baru-baru ni Lim Guan Eng beli Mercedes, tetiba orang yang selama ni kutuk pasal pembaziran kerajaan cakap takpe, tak membazir. Pala hotak kau! Kalau orang yang kau sokong kau bela setengah mampus. Banyak lagi kereta yang lebih murah kalau keselamatan jadi alasan.

To be honest aku kesian dengan orang-orang macam ni sebab kalau aku, benda yang tak betul semua aku kutuk. Lantaklah pihak mana sekali pun.

Neck Tie Tidak Sesuai Dengan Sekolah Di Malaysia

Aku baru tahu yang tie adalah sebahagian uniform sekolah zaman sekarang ni. Memang pakai tie akan nampak smart. Tapi dengan cuaca panas Malaysia ni yang kelasnya hanya ada kipas dekat tengah kelas memang tak sesuai. Berpeluh budak-budak yang kelas petang.

Biasa orang kerja pakai tie office dia ada aircond.

Uniform baju dan kasut warna putih pun satu. Memang nampak bersih dan suci tapi obviously cepat kotor, especially budak kecik. Aku tak suka betul.

Buatlah perubahan yang memudahkan bukan yang menyusahkan.

Benda Yang Saya Wish Saya Boleh Sumbangkan Pada Masyarakat Setempat

Ada dua benda yang aku nak sangat sumbangkan pada masyarakat dan dalam case sekarang untuk orang-orang kawasan rumah akulah kut. Aku tau benda ni mustahil tapi tak salah kalau aku nak berangan-angankan?

Sekolah Agama Rakyat

Aku perasan dekat surau rumah aku ada padang yang macam tak digunakan sangat dan luas. Aku imagine kalau buat sekolah agama rakyat dekat situ mesti bagus. Budak-budak boleh Solat jemaah dekat situ terus bila masuk waktu Asar ke Zohor ke kalau sempat. Kira buatlah yuran yang minima untuk bayaran guru dan mintak derma untuk maintenance sekolah. Aku tak pastilah macamana biasanya sekolah rakyat ni berfungsi tapi aku rasa memang idea yang bagus.

Padang Futsal/Padang Bolasepak

Aku imagine ada satu futsal court at least yang high class dan dikhususkan untuk penduduk area rumah aku je. Buatlah booking system yang bagus dan fair. Untung generate dari jual air-air ke. Dan entry fee yang sangat murah ke untuk bayar elektrik. Mesti budak-budak jadi sihat dan gembira.

Tapi ini angan-angankan je lah. Aku bukan putera raja. Hehehe.

Tidak up To Date

Semua orang tau aku ada PS3 dan mungkin orang pelik aku selalu rage pasal kenaikan kos hidup tapi aku ada benda yang boleh dianggap luxury. Sebenarnya aku hanya boleh beli PS3 selepas beberapa tahun teringin. Dan aku beli kurang setahun dari PS4 keluar. Maksudnya dah nak obselete haha. Dan aku beli game lama. Lama bermaksud harga dia dah turun dan boleh jugak beli game 2nd hand.

Aku just nak cakap sebenarnya tak apa kalau kita tak up to date. Tak apa kita terlambat sebab aku dengan anak-anak masih enjoy main game tu. Walaupun game tu orang-orang lain dah tak main tapi kegembiraan kitaorang sama je.

Azam 2014


Aku ada satu azam je tahun 2014 ni, aku nak bercucuk tanam di belakang rumah aku macam masa awal-awal pindah dulu. Aku nak tumpukan pada sayur-sayuran kali ni. Sebab utamanya ialah sayur bila kita beli tu banyak dan sekali masak tak habis dan bila tak habis biasanya dia cepat busuk.

Lepas tu aku nak cabut rumput sendiri, benda ni kena buat hari-hari lah kut dan aku kalau boleh taknak upah orang potong rumput lagi. Mr Ganesan tu pun dah hangin agaknya lalang dah panjang panggil dia buat kerja separuh nyawa. Hahaha.

Doakan aku berjaya. Oh lagi satu aku nak bersukan, aku nak cuba sediakan masa untuk main bola ke apa. Boot baru beli dan nak tukar tayar basikal ke tayar road.

2013 Pizli Rap Up


Yo yo yo selamat tinggal dua ribu tiga belas,
Tahun yang biasa-biasa sahaja takde benda yang aku ingat dengan jelas,
Oh ada satu, awal tahun Bapak aku meninggal, so the whole year macam dah takde benda yang special,
Mulanya macam seronok juga sebab adik kecik aku dapat sponsor, belajar MARA tanggung dekat Taylors,
Sekarang di Subang Jaya nanti lepas dua tahun sambung dekat Amerika.


Macam aku cakap tadi takde benda aku ingat sangat,
Tapi Alhamdulillah family kecik aku tahun ni sentiasa sihat, tapi ada jugak aku kena diarrhea sampai berpuluh kali pergi toilet,


Bersukan tahun ni pun aku kurang, tapi aku ingat main futsal hari tu jadi keeper main agak cemerlang, tapi lepas tu stop exercise sampai perut besar tapir dalam hutan Pahang,
Liza pregnant sedar masa end of July, seronok jugak kalau baby girl nak namakan Aishah atau kalau baby boy nak namakan Luqman Uzair,
Tak kisahlah boy or girl janji jadi anak-anak pandai dan berguna sebab aku tak kaya harta benda tapi aku akan sediakan jalan untuk zuriat aku berjaya.


Tapi tahun 2013 ni kami ada pergi bercuti, pergi Langkawi naik kapal terbang bersama untuk pertama kali,
Anak-anak aku excited tapi takut masa landing sampai baca doa, tapi mula jadi seronok bila dapat kereta sewa,
Pergi bercuti semata-mata nak berehat, dan bagi anak-anak main pantai sebab itu je yang best sebab bab makan tak sedap dan diaorang cekik darah tak ingat,


Apa-apa pun kami seronok dan aku jugak teringat aku pergi Kota Kinabalu dengan kawan office tapi pergi sorok-sorok,
Pergi dalam kumpulan kecil sebab terlambat nak ajak orang lain masa book tiket dan risau yang tak diajak merajuk.


End of the year aku ambik lagi dua ekor kucing untuk Mr Alex buat teman ,
Seekor nama Mumu, betina  dan seekor nama Opie si kucing Jantan,
Mungkin rumah kami pet friendly semua binatang datang,
Kucing, burung, arnab pun ada bertandang,
Tapi tak kisahlah kalau ada rezeki lebih aku boleh je belanja diaorang.
Lagipun rabbit makan rumput, dapatlah taman aku kurang semak,
As long as dia tak makan daun pokok cili aku nanti aku sepak pulak.


Hari ni dah masuk 2014 dan aku nervous gila,
Umar masuk sekolah, baby nak lahir, living cost meningkat tapi gaji naik dalam 5% je aku takut tak cukup nak cover,
Tapi aku percaya macam biasa kita mesti boleh cope, sebab dulu pun macam tu tapi ok je tak pernah kebulur dan semuanya cukup,
Harap korang semua pun dapat benda yang best tahun 2014 ni dan oklah aku stop di sini,
Happy New Year untuk korang semua dan selalulah datang blog ni.

Hahahahaa.