Saya Tak Boleh Keluar Sesuka Hati

Rabu malam hari tu kawan sekolah rendah aku tetiba call ajak lepak. Kira memang dah tak jumpa since habis sekolah rendah and kebetulan ada dua orang tinggal area rumah aku. Pendek cerita aku cakap tak boleh sebab aku tak boleh keluar secara tetiba. At least kena lah plan bebetul. Lagipun aku baru beli makanan satu family dekat luar. And not to mention aku penat lah masa weekdays.

Sebenarnya aku bukan jenis keluar minum-minum dengan kengkawan ni. Masa aku bersocial cuma masa lunch dekat office. Kalau tetiba aku pergi jumpa kawan yang mungkin 5 tahun sekali anak-anak aku macam terkejut sebab since lahir aku ada je depan mata diaorang. Hahaha.

Sabtu malam ni bolehlah kut, banyak benda yang aku nak tanya dekat diaorang.

Dilemma Ayah Pada Anak Yang Bersekolah

Aku appreciate kerjaya cikgu. In fact aku harap baby yang nak lahir ni jadi tenaga pengajar. Lecturer ke apa ke sebab kerjaya ini yang paling mulia dalam dunia. Sebab cikgu-cikgu yang bagus anak-anak aku jadi pandai. Sebab lecturer yang bagus Matematik aku power gila masa buat Diploma. Tapi ada benda yang aku tak puas hati, dan aku rasa bukan salah cikgu sendiri. Mungkin sebab sistem pendidikan, mungkin cikgu tu sendiri tak tau atau tak aware dengan keadaaan sekeliling. Mungkin ini culture.

Colouring

Aku dah pernah tulis ni tapi aku nak tulis lagi hari ni. Anak-anak ni dah pergi tadika 2 tahun dan ada yang dah pergi 3 tahun untuk belajar sambil colouring dalam semua matapelajaran. Untuk improve motor skills dan creativity. Tapi kenapa, kenapa dah masuk darjah satu masih lagi kena colour semua benda? Matematik kena colour, Bahasa Melayu kena colour, Pendidikan Islam kena colour. Kenapakah obsess sangat dengan colouring ni? Kan lebih baik kalau 30 minit buat kerja Matematik sahaja daripada 15 minit buat kerja Matematik dan 15 minit lagi kena colour kerja Matematik yang dah siap tadi.

Kan matapelajaran Pendidikan Seni dah ada? Fully utilise je lah. Nak bagi homework pendidikan seni pun aku takde hal. Hari tu elok je anak-anak aku buat origami tengok instruction dekat Youtube. Takde hal nak buat kerja creative cuma biarlah kena pada masanya. Umar tu siap ada menang hadiah sebab kaler cantik, sebab dah bertahun buat colouring. Tapi aku prefer kalau dia dapat hadiah sebab Matematik dapat markah 100%.

Pagi sekolah, petang sekolah, balik buat homework (takdehal homework ni) tapi kena colouring yang membuang masa.

Suruh Bawak Barang Yang Kena Beli, Esok

Kebanyakan parents sekarang dua-dua bekerja. Anak-anak pagi sekolah agama - duduk transit - naik van pergi sekolah kebangsaan. Ramai yang macam tu. Tak ramai yang ada luxury untuk ibu tidak bekerja dan boleh menguruskan anak-anak semata². Dan tak ramai yang ada luxury macam aku yang boleh ambik anak sekolah agama dan hantar ke sekolah kebangsaan masa lunch hour. Dan ada juga ibu bapa yang sampai rumah lewat dan takde luxury untuk ambik anak sekolah langsung pun.

Memang aku guna perkataan luxury untuk semua ni sebab ini tahun 2014 beb. Tak semua nasib baik dan mampu.

Jadi aku rasa agak menyusahkan jugaklah kalau bagitau hari ni yang esok nak kena bawak barang (yang perlu dibeli, bukan sedia ada di rumah) ke sekolah. Contohnya esok kena bawak kertas warna 5 keping yang kalernya berbeza. Atau esok kena bawak 10 batang lidi sate. Dah menggagau malam tu nak kena pergi beli. Cari pasar malam beli sate padahal takde rasa nak makan pun. Kalau tak sempat beli, kedai dah tutup esoknya macamana nak beli kalau dari pagi dekat sekolah agama dan transit. Bukan kah lebih baik kalau bagi list, minggu depan hari Jumaat bawak kertas warna, minggu lagi satu bawak 10 batang lidi sate. Ada banyak masa untuk mak bapak beli.

Bukan semua budak mak dia suri rumah sepenuh masa. Dan bukan semua parents ada masa. Dan bukan semua orang all of sudden nak makan sate. Dan bukan ada stationaries shop yang bukak 24 hours. Dan tak semua kedai ada jual lidi sate kut haha.

Alhamdulillah, aku ada masa dan aku suka jugak makan sate. Aku tulis bab ni sambil memikirkan ibu bapa yang lain lah.

Sekian terima kasih. Jangan marah aku.

Abang

Aku rasa takde masalah kau nak panggil husband kau Abang. Itu memang cara kebanyakan orang Melayu. Kira nak bagi macam hormat pun ye jugak sebab dah jadi Abang kan. Masalahnya sekarang bila kau refer husband kau tu sebagai Abang kepada masyarakat. Still takde masalah kalau kau mention nama.

"Ha Salmah tengah tunggu Abang Manan datang ambik ni".

Yang menjadi masalah dan buat aku menyampah bila kau post gambar menggedik kau lepas tu kau tulis, tengah tunggu abang ambik. Abang mana? Abang kau nombor satu ke? Abang kau nombor empat ke?

"Oh tak, bukan². Saya tengah tunggu Abang Zamri boyfriend saya tu."

Kepala hotak kau berjambul!!

(Rage!! Rage!!)

Saya Nak Tanya Sikitlah Ye Kak


Refer gambar kat atas. Kalau kau bekerja macamana kau nak masak sendiri lunch kau?? Kau ingat semua orang surirumah sepenuh masa macam kau ke ha?????

Nak tunjuk bagus tak bertempat.

Salah Pandang


Aku ni kadang-kadang sebab terlebih excited tersalah pandang. Semalam aku dapat email dari Adidas nak bagi discount, ingatkan 50% off so aku pun lajulah cari beg nak ganti beg Umar yang zipnya dah rosak dan nak cari shorts untuk diri sendiri. Jenuhlah browse websitenya untuk beli barang cukup-cukup harga RM250 untuk layak dapat discount.

Sekali RM50 discountnya, bukan 50%. Haiyaaa. Terus cancel.

Birthday Gift Wish List

Birthday aku next month. Macam biasa mari listkan hadiah-hadiah yang aku nak dan aku harap tetiba ada anak raja postkan pada aku. Entry berangan aku setiap tahun sebab aku takde benda nak tulis dan sudah pastilah takde anak raja nak hantar haha.

Aircond 2HP

Zaman panas macam ini aku memerlukan aircond. Dan since masterbedroom aku besar, aku perlukan at least 2 horse power punya aircond.

King Size Bed

Dahlah panas, takde aircond, katil queen bertambalah panasnya. So aku nak king size bed dengan tilam yang best. Tapi aku rasa anak raja pun akan marah sebab nak ship aircond dengan katil mesti mahal hahaha.

Kitchen Cabinet

Rumah aku masih takde kitchen cabinet dan itu antara reason aku segan nak jemput orang datang rumah. Dapur tak cantik haha. So hadiah ni pun best jugak.

Somehow itu je yang aku teringat. Mungkin aku nak Ipad, itupun lebih kepada nak bagi Nawal bukak Youtube dengar Doa Dhuha dengan Lagu malaikat dia, dan untuk Liza bawak ke dapur tengok recipe buat kek. Untuk aku sendiri macam takde apa lah kut. Sebab aku dah ada semua yang aku perlu. Kalau nak pun lebih kepada nafsu, macam G-Shock Todd Jordan Limited Edition.


Kalau dapat hadiah duit seronok jugak kut. Dapat 50 ribu ke baru betul-betul berguna untuk aku. Hahaha.

Redha Dan Memaafkan

Semalam aku baca pasal seorang perempuan ni menyesal sebab tak "layan" husband dia pada satu malam dan esoknya husband dia meninggal. Dia risau husband dia tak redha sebab dia tak layan. Pada aku pada masa benda tu jadi mungkinlah suami akan marah pada isteri dan isteri jugak akan marah pada suami. In the heat of moment memanglah marah, bukan bab bermesra. Lain-lain bab jugaklah termasuk sekali.

Pada pendapat aku, dalam hubungan kekeluargaan dan mungkin juga hubungan sesama manusia kita patutnya sentiasa memaafkan. JANGAN BERDENDAM. Katakan pukul 11 pagi marah, pukul 11.30 dah maafkan. Senang hidup. Dendam takde. Sakit hati takde. Benda yang nak difikirkan pun takde.

Dan kalau mati tetiba pun kita mati dalam keadaan kita dah maafkan semua orang dan andai kata kita semua tak berdendam orang pun redha dan dah maafkan kita.

Macam aku lah, walaupun aku selalu marah jiran depan rumah park lima bijik kereta sampai radius turning aku dikacau, tapi 3 minit selepas itu aku akan memaafkan diaorang dan mendoakan semoga diaorang akan tinggal di rumah banglo tanah lot secepat mungkin.

Intelligence Is More Important Than Beauty

Anak perempuan aku yang sorang ni sangat vain. Suka nak comel-comelkan diri nak jadi princess katanya. Aku tak kisah sangat sebab dah nama dia pun perempuan. Tapi benda yang aku selalu ingatkan dia benda yang pertama yang paling penting dalam dunia ini ialah kena bijak pandai.  Cantik jatuh nombor dua or nombor lima kalau ada benda lain.

Bijak pandai dia pada dia mungkin belajar dekat sekolah, tapi pada aku bijak pandai ni meluas. Pelajaran, pasal kehidupan, common sense, civilisation dan lain-lain lagilah. Heavy stuff kan aku nasihat anak aku yang baru umur 4 tahun? Hahaha.

Senang cerita, kalau cantik tapi bongok tak guna jugak.

Rasanya Aku Tak Suka Memandu

Aku selalu teringin nak pergi Penang untuk trip makan nasi kandar tapi bila dengar tentang masalah traffic dan cara orang sana drive terus selera aku hilang. Aku memang tak suka nak drive. Driving boleh buat darah aku naik.

Teringat masa pergi Kota Kinabalu tahun lepas. Adik Amir yang bawak kitaorang jalan-jalan so macam tu aku jadi manusia yang paling gembira. Ada hikmahnya jugak aku tak kerja jauh dari rumah yang traffic menggila sebab drive ke Semenyih ni je pun aku boleh dapat high blood pressure. Hehe.

Bab Yang Saya Senang Putus Asa

Aku baru perasan yang walaupun ada banyak pencapaian yang aku boleh banggakan tapi ada jugak benda yang aku senang putus asa. Dan benda pencapaian yang aku bangga tu usaha dia bukan long term.

Pandai drive - Belajar dua bulan dan boleh drive seumur hidup.
Ambik degree parttime - Seksa 3 tahun dan ada degree seumur hidup
Berhenti merokok - Seksa setahun lepas tu ok seumur hidup.

Dan aku rasa dalam bab nak belajar main gitar ni pun sama. Aku hanya perlu berlatih dalam dua tahun secara konsisten dan aku yakin aku akan mahir seumur hidup jugak.

Tapi bila bab yang memerlukan aku konsisten dalam masa yang lama aku akan putus asa. Dan benda itu ialah bersenam nak menguruskan badan. Untuk menguruskan badan aku perlu naik basikal, berjogging seumur hidup untuk dapat kesan seumur hidup. Macam Wan Najib yang hebat dan penuh determination setiap minggu bersenam. Dan katakan kalau aku stop sebulan pun aku akan gemuk balik. Ha bab macam ni aku lemah. Sebab takde masa tertentu nak berusaha dan kesannya pun tak kekal.

Aku nak bersenam sehari dan kurus seminggu, kan best macam tu. Hahahahah.

Personal Glory

Baru-baru ni kawan aku Banos whatsapp aku dan tanya pernah ke aku putus kawan? Ntah apa gila si Banos ni tetiba tanya benda macam tu. Jawapannya ada. Putus dan aku dah hapuskan dia dalam memori aku cuma bila si Banos ni tanya buat aku teringat balik.

Reasonnya senang je, sebab aku benci dia kejar personal glory dalam bekerja. Contoh, meeting ramai-ramai dengan boss lepas tu diam-diam bila orang lain dah takde dia pergi jumpa boss dan bagi idea lain. Apa punya perangailah. Semua buat sendiri macam bagus takde teamwork.

Tapi jangan risau. Orang yang kejar personal glory ni nanti satu hari akan tersedar jugak yang diaorang akan fail kalau tak bekerjasama. Dan diaorang akan cari colleagues balik nak mintak tolong, dan malangnya dia akan cari bila dia ada masalah je.

Dan bila kau bergembira seorang diri mengejar personal glory dan cari aku bila kau susah janganlah expect aku nak layan.

Pergilah mampos!

Ada je orang macam in dekat mana-mana. Kalau korang jumpa langgar je dengan kereta sampai mati.

Burung Penentu Masa


Setiap pagi akan ada sekumpulan burung ni terbang melintasi rumah aku. Biasanya dalam 7.45 pagi. So kalau dia melintas atas rumah maksudnya dah lambatlah. Kalau dia melintas masa on the way nak hantar Umar sekolah agama maksudnya awallah.


Somehow aku sangat look forward nak tengok burung ni pagi-pagi.

Takde Duit Kecik Abah Kau

Perangai peniaga mintak duit kecik ni dah tahap melampau. 70 sen pun tanya ada duit kecik ke tidak? Apa ke hampehnya?

Kalau bagi duit besar sikit buat muka tak puas hati. Sekarang aku ada note 100, aku kena fikir aku nak belanja dekat mana untuk buat peniaga tu or cashier tu tak bengang dengan aku.

Kalau takde duit kecik dan tak boleh terima note besar janganlah berniaga. Kerjalah office macam aku!

Tidaklah Miskin

Dah check untung KWSP? Not bad jugaklah kut. Adalah jugak simpanan dalam diam. Walaupun seteruk macam aku ni adalah jugak sikit simpanan hari tua.

Dan yang lagi best aku dan isteri dua-dua bekerja so jadi doublelah. Tapi sebenarnya mana cukup duit KWSP je. Kenalah ada banyak lagi simpannya. Betul tak?

Seksanya

Ok dah 4 hari aku main Rocksmith ni. Untuk lagi Ramones tu takde masalah. Sekarang aku masuk lagu kedua. Namanya Stay In dari Jaws. Aku dah masuk Master Mode tapi baru lepas 50% masa singgah rumah siapkan Umar tadi. Tapi jari aku dah teruk dah. Melecet semua.


Masalah aku ialah aku senang pressured. Tapi aku susah nak give up lah. Senang cerita aku bagi masa sebulan lah. So harapnya 16hb March nanti dah boleh dapat 90% at least. Tapi enjoy dan harapnya cita-cita aku nak pandai main gitar berjaya.

Kalau aku boleh pandai bawak kereta mesti ini aku boleh.
Kalau aku boleh dapat 30 points main flappy bird mesti ini aku boleh.
Kalau aku boleh berhenti merokok mesti ini aku boleh!

Mesin Basuh

Kitaorang punya mesin basuh sekarang ini adalah mesin basuh yang aku beli masa zaman aku bujang dulu. Aku beli masa dapat gaji pertama. MasyaAllah punyalah lama. 6kg je pun.

Memandangkan baby dah nak keluar aku rasa keluarga kami memerlukan mesin basuh yang besar dan powerful. Kira tiga kali guna dah siaplah kerja basuh baju. Takdelah banyak sangat trip membasuhnya haha.

Nampak sangat aku takde benda nak tuliskan? Haha.

Umrah

Ramai betul orang pergi Umrah bulan ni. Adik beradik, jiran.

Aku tak pernah pergi lagi.

You Are An Angel And I Am A Disaster

Bukan main ayat kalau lecturer-lecturer ni dah buat silap dan menyusahkan aku.

Aku kerja dalam bidang IT dan aku tau memang kerja aku untuk support orang-orang ni. Tapi kadang-kadang hangin jugak bila benda simple pun tak reti nak buat. Macam semalam aku on the phone 7 minit sebab nak guide student ni macamana nak login.

Dah masuk tahun 2014 dah ni. Nelayan darat pun dah berniaga guna internet kau tau, takkanlah kau yang nak ambik PHD tak reti benda sesimple nak login.

Satu Kepala

Kes kawan berhenti di tempat kerja bukan semestinya akan buat kita sentiasa sedih. Ada juga orang yang berhenti akan buat kita rasa gembira. Walaupun masa perkenalan nya sama. Biasalah, ada orang yang kita suka ada yang tidak. Ada orang yang satu kepala dengan kita dan ada yang tidak.

So orang yang baik dengan kita, mestilah kita sedih. Dalam masa terdekat ni dua orang yang satu kepala dengan aku berhenti. So sedihlah sikit. Kalau yang tak satu kepala lantak kau lah haha.

Impian Terakhir Seorang Lelaki

Aku ada satu cita-cita yang tak tercapai dari dulu. Sebenarnya ada satu cita-cita lagi satu, aku nak ambik Masters sebenarnya tapi aku tak rasalah aku boleh fork out berpuluh ribu. Kalau ada sponsor lain ceritalah.

Ok balik semula pada cita-cita atau impian terakhir aku tadi. Aku nak belajar main gitar. Aku nak pandai main gitar. Walaupun lame tapi itulah impian aku sebelum umur aku masuk 36 tahun. Kira by 35 kalau tak pandai jugak aku akan lupakanlah. Tapi takpe aku ada lebih kurang 2 tahun untuk capai-capai impian aku.

Terima kasih kepada Ubisoft yang mencipta game Rocksmith dan kedai muzik yang jual set gitar pada harga discount, cita-cita aku semakin hampir. Selama ni aku cuba belajar tapi aku takde cikgu, aku takde chord yang boleh dirujuk dan kalau ada pun takde siapa nak ajar.

Pendek cerita, Khamis game aku sampai dari Amazon US, Sabtu gitar aku sampai dari Johor dan aku dah berjaya main lagu Ramones - Blitzkrieg Bop dan hari ni Ahad aku sedang berusaha main lagu Losing My Religion dari R.E.M.

Rasanya kalau aku usaha bersungguh-sungguh dalam dua tahun lagi ni boleh kut aku mahir main. Terima kasih Rocksmith! Dua tahun lagi aku rekod aku main dan upload video dia kat sini ye. Harapnya dapat main macam mamat bawah ni.


Aku tau ini benda lagha tapi sorrylah, ini impian sejak kecik dan selama ni takde peluang. Asalnya masa Liza dalam pantang dekat rumah mak dia nanti aku baru nak belajar tapi takpelah aku start awal.

Penat Tapi Ok

Sebenarnya hal hantar ambik anak sekolah masa lunch time ni memenatkan sangat. Tapi walaupun penat aku rela je. Cuma kalau macam dah nak habis weekdays tu macam happy sangatlah haha.

Masa menunggu agak lama jugak sebab aku nak pastikan boleh park kereta elok-elok. Masa dalam kereta menunggu tu macam masa aku bersendirianlah dan boleh fikir macam-macam. Dan most of the time aku teringat zaman aku keciklah, zaman aku sekolah.

Bye Surya


Malam tadi kitaorang buat makan-makan sempena Surya nak resign. Kitaorang masuk kerja sama-sama. Dah 8 tahun dah kenallah. Dia antara orang yang paling busy dalam office sebab dia buat kerja admin. Hari-hari busy unlike kitaorang yang lain busy bermusim.

Dia resign sebab nak temankan emak dekat kampung. Murni betullah tujuannya. So aku macam sedih jugaklah sebab dia bukan tukar kerja tempat lagi best ke, bukak bisnes ke. Dia berkorban.

Saya doakan awak bahagia dan gembira ye Surya. All the best to you.

Terima Kasih Cikgu

Aku nak ucapakan terima kasih pada cikgu cikgu, ustaz dan ustazah yang mengajar anak-anak aku. Aku kerja 9-5. Sampai rumah tengok buku kalau salah aku tegur dan ajar sikit-sikit. Itu je lah yang mampu.

Yang banyak menolong sudah pastilah mereka semua ni. Yang boleh ajar anak aku baca Alif Ba Ta Sa Ja, baca dan bukan ingat walaupun baru sekolah beberapa hari adalah cikgu. Yang mengajar anak aku mengaji dah masuk Juzuk 3 ni pun cikgu-cikgu dan Ustaz. Aku appreciate sangat-sangat.

Dan semestinya aku happy. Sebab cikgu-cikgu ni jalankan tanggungjawab dengan bagus. Nak garang ke nak rotan ke sukahati diaoranglah asalkan anak aku membesar jadi manusia yang bagus hendaknya.

Yang aku boleh take credit satu je lah. Aku sediakan cartoon channel untuk anak-anak aku supaya diaorang pandai English. Itupun bukan aku yang ajar. Hahahahah.

Favourite?

Semalam kawan aku cerita dia terasa hati dengan mak dia sebab mak dia nak cucu perempuan and dia pregnant baby boy. Tapi kakak ipar dia pregnant baby girl dan dia cakap nanti mesti baby girl tu jadi favourite.

Aku ketawa je benda macam ni. Imagine, aku dan wife aku adalah anak sulung. Dan anak-anak kitaorang pun sudah pastilah cucu-cucu sulung. Kalau nak cakap favourite dan lebih disayangi aku rasa kitaorang lah yang paling tak disayangi. Hahahah. Takdelah, mak aku dan mak mentua aku sayang je kitaorang tapi aku taulah kurang sikit daripada yang lagi muda, yang cucu-cucu yang lebih baru.

Yang sulung ni biasanya macam tak dapat apa yang bawah-bawah dapat.

Yang sulung ni sudah pastilah bukan favourite hahahahaha.

Tapi aku faham je, takdelah aku terasa hati. Saje je lah teringat sebab kawan aku cerita topik ni semalam.

Lagu Maroon 5 Yang Paling Aku Suka

Panas Gila!!

Panasnyalah cuaca. Sekarang ni 4.30 pagi and aku rasa dah dekat sejam aku tak boleh tidur sebab panas. Takkan nak kena pasang aircond kut? Mungkin bagus jugaklah agaknya, guna masa cuaca extreme macam ni.

Ini Namanya Mengada Ngada


Aku dah cerita Nawal dah start masuk tadika ke belum? Lupa pulak. Anyway, dia dah masuk tadika start bulan ni. Dekat rumah macam excited. Sampai tadika taknak masuk. Bila balik rumah cerita macam seronok sangat tadikanya tu.

Tak Mampu

Umar cerita ada kawan mintak bekal yang dia bawak sebab ayah dia tak bagi duit dan mak dia tak bagi bekal.

Kesian jugak sebenarnya kalau parents budak tu memang tak mampu.

Tanggungjawab Dalam Pekerjaan

Aku rasa sikap yang paling penting sebagai seorang pekerja adalah tahu tanggungjawab yang diberikan. Dia boleh nak main-main ke apa ke tapi segala tanggungjawab yang diberikan dibuat dengan cemerlang.

Tak perlu boss nak cakap banyak kali. Hantar satu email dan boss tak payah risau untuk the next one year contohnya. Sebab bila orang tu tau tanggunjawab dia, dia akan pastikan semua berjalan lancar.

Lawak Twitter


Kadang-kadang lawak jugak tengok apa orang komplen pada YB dekat Twitter. Hahahaha.




Cara Aku Nak Berjimat

Cara aku nak berjimat sekarang ni ialah pagi-pagi Liza buatkan breakfast roti dan tengahari masa lunch aku order air kosong je. Jimat jugaklah beberapa ringgit sehari. Fikir-fikir balik aku tak belanja sangat untuk diri sendiri.

Tapi bila pergi Speedmart ke Giant ke masa tu belanja banyak. Maksudnya belanja rumah besar sikitlah. Oh dan yang paling besar sekali belanja petrol. Hahaha. Aku memang tengah berkira-kira nak beli motor atau tidak sekarang ni.

Trainer


Dalam seminggu ni aku busy bagi training pada lecturers cara nak guna satu software. Mungkin sebab aku dah umur 30an, lecturer-lecturer ni macam hormat aku lah, takdelah pandang rendah macam masa umur 20an dulu, asyik tanya soalan provokasi je. Aku tak suka sebab English aku tak bagus sangat. Tapi aku suka bila orang faham dan nak guna software yang aku ajar tu.

Tak Suka Tak Payahlah Follow

Aku ada terbaca tajuk gossip dekat FB pasal orang tak suka seorang artis ni seksi di Instagram. Pada aku, daripada kau bising-bising tak suka, kan lebih baik tak payah follow Instagram dia terus? Kan lagi senang? Takdelah hidup kau terganggu kena tengok perangai orang yang kau tak suka.

Tak suka tapi follow. Bukan ke macam cari masalah sendiri??

Luqman Zafran

Bila Liza pregnant aku dah layan baby dalam perut tu macam orang yang dah wujud di muka bumi. Bukan aku je lah, kami sekeluarga. Abang dengan kakak dia pun macam tu. Daripada anak pertama lagi aku dah buat macam tu. Tak taulah, walaupun diaorang belum keluar tapi aku tahu diaorang dah ada nyawa dalam perut tu.

So kitaorang dah sembang-sembang, dah bagi nama. Dan buat macam dia dah ada dalam rumah tu.

So mungkin itulah agaknya dia bergerak dengan ganas dalam perut mak dia setiap hari sampai bergegar tak sabar nak keluar.

Dan mungkin itu jugak sebab anak-anak aku cepat dan petah bercakap sebab dari dalam perut lagi dah cakap dengan diaorang. Masa baby apa tah lagi.

Yang Sebenarnya..

Yang sebenarnya aku busy so aku takde benda nak fikir sangat pasal blog ni.

Busy kerja. Busy hantar ambik anak sekolah. Busy berangan. Tapi aku bukan complaint yang aku busy, aku ok je. Cuma dah takde masa nak merepek lah kut. Perkembangan sukan bolasepak pun aku dah tak ikut sangat

Happy?


Aku takde lah tengah happy. Tapi lagu ni macam bagi kita good mood.

Duit

Hidup ini akan lebih mudah dah gembira kalau kita ada banyak duit.