Abang

Aku rasa takde masalah kau nak panggil husband kau Abang. Itu memang cara kebanyakan orang Melayu. Kira nak bagi macam hormat pun ye jugak sebab dah jadi Abang kan. Masalahnya sekarang bila kau refer husband kau tu sebagai Abang kepada masyarakat. Still takde masalah kalau kau mention nama.

"Ha Salmah tengah tunggu Abang Manan datang ambik ni".

Yang menjadi masalah dan buat aku menyampah bila kau post gambar menggedik kau lepas tu kau tulis, tengah tunggu abang ambik. Abang mana? Abang kau nombor satu ke? Abang kau nombor empat ke?

"Oh tak, bukan². Saya tengah tunggu Abang Zamri boyfriend saya tu."

Kepala hotak kau berjambul!!

(Rage!! Rage!!)

No comments: