Birthday Gift Wish List

Birthday aku next month. Macam biasa mari listkan hadiah-hadiah yang aku nak dan aku harap tetiba ada anak raja postkan pada aku. Entry berangan aku setiap tahun sebab aku takde benda nak tulis dan sudah pastilah takde anak raja nak hantar haha.

Aircond 2HP

Zaman panas macam ini aku memerlukan aircond. Dan since masterbedroom aku besar, aku perlukan at least 2 horse power punya aircond.

King Size Bed

Dahlah panas, takde aircond, katil queen bertambalah panasnya. So aku nak king size bed dengan tilam yang best. Tapi aku rasa anak raja pun akan marah sebab nak ship aircond dengan katil mesti mahal hahaha.

Kitchen Cabinet

Rumah aku masih takde kitchen cabinet dan itu antara reason aku segan nak jemput orang datang rumah. Dapur tak cantik haha. So hadiah ni pun best jugak.

Somehow itu je yang aku teringat. Mungkin aku nak Ipad, itupun lebih kepada nak bagi Nawal bukak Youtube dengar Doa Dhuha dengan Lagu malaikat dia, dan untuk Liza bawak ke dapur tengok recipe buat kek. Untuk aku sendiri macam takde apa lah kut. Sebab aku dah ada semua yang aku perlu. Kalau nak pun lebih kepada nafsu, macam G-Shock Todd Jordan Limited Edition.


Kalau dapat hadiah duit seronok jugak kut. Dapat 50 ribu ke baru betul-betul berguna untuk aku. Hahaha.

No comments: