Dilemma Ayah Pada Anak Yang Bersekolah

Aku appreciate kerjaya cikgu. In fact aku harap baby yang nak lahir ni jadi tenaga pengajar. Lecturer ke apa ke sebab kerjaya ini yang paling mulia dalam dunia. Sebab cikgu-cikgu yang bagus anak-anak aku jadi pandai. Sebab lecturer yang bagus Matematik aku power gila masa buat Diploma. Tapi ada benda yang aku tak puas hati, dan aku rasa bukan salah cikgu sendiri. Mungkin sebab sistem pendidikan, mungkin cikgu tu sendiri tak tau atau tak aware dengan keadaaan sekeliling. Mungkin ini culture.

Colouring

Aku dah pernah tulis ni tapi aku nak tulis lagi hari ni. Anak-anak ni dah pergi tadika 2 tahun dan ada yang dah pergi 3 tahun untuk belajar sambil colouring dalam semua matapelajaran. Untuk improve motor skills dan creativity. Tapi kenapa, kenapa dah masuk darjah satu masih lagi kena colour semua benda? Matematik kena colour, Bahasa Melayu kena colour, Pendidikan Islam kena colour. Kenapakah obsess sangat dengan colouring ni? Kan lebih baik kalau 30 minit buat kerja Matematik sahaja daripada 15 minit buat kerja Matematik dan 15 minit lagi kena colour kerja Matematik yang dah siap tadi.

Kan matapelajaran Pendidikan Seni dah ada? Fully utilise je lah. Nak bagi homework pendidikan seni pun aku takde hal. Hari tu elok je anak-anak aku buat origami tengok instruction dekat Youtube. Takde hal nak buat kerja creative cuma biarlah kena pada masanya. Umar tu siap ada menang hadiah sebab kaler cantik, sebab dah bertahun buat colouring. Tapi aku prefer kalau dia dapat hadiah sebab Matematik dapat markah 100%.

Pagi sekolah, petang sekolah, balik buat homework (takdehal homework ni) tapi kena colouring yang membuang masa.

Suruh Bawak Barang Yang Kena Beli, Esok

Kebanyakan parents sekarang dua-dua bekerja. Anak-anak pagi sekolah agama - duduk transit - naik van pergi sekolah kebangsaan. Ramai yang macam tu. Tak ramai yang ada luxury untuk ibu tidak bekerja dan boleh menguruskan anak-anak semata². Dan tak ramai yang ada luxury macam aku yang boleh ambik anak sekolah agama dan hantar ke sekolah kebangsaan masa lunch hour. Dan ada juga ibu bapa yang sampai rumah lewat dan takde luxury untuk ambik anak sekolah langsung pun.

Memang aku guna perkataan luxury untuk semua ni sebab ini tahun 2014 beb. Tak semua nasib baik dan mampu.

Jadi aku rasa agak menyusahkan jugaklah kalau bagitau hari ni yang esok nak kena bawak barang (yang perlu dibeli, bukan sedia ada di rumah) ke sekolah. Contohnya esok kena bawak kertas warna 5 keping yang kalernya berbeza. Atau esok kena bawak 10 batang lidi sate. Dah menggagau malam tu nak kena pergi beli. Cari pasar malam beli sate padahal takde rasa nak makan pun. Kalau tak sempat beli, kedai dah tutup esoknya macamana nak beli kalau dari pagi dekat sekolah agama dan transit. Bukan kah lebih baik kalau bagi list, minggu depan hari Jumaat bawak kertas warna, minggu lagi satu bawak 10 batang lidi sate. Ada banyak masa untuk mak bapak beli.

Bukan semua budak mak dia suri rumah sepenuh masa. Dan bukan semua parents ada masa. Dan bukan semua orang all of sudden nak makan sate. Dan bukan ada stationaries shop yang bukak 24 hours. Dan tak semua kedai ada jual lidi sate kut haha.

Alhamdulillah, aku ada masa dan aku suka jugak makan sate. Aku tulis bab ni sambil memikirkan ibu bapa yang lain lah.

Sekian terima kasih. Jangan marah aku.

2 comments:

mama_QnR said...

Sangat setuju bab bawak barang tu..
7-11 bukak 24jam bukan ada semua benda
Dapat anak yang baik bagitau masa balik sekolah pun dah kira ok..
Kalau dapat anak2 yang tiba2 bangun pagi tengah siap2 pegi sekolah baru cakap nak itu nak ini lagi parah

Also, sekolah ganti, aktiviti hari sabtu, takkan la tak boleh bagitau dari awal tahun.. ni minggu depan (or lebih parah lagi hujung minggu ni) kena pegi sekolah hari sabtu, minggu ni baru cakap.. tungganglanggang aktiviti sekeluarga..

alahaiii...

Tokan said...

Marah cikgu lagilah ni...hah hah...nasib cikgulah kan???? Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan warna warni....