Redha Dan Memaafkan

Semalam aku baca pasal seorang perempuan ni menyesal sebab tak "layan" husband dia pada satu malam dan esoknya husband dia meninggal. Dia risau husband dia tak redha sebab dia tak layan. Pada aku pada masa benda tu jadi mungkinlah suami akan marah pada isteri dan isteri jugak akan marah pada suami. In the heat of moment memanglah marah, bukan bab bermesra. Lain-lain bab jugaklah termasuk sekali.

Pada pendapat aku, dalam hubungan kekeluargaan dan mungkin juga hubungan sesama manusia kita patutnya sentiasa memaafkan. JANGAN BERDENDAM. Katakan pukul 11 pagi marah, pukul 11.30 dah maafkan. Senang hidup. Dendam takde. Sakit hati takde. Benda yang nak difikirkan pun takde.

Dan kalau mati tetiba pun kita mati dalam keadaan kita dah maafkan semua orang dan andai kata kita semua tak berdendam orang pun redha dan dah maafkan kita.

Macam aku lah, walaupun aku selalu marah jiran depan rumah park lima bijik kereta sampai radius turning aku dikacau, tapi 3 minit selepas itu aku akan memaafkan diaorang dan mendoakan semoga diaorang akan tinggal di rumah banglo tanah lot secepat mungkin.

No comments: