Saya Tak Boleh Keluar Sesuka Hati

Rabu malam hari tu kawan sekolah rendah aku tetiba call ajak lepak. Kira memang dah tak jumpa since habis sekolah rendah and kebetulan ada dua orang tinggal area rumah aku. Pendek cerita aku cakap tak boleh sebab aku tak boleh keluar secara tetiba. At least kena lah plan bebetul. Lagipun aku baru beli makanan satu family dekat luar. And not to mention aku penat lah masa weekdays.

Sebenarnya aku bukan jenis keluar minum-minum dengan kengkawan ni. Masa aku bersocial cuma masa lunch dekat office. Kalau tetiba aku pergi jumpa kawan yang mungkin 5 tahun sekali anak-anak aku macam terkejut sebab since lahir aku ada je depan mata diaorang. Hahaha.

Sabtu malam ni bolehlah kut, banyak benda yang aku nak tanya dekat diaorang.

No comments: