Ampai Kain Sidai-Sidai (Review)


Senja Jumaat hari tu aku hantar FB Message ke syarikat Sidai-Sidai ni. Tanya boleh ke pasangkan ampai kain aku hari Sabtu. Dan dia cakap boleh. Bila tukang pasang tu sampai, baru start hujan dan dia tak boleh pasanglah. So dia pergi minum-minum dan dalam sejam lebih lepas tu bila hujan dah stop dia pun datang balik.


Mahirlah dia buat kerja dan memang cepat je siap dia melekatkan ampai kain aku dekat dinding. Dan yang penting aku sangat puas hati. Cepat, efficient. Bersungguh buat kerja. Bila benda bagus aku akan recommend.


Ni fb diaorang: https://www.facebook.com/Sidai.Sidai . Jimat space ampai kain macam ni. Aku punya ni 5kaki. Asalnya aku order yang 8 kaki tapi panjang gilalah, so cancel aku mintak yang pendek sikit, muat-muat space tu. Orang tu pun takde masalah. So aku bagi 5 bintang! (gambar di ambil dari fb Sidai-sidai)

Nasihat Kepada Towkay

Kalau korang ada business dan hire pekerja aku nasihatkan carilah pekerja yang ada niat untuk menguntungkan kedai kau bukan pekerja yang nak cari gaji semata-mata. Lebih-lebih lagi kalau kau takde nak mengawasi dia.

Weekend hari tu aku nak beli barang dekat hardware. Aku bagitau aku nak paip pvc sebab aku nak masukkan tube keluar air washing machine ke dalam tu dan salurkan paip pvc tu ke dalam longkang. Dia takde effort pun nak carikan paip yang sesuai cuma dia suggest beli extension instead. Padahal extension tu aku dah beli semalamnya dekat kedai dia jugak. Takpelah, tak ingat muka customer tu normallah kut. Aku dapat ilham nak buat benda ni permanent dan nampak kemaslah sikit dan tak menyusahkan wife aku.

So aku pergilah ke kedai hardware lain yang mana tokey ada dekat kaunter dan pekerja ada dekat luar. Tak sampai 10 minit aku dah dapat paip pvc aku. 10 kaki satu, 3 kaki satu dan L connector satu. Beza pekerja yang ada tokey dan takde.

 Balik rumah aku pasang dan siap. Dan aku sangat happy sebab projek aku menjadi.

Dulu Dan Sekarang


Dua benda ni aku beli dengan gaji pertama dan kedua masa kerja Cyberjaya dulu. Cash. Tak banyak commitment selamba je beli. Sekarang usah harap nak macam tu lagi. Haha. Terima kasih berkhidmat selama 10 tahun.

Sempena Hulu Segala Hari

Sempena hari Jumaat ni aku berdoa supaya bukti yang MH370 tu terhempas berjaya dijumpai.

Honestly aku dah penat tengok orang mengutuk, mengata, bergaduh dan macam-macam lagilah pasal benda ni. Aku doakan jumpa bangkai pesawat, mayat memang impossible dah lah nak jumpa dan yang paling penting black box supaya tau apa sebenarnya yang terjadi.

Amin. Jumpa kan lah hari ni. Sebab ramai orang ingat Indian Ocean tu besar macam Sungai Semenyih je kut. Astagfirullah.

Perihal Baby

Sebenarnya Isnin hari tu Liza dah bleeding dan aku dah bawak dia pergi hospital. Tapi diaorang cakap belum lagi dan memang normallah bleeding tu. Aku baca dekat internet pun cakap macam tu. Malam tadi pergi klinik scan pun memang kepala baby dah dekat bawah, dah engage. Tapi still takde sakit nak beranak pun.

Hari ni birthday Liza, aku berharap dia lahir hari ni walaupun due datenya 7hb April. Tapi bila fikir balik takpelah, tiba masanya dia keluarlah tu. Doakan semuany smooth ye. Amin.

Aku Dah Putus Asa Dengan Semak Samun Ini 2


Setelah berfikir dan cakap ahh lantaklah pokok kari tu dan belimbing tu kami decided untuk simen je belakang tu. Dan pagi tadi diaorang buat dan dalam 6 jam kerja ni pun siap. Aku puas hati jugaklah sebab dia buat tebal. Kira kalau nak extend lepas ni tak perlulah nak tebalkan lantai.

Bila nak extend? Hahahaha mungkin 15 tahun lagi.

Aku Dah Putus Asa Dengan Semak Samun Ini 1


Ini gambar belakang rumah aku. Aku cuba lah bercucuk tanam sambil konon-kononnya mengawal lalang ni naik. Nampak tak pokok belimbing buluh tu. Tapi nampaknya aku lemah. Hahaha. Aku akan panggil Mr. Ganesan untuk mesin setiap kali lalang ni panjang. Tapi aku dah tahap malu pulak dengan Mr. Ganesan itu. Jadi..

Bersambung.....

Belilah Barang Yang Berkualiti

Satu masa dahulu 4-5 tahun lepas aku ada beli paip untuk mesin basuh. Aku beli yang paling murah. Memandangkan aku baru beli mesin basuh baru aku pun bukaklah sambungan air ke mesin basuh lama dan pendekkan cerita kepala paip mesin basuh tu dah reput dan bila aku cuba bukak semuanya patah dan paip berkarat tu patah dalam batang pili tu tadi.

So sekarang aku sangat stress. Aku tak pasti berapa ratus ringgit nak kena habis untuk betulkan benda tu nanti. Dan nasihat aku belilah barang yang berkualiti untuk tahan lama.

Aktiviti Yang Best Tapi Malas Nak Pergi


Al Fatihah Untuk Mangsa-Mangsa MH370


Pada aku benda ni expected. Al Fatihah. Macam ramai orang cakap sebagai orang Islam kita kena percaya pada Qada dan Qadar, rukun Iman ke 6.

Politik Mengutuk

Ada sebab aku tak suka sangat politik ni tapi aku rasa benda ni memang normal when it comes to politic. Benda itu ialah instead of promoting benda baik pasal parti kau, kau kutuk benda yang tak baik pasal parti lain.

Tapi kat Malaysia ni lebih-lebih lagi sebab memang kutuk tahap benci betullah. Dan yang paling teruk sampai fitnah memfitnah. Benda-benda ni dosa so memalukanlah bila orang tu Melayu dan beragama Islam. Ramai tau. Sehari beribu aku jumpa dekat mana-mana FB page walaupun FB page tu bukan page politic pun.

Ada juga ceramah politik yang kerja dia mengutuk je sepanjang dua jam ceramah tu.

Pada aku lagi best kalau kau promote apa yang bagus dengan parti kau. Macam ADUN PAS Bangi ni dia post gambar-gambar dia buat kerja, takde satu pun dia kutuk BN or UMNO. Dan ADUN Slim dekat kampung aku pun sama dia tunjuk benda-benda kerja yang dia buat. Pengundi-pengundi pun happy.

Kalau benda tu bagus apa salahnya. Buat apa penuh kebencian? Dah lah budak-budak muda pulak tu yang penuh kemarahan ni.

Suasana Makan Kena Betul

Aku ingat kalau masa lapar makan KFC memang nikmat tapi Sabtu hari tu aku makan dan tak enjoy langsung. Bila aku fikir balik bukan pasal KFC tu tak sedap tapi lebih kepada suasana di KFC tu tak seronok. Orang ramai, muzik yang ntah apa-apa dipasang kuat so nak makan pun takde mood.

Kalau suasana tenang barulah enjoy.

Kita Tak Pernah Tahu Kebolehan Kita Sehingga Kita Mencuba

Tahun lepas aku pernah cerita jadi keeper main futsal dan aku main sangat hebat sampai semua orang yang aku jumpa puji. So salah satu impian aku yang tak kesampaian masa kecik ialah aku nak belajar main gitar. Aku takde peluang dan aku takde cikgu. Aku takde chord yang nak direfer, so aku lost.


Terima kasih kepada Rocksmith 2014, aku ada guru yang paling bagus. Aku tak perlu jadi hebat, cukup sekadar boleh main beberapa lagu yang aku suka. Dalam masa 37 hari untuk Lead, aku berjaya main Stay In dari Jaws, Blitzkrieg Bop dari Ramones dan  yang paling aku bangga Kings of Cydonia from Muse. Lagu yang paling aku suka Creep dari Radiohead aku dapat main dalam 3/4 lah. Bukan sebab aku tak tau chord tapi sebab jari aku besar hahaha. Susah gila power chordnya.

Untuk bass aku berjaya main Losing My Religion, Every Breath You Take and Creep. Tiga lagu ni aku belajar dalam masa 24 jam. Tak sangka bila dah bersusah payah main Lead bila main bass senang je. Maybe lagu tu sendiri senang, but who cares? Aku bukan nak main band. Aku just nak boleh main lagu yang aku suka je.

Sorrylah, pada aku ini satu achievement. Dan aku sangat happy!!





Bolehlah aku slow down dan menumpukan pada baby yang anytime boleh keluar ni.

MC 2 Hari

Doktor bagi aku 2 hari mc. Nampak sangat muka aku stress. Dapat ubat penenang terus.

Stress

Aku sekarang berada pada tahap paling stress dalam kerja. Aku tak suka bila benda yang aku jaga ada masalah disebabkan benda lain dan user akan cari aku. Masalah orang tu aku tak boleh fix. Ataupun UK yang kena fix. Bila benda tu semua fixed baru sistem aku takde masalah.

Lagi satu kena buat benda yang aku dah tinggalkan. Belum lagi layan lecturer yang hmmm bongok?

Ini buat blood pressure naik balik ni.

KFC Dan Kami

Suatu masa dulu kami di kampung sangat menghargai KFC. Ye lah sebab takde jual lepas tu iklan dekat TV yang sangat menarik buat kitaorang terliur. Jadi bila abang kakak balik bawak KFC tu memang appreciate sesangat. And not to mention KFC pada masa itu dipandang sebagai makanan yang mahal.

Bila dah tinggal di pekan ni semua ini jadi lain. KFC dah mudah didapati. Di kampung pun dah ada pekan yang bukak KFC. Dan boleh dikatakan nak makan KFC ni mampulah. Lunch set dia ada yang murah-murah dan cukup untuk mengenyangkan perut.

KFC perlu ada sebab bila makan panas-panas memang syok gila. Ada jugak kedai atau gerai yang cuba nak compete dengan KFC, tapi pada aku kalau bab ayam goreng ni memang KFC lah yang menang dan takde siapa boleh lawan.

Perangai Pundek Macai Politik

Bila Rosmah Mansor pergi shopping oversea macai PR bising, bila dia shopping dekat Pavilion pun korang bising? Korang expect apa? Dia pergi shopping dekat pasar malam ke? Kalau korang Perdana Menteri korang rasa korang beli baju dekat bundle ke?

Pasal kes pesawat hilang ni pulak macai UMNO kecoh Anwar kenal Captain Zaharie tu. So what kalau dia kenal?? SO WHAT??????????????????????

Menjadi macai parti politik is so 2013 la brader!

Andaikata MH370 Betul Mendarat Di Diego Garcia...

Andaikata MH370 betul mendarat Di Diego Garcia, US Military based in the Indian Ocean, aku nak cakap satu je.

Pray For Malaysia! Dengan rakyat yang suka bergaduh nampak sangat kita ni easy target.

Apa-apa pun aku seriously doa ini semua tak betul dan Malaysia sentiasa aman.

Anak-Anak Bersekolah

Bila dah ada anak bersekolah sebenarnya pagi-pagi pun dah penat. Belum lagi sampai office. Hahaha.

Jadinya bila cuti sekolah sampai nanti, kita sebagai ibu bapa ni pun bolehlah enjoy sekali.

Pendapat Saya Mengenai Internet

Pada aku internet ni kalau nak bagi kena bagi internet line yang bagus. Kalau bagi line yang slow baik tak payah bagi.

Paling kelakar bila ada wifi percuma tapi data phone line lagi laju.

Ramainya Orang Bergaduh??

Kalau korang follow media punya facebook page korang akan perasan segala apa benda pun orang akan relatekan dengan politik. UMNO, Anwar, UMNO, Anwar, UMNO, Anwar, UMNO, Anwar. Lepas tu bergaduh.

Sekarang hal MH370 ni pun sama. Bergaduh gila-gila, penuh kebencian.

Soalan aku satu je, orang-orang yang suka fitnah memfitnah ni tak takut mati ke? Dan korang tak bosan ke bergaduh je 24 jam? Ke korang dapat duit sebenarnya?

Insaf

Dengan kemarau yang malam tidur bawah kipas tak pakai baju pun masih berpeluh, semak samun hutan dekat rumah dan dekat kampung aku jugak terbakar, jerebu, kapal terbang hilang dan apa-apa lagi bencana yang datang aku betul-betul rasa kerdil dan sangat insaf.

Masa on the way ke office tengahari lepas hantar Umar dari Sekolah Agama hari tu cuaca macam redup sikit dan aku rasa sangat bersyukur. Terasa nikmat betul.

Harapnya insaf ni sampai bila-bila lah. Jangan lepas cuaca ok takde jerebu melayang-layang balik.

Malas Nak Check Email Masa Cuti Dan Waktu Malam

Isnin dan Selasa hari tu aku ambik cuti. Isnin untuk uruskan Umar masuk sekolah baru and Selasa bawak Liza check up dekat Hospital Putrajaya. Jumaat ni nak kena pergi minum air gula pulak. Haishh macam-macam.

Anyway, selalunya aku akan reply email waktu aku cuti dan waktu malam (sebab berurusan dengan UK) tapi tak tau kenapa aku rasa aku dah sampai limit yang aku malas lagi nak bekerja dan berfikir di luar waktu kerja . Mungkin aku fikir aku bagi extra effort pun bukannya aku dapat lebih increment dan bonus pun. So aku malas.

Atau mungkin aku ada banyak benda lain nak fikir. Mungkin aku dah penat. Mungkin aku lebih pentingkan main gitar di masa lapang aku hahaha. 

Tudung Budak Kecik

To be honest, aku macam kurang setuju dengan budak kecik yang dipakaikan tudung. Bila aku fikir balik aku tak suka bukan atas dasar moral tapi lebih kepada oversize tudung buat budak-budak nampak selekeh. Nasib baik Liza jumpa tudung yang ada size untuk budak-budak dan aku sangat bersyukur sebab nampak kemas. Size di sini bermaksud untuk budak je ada 4 size macam tu. Biasanya satu size je, itu yang kadang-kadang tak sesuai. Dan aku bangga ada orang yang serious jual tudung budak-budak.





Setiap Jumaat dan masa kelas Fardhu Ain je Nawal pakai tudung. Pergi jalan-jalan takdelah lagi. Kecik lagipun. Aku paling suka tudung Syrialah. Kalau korang nak ngorat aku pakai tudung syria dengan baju kurung cotton. Hahahaha.

Sekolah Baru - Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota


Bye, Sekolah Bangi yang dah berusia seratus tahun. Aku suka je SK Bangi ni sebenarnya tapi jauh dari rumah.

Dan Alhamdulilah akhirnya sekolah dekat rumah kitaorang sedia untuk digunakan. Umar seronok sangatlah semua benda baru. Dan modern betullah sekolahnya.



Kalau dalam PIBG tu nak ada AJK untuk social media memang aku calonkan diri sendiri haha. Aku memang kagum dengan kerjaya cikgu ni. Kena ada motivasi dan dedikasi yang tinggi untuk mengajar. Terima kasih.
______________________________________________________________________________
Update 30 Jun 2014 - Suprisingly ada orang nominate aku jadi AJK dan ada pulak yang menyokong dan aku dapat Biro Perhubungan Awam dan aku dah buat website dah pun. Jemput-jemput, ni linknya: http://skbbm.edu.my/

Birthday Celebration

Haha celebrationlah sangat tapi terima kasih banyak pada wife sebab belanja kek dan adik belanja TGI Fridays.






Memang nampak tua sangat dah aku.

Benda Yang Paling Buruk Untuk Seseorang Manusia

Benda yang paling buruk sekali untuk aku ialah makan banyak lepas tu tidur petang. Badan akan jadi lemah gila dan tak bermaya. Memang merosakkan segala-gala.

Harap dapat dielakkan.

Umrah

Macam post aku sebelum ni aku cerita ramai orang yang aku kenal pergi Umrah dan banyak jugaklah ole-ole yang aku dapat. Hehe.

Aku suka abang aku bagi kopiah putih ni. Simple je tapi selesa. Dia berlubang-lubang banyak dan macam stretchable. So masalah aku malas pakai kopiah yang buat kepala pening selama ni harapnya selesai hehe.

Pray For MH370


Dulu aku tak terfikir pun aku akan ada peluang naik kapal terbang. Tapi zaman sekarang aku rasa sesiapa pun boleh naik kapal terbang. Dan sesiapa bermaksud pada setiap masa mesti ada orang yang kita kenal tengah naik kapal terbang. Adik beradik, jiran, officemate. Macam sekarang musim orang pergi umrah, tetiap minggu ada je orang yang aku kenal naik.

So bila bencana macam ini terjadi aku sangat sedih sebab it could be me or someone that I know yang boleh terlibat dalam bencana macam ni. Memang sedih dan risau gila. All the time tengok news.

Apa-apa pun kita doalah kita jumpa balik kapal terbang ni. Aku kagum ramai orang tolong. Tapi aku tak kagum ramai orang yang buat statement bodoh. Takpelah, abaikan. Kita doa je lah biar benda ni selesai cepat. Amin.

Masalah Marah Aku

Mungkin orang nampak aku marah-marah di media social. Sebenarnya aku marah bersebab. Dan banyak disebabkan oleh orang lain yang tak bertamadun. Dan aku masih mahu mengekalkan sikap bertamadun aku dan aku taknak pergi ke tahap orang-orang itu.

Contoh senanglah, kalau aku park kereta di mana-mana pun aku akan park properly di dalam kotak dan pastikan kereta di tepi, belakang dan depan aku senang nak keluar. Aku manusia yang ikut peraturan dan tak selfish. So bila aku nampak orang-orang disekeliling aku yang park sesuka hati, park tegak dia ambik 3 kotak buat side parking, double park dan macam-macam lagi memang aku sakit hati dan marah.

Kalau nak jalan senang aku ikut je cara diaorang. Senang cerita, aku senang, aku tak marah. Tapi aku taknaklah "turun" ke level diaorang dan kalau aku buat macam tu dan anak-anak aku pun nanti buat macam tu jugak so sampai bila manusia ni nak bertamadun? Sampai bila baru kita dapat melahirkan generasi yang tak selfish? Macamana nak selesai masalah kalau kau sentiasa bagi contoh yang tak bagus pada budak-budak kecik.

Dan itu aku baru cerita pasal parking kereta. Belum bab orang belakang aku hon-hon marah aku suruh langgar lampu merah. Belum bab buang sampah merata-merata, belum bab orang buang sampah dalam sungai dari atas motor lepas tu dekat depan terus langgar lampu, belum bab Perdana Menteri mungkir janji nak turunkan yuran broadband, belum bab takde rebate broadband dekat income tax tahun 2014 ni, belum lagi bab orang-orang yang langgar peraturan jalanraya on daily basis tanpa rasa bersalah. Belum lagi pasal orang letak pasir selonggok depan rumah aku sampai jadi jamban kucing. Kucing-kucing aku elok je aku sediakan segala benda dalam satu bilik tetiba ada orang yang kotorkan rumah aku. Aku pun tak faham apa dosa aku pada manusia-manusia ni.

Aku tak kacau orang dan aku aku ikut peraturan. Aku marah bersebab. Ini dah tahun 2014.

Menghakimi Orang Lain

Dalam banyak-banyak quotes pasal judging people aku macam suka quote yang ini, ye lah kan? Orang Malaysia ni kan suka judge².

“How would your life be different if you stopped making negative judgmental assumptions about people you encounter? Let today be the day you look for the good in everyone you meet and respect their journey.” ― Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free.

Aku tak suka di judge dan apa yang kau judge tu memang salah sama sekali. Kalau betul aku boleh terima. Anyway ini lagu best, dan kalau korang judge aku dengar lagu Amsterdam ni sebab nak pergi sana try hisap ganja maksudnya apa yang korang teka tu betul. Hahaha.

Tak Tau Nak Ketawa Ke Nak Menangis


Bila aku tengok ayat macam ni aku tak tau lah nak ketawa ke nak sedih. Memang tak semua Malay girl pakai short skirt tapi ada. So soalan dia validlah sebenarnya. Flexia Yeap ni ialah model Playboy yang sexy gila tetiba berubah berpakaian menutup aurat tapi dia tak revert lagi.

Macam kawan aku cakap selagi dia tak buat perkara-perkara yang memalukan orang-orang yang bertudung sudahlah.

Happy Birthday To Me


Hari ni birthday aku. Dah masuk 33 tahun dah tahun ni. Alhamdulillah aku rasa hidup aku ok. Aku impikan nak jadi orang kaya raya tapi sebab itu satu-satunya impian aku, agaknya itu pasallah aku tak kaya-kaya lagi. Hahaha.

Ada impian yang dulu aku harap dah jadi mustahil. Ada impian yang tak dapat dan tak boleh fixed sebab tak boleh undur masa nak betulkan balik dalam membuat pilihan. Aku anggap itu balasan dosa² aku lah kut. Frust seumur hidup. Ada impian yang masih boleh dicapai, InsyaAllah.

Oklah. Doakan aku sihat, panjang umur, bahagia dan disayangi.

Dan menjadi kaya gila secepat mungkin.

Berjaya

Cakap pasal hobi baru bulan lepas aku cakap aku tengah struggle satu lagu ni dan kalau aku berjaya dapat 80% accurate aku rasa aku bolehlah nak mencapai cita-cita aku nak jadi gitar player. Kira lagu-lagu lain mungkin aku akan dapat kuasai jugaklah. Setelah dalam 15 hari macam tu kut berhempas pulas akhirnya aku berjaya dapat 87%. Not bad not bad. Dan aku happy.

Dan yang penting aku boleh cakap dekat anak-anak aku dengan bangga, "Tengok, kalau mula-mula kita struggle tapi kalau kita usaha banyak kali dan bersungguh² mesti akan berjaya jugak akhirnya." Hahahaha.


Hobi Baru Bantu Menurunkan Tekanan Darah?

Aku rasa sekarang aku dalam keadaan yang sangat tenang. So since semalam bawak Umar pergi klinik sebab sakit mata aku mintak doktor tu tolong check blood pressure. Alhamdulillah dah ok. Adakah sebab hobi baru aku ni bagi aku rasa seronok? Hahaha.

Sebenarnya kena exercise kut tapi aku pun tak tau nak exercise apa. Nak jogging panas. Tapi aku rasa since hantar ambik Umar ni ada jugak kut macam exercise sikit sebab kena jalan jauh².

Maksud Al Fatihah


Sekarang ini lagu favourite Nawal dan aku rasa suara dia sebijik dengan suara budak yang nyanyi ni. Anyway, ini cara yang senang untuk budak belajar. Dengan lagu.

Bukan untuk budak je, untuk orang tua macam aku juga sebenarnya. And to be honest kalau ada benda yang anak-anak aku tau dan aku tak tau memang aku selamba je tanya diaorang. Sebab banyak yang aku dah lupa.

Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Nikmat Makanan Pagi

Salah satu nikmat makanan pada aku ialah bila aku makan sandwich macam Subway tu. Roti, lettuce, bawang, tomato dan timun sikit dan kena pastikan semuanya fresh campur dengan daging ke apa ke ditambah dengan sos cili, mayonis dan beberapa lagi sos lain.

Itu nikmat.

Last week aku mengada beli beef strips dengan wraps ni. Sayur-sayuran pun beli sekali. So bila Liza campurkan semua masyaAllah memang jadi sedap gila dan aku rasa nikmatnya sama macam makan sandwich.


Wraps jenama Mission ni memang sedap sangat. Beef strips tu letak satu strips pun cukup sekadar nak bagi rasa daging sesikit dan yang penting sayuran-sayuran yang fresh tu. Cili sos dan mayonis dah cukup dah.

Sayangnya takde gambar. Nanti lah kalau buat lagi aku upload. Untuk breakfast memang syoklah.

Nikmat Sekolah Kerajaan Untuk Rakyat Pertengahan

Sebagai orang yang berada di tengah-tengah memang banyak benda yang boleh buat aku naik darah. BR1M tak dapat, income tax kena 11%, rumah PR1MA tak dapat nak beli. Padahal gaji kitaorang lebih sikit je limit daripada yang layak. Berkuburlah cita-cita aku nak ada dua rumah. Pasal tax tu korang imagine ye, gaji aku lebih beberapa ratus je dan terus aku kena tax RM1000++ dan kalau gaji aku kurang sikit aku kena tax dalam beberapa ratus je dan boleh dapat refund dalam RM1000. Memang aku stress sebab lebih dari limit sikit sangat.

Aku bukan golongan pertengahan yang sebenar. Aku sebenarnya orang bawahan yang lebih sikit je.

Walaubagaimanapun negara kita Malaysia ni banyak jugak kemudahannya. Sekolah kerajaan contohnya. Di tadika anak aku kena bayar dalam RM300 sebulan tapi bila dah masuk sekolah kebangsaan takde monthly payment. Syukur kepada Allah. Nasib kitaorang kurang baik sebab takde Sekolah Agama kerajaan so kena masukkan sekolah agama swasta kalau tak kitaorang boleh senyum sebab belanja persekolahan sangat minimum. Memang aku bersyukur dan appreciate benda ni sebab bukan semua bantuan aku dapat. Oh tapi bantuan persekolahan yang RM100 tu dapat jugak hari tu. So macam two in 1 lah nikmatnya.


Anyway ini homework pendidikan seni Umar last week. Macam ini aku suka sebab subject pendidikan seni baru diluangkan sepenuh tenaga untuk buat kerja creative dan bukan subject pendidikan Islam dan matematik disuruh colouring.

Rezeki


Setiap kali aku tengok orang cakap pasal ni aku mesti senyum. Sebabnya? Sebab aku selalu lupa. Aku sentiasa doa untuk murah rezeki tapi yang aku fikir mesti rezeki dalam bentuk wang ringgit. So bila aku tak dapat kesenangan wang macam orang lain, aku stress.

Masa aku pergi interview yang aku mintak gaji tinggi hari tu, gaji yang boleh senangkan aku hidup zaman 2014 ni, aku mintak kawan aku yang sedang buat haji tolong doakan aku dapat yang terbaik dalam hidup aku. Yang terbaik not necessarily gaji banyaklah.

Bila aku tengok apa Ustaz Don cakap ni memang buat aku tersenyum dan bersyukur sebab REZEKI aku dalam bentuk lain memang aku dapat dalam jumlah yang sangat tinggi. Dan aku tau ramai tak dapat apa yang aku dapat.

Alhamdulillah, maybe ini lah yang memang terbaik untuk aku. Tapi tak boleh dinafikan duit sangat penting lah dalam zaman sekarang ni dan aku masih berdoalah untuk dapat dan tidak mengurangkan rezeki lain yang sedia ada.