Masalah Marah Aku

Mungkin orang nampak aku marah-marah di media social. Sebenarnya aku marah bersebab. Dan banyak disebabkan oleh orang lain yang tak bertamadun. Dan aku masih mahu mengekalkan sikap bertamadun aku dan aku taknak pergi ke tahap orang-orang itu.

Contoh senanglah, kalau aku park kereta di mana-mana pun aku akan park properly di dalam kotak dan pastikan kereta di tepi, belakang dan depan aku senang nak keluar. Aku manusia yang ikut peraturan dan tak selfish. So bila aku nampak orang-orang disekeliling aku yang park sesuka hati, park tegak dia ambik 3 kotak buat side parking, double park dan macam-macam lagi memang aku sakit hati dan marah.

Kalau nak jalan senang aku ikut je cara diaorang. Senang cerita, aku senang, aku tak marah. Tapi aku taknaklah "turun" ke level diaorang dan kalau aku buat macam tu dan anak-anak aku pun nanti buat macam tu jugak so sampai bila manusia ni nak bertamadun? Sampai bila baru kita dapat melahirkan generasi yang tak selfish? Macamana nak selesai masalah kalau kau sentiasa bagi contoh yang tak bagus pada budak-budak kecik.

Dan itu aku baru cerita pasal parking kereta. Belum bab orang belakang aku hon-hon marah aku suruh langgar lampu merah. Belum bab buang sampah merata-merata, belum bab orang buang sampah dalam sungai dari atas motor lepas tu dekat depan terus langgar lampu, belum bab Perdana Menteri mungkir janji nak turunkan yuran broadband, belum bab takde rebate broadband dekat income tax tahun 2014 ni, belum lagi bab orang-orang yang langgar peraturan jalanraya on daily basis tanpa rasa bersalah. Belum lagi pasal orang letak pasir selonggok depan rumah aku sampai jadi jamban kucing. Kucing-kucing aku elok je aku sediakan segala benda dalam satu bilik tetiba ada orang yang kotorkan rumah aku. Aku pun tak faham apa dosa aku pada manusia-manusia ni.

Aku tak kacau orang dan aku aku ikut peraturan. Aku marah bersebab. Ini dah tahun 2014.

1 comment:

Tokan said...

Suka sangat posting ni...tak Kira lagi Pokok yang majlis Daerah tanam depan umah kita...depan rumah kita, kita jaga siram dan bajai...depan rumah orang dia orang buang lepas tu simen boh mosek segala nak bagi cantik...apabila Pokok depan umah kita dah Besar, senang2 dia org parking kete depan umah kita...Siap memandai trim2 pokok depan umah kita Ikut kehendak dia org plk tu.....tak Kira lagi bab hon2 tu macam dia orang tuan Beso sangat, asal balik umah hon....tak Kira waktu....