Nasihat Kepada Towkay

Kalau korang ada business dan hire pekerja aku nasihatkan carilah pekerja yang ada niat untuk menguntungkan kedai kau bukan pekerja yang nak cari gaji semata-mata. Lebih-lebih lagi kalau kau takde nak mengawasi dia.

Weekend hari tu aku nak beli barang dekat hardware. Aku bagitau aku nak paip pvc sebab aku nak masukkan tube keluar air washing machine ke dalam tu dan salurkan paip pvc tu ke dalam longkang. Dia takde effort pun nak carikan paip yang sesuai cuma dia suggest beli extension instead. Padahal extension tu aku dah beli semalamnya dekat kedai dia jugak. Takpelah, tak ingat muka customer tu normallah kut. Aku dapat ilham nak buat benda ni permanent dan nampak kemaslah sikit dan tak menyusahkan wife aku.

So aku pergilah ke kedai hardware lain yang mana tokey ada dekat kaunter dan pekerja ada dekat luar. Tak sampai 10 minit aku dah dapat paip pvc aku. 10 kaki satu, 3 kaki satu dan L connector satu. Beza pekerja yang ada tokey dan takde.

 Balik rumah aku pasang dan siap. Dan aku sangat happy sebab projek aku menjadi.

2 comments:

Aziela said...

Nak tengok gambar boleh? Tak dapat imagine pula... hehehehe...

Pizli Mat Wazip said...

Hahah, alah, tempat keluar air basuhan tu saya sambung ke paip pvc dan salurkan ke longkang besar.