Bila Ada Duit Lebih Sikit Mesti Akan Ada Benda

Bulan lepas aku dan Liza adalah dapat sedikit bonus. Bila dah berfamily ni bonus bukan untuk suka-suka lagi dah. Lebih kepada family dan rumah. Macam simen belakang rumah hari tu. Dan aku ada ganti mesin basuh yang uzur hari tu.

Itu yang penting dan ditarget untuk buatlah.

Masalahnya ada benda lain yang menyusahkan kitaorang. Longkang tersumbat kena cari plumber. Plumber bukannya murah, tapi nasib baiklah buat kerja bagus. Lepas tu periuk nasi rosak, kena ganti. Lepas tu pulak kettle rosak kena ganti jugak. Hampeh betul haha.

Aku harap cukuplah setakat itu. Sekarang tinggal nak buat balancing and alignment tayar kereta je.

No comments: