Kenapa Paternity Leave Perlu At Least 5 Hari Bekerja?

Bila baby lahir memang banyak perkara ditumpukan kepada ibu dan baby itu sendiri. Biasanya peranan bapa macam orang tak berapa tahu. Ada yang bernasib baik cuti paternity dapat seminggu dan ada juga dapat sehari je. Macam aku dapat 3 hari bekerja, kira ok jugaklah.

Tapi lebih menarik kalau dapat at least 5 hari bekerja sebab:

1) Urusan pendaftaran - Benda ni tak lama, kalau nasib baik 3-4 jam boleh siap. Nasib tak baik setengah hari. Ini termasuk masa perjalananlah, bukan urusan di JPN.

2) Hantar family balik kampung - Bukan semua orang dekat dengan mak atau mentua dan bukan semua mak atau mentua nak datang rumah anak nak jaga cucu. Ramai jugak husband nak kena hantar isteri dan baby berpantang di kampung. Kalau kampung jauh at least dua hari untuk urusan pergi ke kampung dan balik ke rumah sendiri.

3) Follow up hospital atau clinic - Ada kes yang kena follow up dan biasanya selepas beberapa hari, bukan dalam masa sehari dua. Macam aku hari tu kena ambik cuti. Nak check darah untuk test something sebab lahir hari tu sample rosak. Test ini dibuat masa hari ke 5.

4) Jaundice atau Kuning - Ini memang common untuk baby baru lahir dan macam aku hari ni kena bawak baby pergi check. Walaupun bacaannya lebih 2 point je esok kena pergi lagi. Kalau takde orang nak tolong husband jugak kena ambik cuti. Aku ambik halfday je sebab cuti dah nak habis.

Itu antara yang aku boleh fikirlah sekarang ni. Maybe ada alasan lain and trust me husband pun tak cukup tidur untuk minggu pertama at least.

No comments: