Kenapa Saya Suka Nasi Lemak Yang Dijual Di Petrol Station?

Kenapa aku suka beli nasi lemak di Petronas? Hmm.. Kalau korang perasan nasi lemak yang dijual di petrol station, 7-11 dan mungkin juga di kiosk dalam hospital kebanyakkannya dia dah dipack dengan kemas. Bukan nasi lemak jelah, makanan lain macam sandwich, mee, nasi goreng etc pun ada.

Bila kemas jelaslah nampak bersih. Bila bersih kita nak makan pun happy. Kita yakin ianya diprepared dengan penuh hati-hati. Lalat tak hinggap dan tak dibiar terbuka. Biasanya makanan diaorang ni lengkap. Kalau nasi lemak tu ada ikan bilis, timun dalam amount yang sesuai.

Alasan last aku ialah makanan diaorang ni biasanya sedap. Mestilah Petronas, 7-11 dan hospital ni menyediakan standard yang patut diikuti oleh peniaga ni kan? Sebab nak jual benda yang ada orang nak beli. Aku rasalah. So semuanya jadi almost perfect, (kalau tak perfect).

No comments: