Luqman Zafran 4.4.14


Alhamdulillah lahir jugak anak ketiga aku ni. Dan memang yang paling mencabar. Mencabar sebab kena check up banyak kali dan Liza kena minum air gula, mencabar sebab turun darah seminggu sebelum, mencabar sebab nak diinduce tapi katil takde so kena ulang alik hospital pagi dan malam. Pagi datang untuk daftar nama nak masuk wad, malam untuk monitor heart beat baby semua. Oh kitaorang pilih Hospital Putrajaya sebab kitaorang suka. Dulu Nawal pun lahir sana sebab best, cuma bila best ramai orang nak dan katil takdelah.

Hari Khamis tu kitaorang bosan lepas daftar nama so aku pergi tampal gigi, lepas tu bawak Liza pergi basuh rambut dan buat facial. Petang tu hospital call cakap katil dah ada dan cakap akan induce Liza hari Jumaat pagi. So bergegas pergi dan pukul 7pm pun sampai. Bila dah settle daftar kami tiga beranak pun balik.

Sepanjang process ni aku terfikir nak ambik mak aku masa tu jugak dan bukan lepas Liza bersalin just in case Liza bersalin malam tu naturally. Naturally as in tak payah induce. So aku pun decided nak ambik mak aku dekat rumah adik aku. Nasib lah Putrajaya dengan Saujana Putra tak jauh. Ambik mak, makan-makan dalam pukul 10pm sampai rumah. Mak aku dari Perak sedang datang Klang Valley ni melawat rumah anak-anak dua minggu dan stand by untuk jaga Liza jugaklah sebenarnya. So aku tidurkan anak-anak aku dengan mak aku, cakap "Esok pagi Ayah nak pergi tengok Mama yang nak diinduce." Setelah process nak tidurkan diaorang selesai aku pun masuk bilik aku. Dah lah susah pulak tu nak tidurkan. Aku pun susah nak tidur sebenarnya.

Tetiba Liza sms cakap bolehlah datang, air ketuban dah pecah. Masa tu pukul 12.17am. Aku siap-siap dan sampai ke wad bersalin dalam pukul 1am macam tu. Sampai-sampai je Liza dah ada lah dalam labour room tu. Masuk je doktor tu cakap "Dah 6cm, saya rasa tak lama ni." So aku pun duduklah, dan dalam 1.50am macam tu Liza sakit sangat so tekan button panggil nurse bidan semua, tapi tak boleh dan orang tu pun cakap baby tak turun lagi.

Dalam pukul 2am sakit teruk lagi dan panggil lagi tapi kali ni memang baby dah nak keluar. Compare dengan Nawal memang aku nampak kali ni susah gila Liza nak push. Ada lah dalam 4-5 kali push yang gila-gila. Ada satu push tu keluar kepala dan satu push baru keluar baby. Masa Nawal dulu dua kali je push gila-gila.


Anyway baby besar sangat aku tengok, patutla susah. 3.78kg to be exact. Semua orang cakap besar. Apa-apa pun walaupun ini yang paling sakit aku tengok tapi Alhamdulillah sekejap je dah bersalinnya. Dalam sejam sampai dah keluar. Dan nasib baik tak kena induce semua. Elok je lahir macam biasa. Ramai orang cakap tarikh dia lahir cantik. Dah lah nombor katil pun 14 haha. Dan keputusan aku ambik mak aku awal tadi memang betul. Nasib baiklah instinct aku kuat.


Dalam pukul 5am aku balik rumah nak menyiapkan Umar pergi sekolah. Macam kelakar je sebab diaorang tak sedar aku pergi hospital dan balik rumah sekali tunjuk gambar adik dah keluar. Siap ada video pesanan dari Liza jangan nakal. Nawal dipontengkan tadika. Aku pun cakap kat Liza aku hanya akan sampai petang sebab nak solat Jumaat ambik Umar sekolah semua. Haru jugak kalau bersalin time dia kat sekolah. So boleh dicakapkan lahir tengah malam ni memudahkan segala urusanlah sebenarnya.

So petang tu boleh keluar. Bermulah episode baby menangis nak susu. Aku pun tak cukup tidur ni. Nasib baiklah mak aku ada tolong semua benda. Oh Mak Liza takde dia pergi Umrah so itu aku cakap mencabar baby kali ni hehe. Anyway, semua dah settle dah, doakan semua anak-anak aku jadi manusia yang berguna kepada keluarga dan agama. 

4 comments:

Cik Puan Rann said...

Tahniah Pizli!

pB said...

tahniah
tahniah

cantik tarikh lahirnya ...

semoga Liza berpantang dengan jayanya

Pizli Mat Wazip said...

Terima kasih semua.

Mohd Fadli Ali Anui said...

Tahniah.. size lebih kurang mcm anak aku aritu... bam bam.. hihi