Powder Coated Main Gate - CTK Iron Works Review

This review is in Bahasa Melayu and it is more like a story from me to you.
_________________________________________________________________________________
Liza punya cita-cita tahun ini ialah nak mengganti gate yang dah bengkok dan rosak sebab terlanggar. Budget dia lah. Sepatutnya pasang tiles dekat porch dulu tapi sebab gatenya dah nazak terpaksalah ganti dulu. Aku setakat mencari contractor yang efficient dan bagus. Bagus bermaksud, kalau ada website or FB page, aku tanya dan terus jawab, siap bagi harga. Bukan ada website tapi email pun tak reply.

So aku terjumpa CTK Iron Works yang balas FB Message aku dalam masa beberapa jam dan terus bagi harga. Since dia pun dari Kajang senanglah nak deal. Aku janji kat dia kalau dia boleh buat on time dengan kualiti yang bagus aku akan buat review. So dia buat dengan bagus jadinya aku pun kenalah buat review.

Powder coating is a type of coating that is applied as a free-flowing, dry powder. The main difference between a conventional liquid paint and a powder coating is that the powder coating does not require a solvent to keep the binder and filler parts in a liquid suspension form. The coating is typically applied electrostatically and is then cured under heat to allow it to flow and form a "skin". The powder may be a thermoplastic or a thermoset polymer. It is usually used to create a hard finish that is tougher than conventional paint.

Kira apa yang Chen cakap pada aku dia tahan 15 tahun compare dengan cat pada wrought iron. Asalnya kitaorang nak buat wrought iron biasa tapi dia berjaya menghasut kitaorang dengan tahan 15 tahun tu. Marilah kita tengok, ok ke tidak.

Pandangan dari dalam.

Pandangan dari luar.

Aluminium panel corak macam kayu, dia skru kemas, pandangan luar.

Bunga-bunga. Kalau bukan powder coat bolehlah suruh kaler gold ke apa ke kut. Aku taknak sebab nanti nak kena cat lepas setahun dua. Simple je designnya pun. Janji ada gatekan? Kang fancy sangat makin mahal pulak kut.

Aluminium panel dari dalam.

Kunci untuk main gate dan pintu kecil. 

Ok, kunci bawah ni akan buat gate ini tidak boleh di force open. Aku tak retilah nak explain tapi pada aku features ni bagus. Dia macam akan lockkan walaupun kunci atas tu berjaya dibukak.

Pintu kecik yang sangat berguna pada aku.

Communication: 10/10
(Reply email, bagi quoatation, call bila nak datang)

Timing: 10/10 
(Janji 3 minggu, less than 2 minggu dah siap, less than seminggu buat gate, less than seminggu powder coat)

Quality: 10/10 
(Pada mata aku semua eloklah barang-barang dia)

Workmanship: 10/10 
(Pun bagus dan mahir)

Overall: 10/10

FB Page: CTK Iron Works
Contact Number: 012-653 1708
Email: ctk1231@yahoo.com

Mentionlah nama aku ye kalau korang nak guna service dia. Mana tau nanti dia bagi aku discount bila nak buat pergola ke haha.

Next project buat auto gatelah dulu. Lepas tu baru buat tiles kalau ada lebih. Orang macam kami ni setahun satu dua project je boleh buat. Tak dapat nak renovate besar-besaran macam orang lain. Apa-apa pun Alhamdulillah, adalah nampak benda sikit-sikit.

1 comment:

Lord Voldemort said...

Buat autogate kena sekali dengan tilekan porch rasanya. Sebab kau kena concealkan auto gate punya wiring.