Rocksmith Bass!


Aku hari tu bila dah score banyak main lead lagu Knights of Cydonia Muse terperasan yang chord lagu tu sebijik-sebijik. Kira fret by fret. Kalau lead yang lain kadang-kadang satu chord tiga empat fret. Boleh je kalau nak main tapi ambik banyak masa. Kira satu lagu kena ambik seminggulah kut.

Lepas tu since aku jenis takde banyak masa tapi nak jugak sesangat main gitar aku trylah main bass. Sekali dalam masa dua sejam dua je aku terus master gila-gila. Sebab bass memang 99% rasanya main fret by fret. Dan aku terus jatuh cinta dengan bass.

Bayangkan bila habis main announcer tu cakap "You're going to be a superstar!". Hahaha. Itu tak penting sangat, yang pentingnya aku memang suka gila main bass ni. Rasa puas dan gila baby enjoy!

So birthday aku next year tolong belikan aku bass guitar ye. Sebab sekarang aku emulate gitar biasa jadi bass. Kira kurang umpphlah. Hehe.

No comments: