Susah Sebenarnya


Disebabkan dua-dua anak dah bersekolah Liza kena berpantang dekat sini je lah. Sebenarnya susah orang baru bersalin ni. Diri sendiri nak pulih dari bersalin dan adjust badan selepas mengandung 9 bulan lepas tu nak jaga baby lagi. Baby ni bukannya macam budak empat tahun. Yang dia tahun menangis, susu, menangis, susu. Hahaha.

Sekarang mak atau mak mentua aku dah takde so semua kena buat sendiri. Pagi-pagi dah busy nak menghantar anak, nasiblah sekolah dekat. Dan macam-macam benda lagi lah. Lagi satu jaundice hal jaundice ni nak kena bawak ke klinik walaupun tak teruk. Dua kali kut Liza kena bawak kereta sendiri sebab aku tak bolehlah nak cuti. Nasib dah ok.

Kira mental kena kuat gila lah. Kalau tidak memang boleh down. Aku rasa sebelum Liza masuk kerja nak pergi bercuti je. Bercuti berehatlah. Tepi pantai ke hehe.

No comments: