Terima Kasih Banyak Emak

Hari ini genaplah seminggu mak aku ada dekat rumah aku dan petang ini dia nak pergi ke rumah adik aku dan esoknya ke rumah abang aku sebelum balik ke kampung hari Sabtu ni. Tujuan asalnya ialah nak melawat anak-anak tapi terlebih ke rumah aku pulak sebab dapat baby dan mak mentua aku takde.

Mak aku memang yang paling best in the world. Dia kemaskan rumah kitaorang sampai jadi macam rumah baru. Dia masak. Dia basuhkan kain. Dia mandikan dan siapkan baby.

Sekarang ni waktu lunch aku ambik Umar lepas tu makan dulu dekat rumah, selalunya makan tapau je tapi ini mak aku yang masak. Memang aku makan dua pingganlah everytime. Lepas ni dah takde lagi dah. Sedih gila. Dan sepanjang aku bekerja mana pernah dapat macam ni sebab belajar je aku dah merantau. Pagi ni aku siap bawak bekal nasi goreng.

Memang aku rasa nak nangis pun tulis ni. Terima kasih banyak-banyak mak.

Aku tau mak aku ahli syurga.

No comments: