Update Kehidupan

Liza berpantang dekat rumah sendiri sebab Umar dengan Nawal dah sekolah. Dah dekat dua minggu dah. Since first day Luqman Zafran lahir ada mak aku, nenek dan mak Liza bantu. Tapi hari ni lastlah sebab mak Liza nak balik Keramat dah.

Aku rasa kitaorang boleh je manage. Asalkan Luqman tak bangun awallah. Kalau bangun awal kelam kabut sikit. Tapi rasanya boleh handle kut. Doakan kami berdua ok dalam menguruskan anak-anak. Dan tak stress.

Sekarang ni tengahari aku akan balik dan makan dekat rumah. Masalahnya bila makan dekat rumah ni nasi tu boleh ditambah kalau dah cukup dan kalau siang malam makan bertambah aku rasa habis 2 bulan Liza cuti ni memang boleh mengembang aku.

Cakap pasal cuti ni aku rasa bestnyalah kalau mampu wife tak payah kerja. Rasanya macam aman je. Tapi itulah lifestyle kitaorang sekarang memang memerlukan dua-dua bekerja. So bertabah je lah.

No comments: