Anak-anak & Wife di Keramat


Nampak macam baik je duduk rumah nenek.

Al-Reef Middle Eastern Restaurant - Nasi Arab Yang Sedap

Alamat; Al Reef Restaurant, Shop No.6, Ground Floor, Jalan TTS-2, Taman Tasik Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
017 232 4923 / 03 87509364

(Ikut Jalan Broga, dekat Taman Tasik Semenyih - mungkin boleh call before datang kut lah tetiba tutup naya, Broga ni dah lah hulu banat)

Aku antara penggemar makanan arab. Lamb lah especially. Siapa sangka dekat Jalan Broga yang ulu ni ada kedai masakan arab yang sangat sedap the best in the world. Tak perlu aku pergi KL ke mana ke.

Aku biasa makan mandy lamb, tapi semalam aku makan Khabsah Lamb. Sedap jugak. Chicken dia sedap jugak. Kebab dia sedap jugak. Semualah sedap. Kalau korang pergi makan nasi try mintak kuah kari dia je. Kuah kari dia pun sedap.




Portionnya besar, harga dalam RM20 ke bawah untuk makan seoarang. Mungkin mahal pada sesetengah orang tapi trust me, ianya berbaloi! Mintak Regular sudah, mintak half pengsan korang nanti.

Mintak Tolong Vote Gambar Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan yang disayangi. Ceh nak mintak tolong terus cakap sayang. Tolong votekan gambar saya di page Fitness First Page Ni. Sebenarnya kena Vote hari-hari selama seminggu tapi dapat Vote sekali pun ok kut. Terima kasih banyak.

1) Mula-mula login ke Facebook dan click link ini (rasanya dekat computer je kut yang boleh, phone tak boleh):

https://www.facebook.com/fitnessfirstmalaysia/app_245624865628469

2) Lepas tu tekan Like


3) Lepas tu tekan Gallery dan scroll down


4) Pergi ke Page 5 dan Vote Gambar Saya


Terima kasih banyak.

Al Fatihah Untuk Almarhum Sultan Azlan Shah

Sebagai rakyat Perak yang seumur hidupnya tahu ada seorang saja Sultan aku agak sedih bila Almarhum Sultan Azlan Shah ni mangkat.

Sultan Azlan Shah ni pada pandangan aku sangat suka hoki, educated dan sudah pastilah yang paling handsome. Aku tak tau jiwa rakyat dia macamana sebab aku tinggal dekat Sungkai. Orang Kuala Kangsar or Ipoh taulah kut.

Ada classmate or kawan University dia dulu pernah buat talk dekat Nottingham sini. Makcik (ke nenek?) tu cakap first time dia tengok Sultan Azlan dia ingat semua orang Melayu devilishly handsome macam tu haha.

Apa pun sedekahkan Al Fatihah. Unexpected sebenarnya sebab tak tau pun dia sakit.

Happy


Aku minat lagu-lagu lama, Radiohead, Smashing Pumpkins, The Cure dan Cake antaranya. Lagu-lagu diaorang ni kena beli. Dalam 3 USD untuk didownload ke PS3. Aku dah cerita hari tu yang gitar aku putus satu tali lepas tu takde masa nak ganti aku main bass (guna emulator) di Rocksmith. Sekarang aku lebih nak cerita pasal perasaan.

Aku takde masa sebab dah ada anak 3, so dalam aku belajar 3 bulan ni main lead yang aku betul-betul power pun baru dua lagu. ryhtm satu lagu, dan bila aku main dua teknik ni instead of rasa happy aku rasa seksa. Tapi bila aku main bass rasa dia lain macam. Macam syok je dengar bunyi² bass yang tebal. Dia macam bagi aku satu perasaan yang sangat happy.

Happy macamana? Ingat tak first week kau bercinta dengan awek kau? Kau ingat tak perasaan dia macamana? Ha macam itulah aku rasa, everytime ada lagu baru yang aku baru mahir mesti aku rasa macam itu. Malam tadi aku main Never There dari Cake, dia memang tak complicated macam kau main lead lagu Creep Radiohead tapi puas dia tu lain macam.


Pelik?

Peduli apa aku pelik ke tidak, janji aku happy hahahaha. Dan seriously kalau aku ada duit aku sanggup nak spend banyak untuk beli bass yang bagus.

Lawak Hari Ini


In Action

Ini lebih untuk aku simpanlah, bukan untuk orang lain tengok. Abaikan.









Seronok benda-benda ni sebenarnya tapi biasalah aku ni pemalas.

Seronok Jugak Main Kinect Xbox Ni

Aku dalam hati sebenarnya memboikot Xbox sebab dia macam susah sikit nak berurusan compare to PS3. Macamana nak cakap ye, ha Sony setiap negara ada supportnya, official lah. Microsoft kalau bab Xbox ni takde dekat Malaysia.

Tapi since benda ni free aku main je lah. Nama game ni Kinect Adventures, seronoklah main dengan family dan dalam diam terus jadi macam bersenam pulak. Adalah anak-anak aku bergerak sikit. Tapi maybe kena cari game lain jugak sebab knowing me, mesti aku cepat bosan nanti.

Macam biasa layan gambar untuk korang dapat idea. Masa korang main kinect tu ambik gambar korang.





Sebenarnya Xbox 360 dan PS3 dah ketinggalan zaman, sekarang dah masuk zaman Xbox One dan PS4. Kalau korang nak beli, beli lah yang latest edition. Untuk aku PS3 dan Xbox 360 ni masih ok. 4-5 tahun lagi pun ok.

Pendapat Saya Mengenai Coklat Cadbury Yang Tidak Halal (Dan Mungkin Pendapat Orang Lain Juga)


Disclaimer: Anda tidak perlu bersetuju dengan pendapat saya.

Sebelum apa-apa aku nak tanya soalan:
1) Cadbury ni serious ke tidak nak menjual makanan halal?
2) Ujian Kementerian Kesihatan Malaysia ni bertarikh 27 February 2014, dan aku tau pasal benda ni on the 24th May, korang memang ada 3 bulan untuk baru nak umum ke? Korang memang tak rasa bersalah tak bagitau orang makan benda tak halal dalam masa 3 bulan tu?
3) Kenapa baru nak buat official statement lepas benda ni tersebar dekat social media? Aku tau daripada Whatsapp. Ye memang ada official statement mengesahkan benda ni. Bukan kecoh dekat social media je.

Pada aku Cadbury patut ada internal panel dia sendiri, buat ujian sendiri dulu bukan tunggu KKM or JAKIM buat ujian. Bila sendiri buat test bahan yang dia guna barulah jual. Ini dah jual barang, orang lain dah makan, KKM dah buat test, JAKIM dah buat test baru nak tarik balik?

Pada KKM, sepatutnya bila dah ada keraguan, andai kata nak buat further test bila dapat first result tu patut dah umumkan pada pengguna, supaya hold dulu jangan beli ke apa ke. Suruh kedai simpan jangan jual ke. Ini kau simpan selama 3 bulan apa sebabnya? Ke kalau tak terlepas ke social media korang nak diamkan je? Nak deal dengan Cadbury settle senyap²? Kesian dekat Cadbury?

Sorrylah, pada aku kalau kau serious nak buat kerja kau patut jaga kepentingan pengguna dan bukan kepentingan company. Aku rasa macam korang tak kisah pun pasal kepercayaan kitaorang pada orang yang bertanggungjawab. Kesiankan Cadbury takut customer lari? Jangan buat lawaklah! Diaorang company besar dan takde masalah andaikata diaorang nak berniaga makanan tidak halal pun sebab ramai je pengguna yang tak perlukan makanan halal. Cadbury takkan bangkrap. Ada je market.

Ini pasal issue percaya pada Cadbury, pada JAKIM yang bagi logo halal dan pada Kementerian. Isu TRUST. Kitaorang percaya korang buat kerja tapi sebenarnya tak buat betul-betul lepas tu lambat nak bagitau.

Perangai sebijik macam pemain badminton sorang tu, main macam celaka satu dunia tengok kat TV lepas tu mintak maaf cakap dah main bersungguh-sungguh. Boleh blahlah korang.

P/S - I don't get that high (kalau menang) but I get very low (bila kalah). #postthomascup

M6 Fun Ride 2014

Semalam berlangsung M6 Fun Ride untuk pertama kali. Pada aku dengan bayaran yang hanya RM15., semuanya perfect dan ikhlas dari hati aku cakap organiser memang dah lakukan yang terbaik. Terhebat. Aku seronok je lah sebab 15KM je pun, takdelah nak pengsan ke apa. Lagipun itu memang route aku masa aku rajin bawak basikal dulu cuma terbaliklah.

Oklah layan gambar je lah.






Milo tu tak sesedap macam aku minum masa kecik-kecik dulu. Maybe recipenya dah lain. Tapi bercawan-cawan jugak aku minum, lepas rindu. Lepas tu ada jugak lucky draw, memang best cuma aku je lah tak lucky walaupun ada 41 hadiah haha. Ke 51? Takpelah, aku harap next year ada lagi, bayar lebih pun takpe kut.

Alhamdulillah. Fear Factor Malaysia Online Contest Grand Prize Winner.


Tadi aku pergi collect Xbox 360. Alhamdulillah siap ada Kinect tu. Yang kelakarnya zaman aku nak PS3 dulu tak menang-menang sekarang dah ada PS3 dapat ini pulak. Rezeki datang aku taknak tolak. Aku ambik je. Memang ini hadiah paling besar aku pernah dapat.

Aku rasa aku ada OCD towards joining contest so aku rasa aku takkan stop. Lagipun aku perlukan Peti Ais baru haha. Oh aku ada 8 passes ke escape room tapi adik ipar aku dah book, aku bagi je lah diaorang.

Anyway thanks Fear Factor Malaysia and thanks Astro. Lama dah aku jadi pelanggan ni.

Azam Tahun 2014

Aku sentiasa berdoa dimurahkan rezeki tapi kadang-kadang bila ada rezeki nak datang aku ada jugak tolak sebab susah nak buatlah, tempat jauhlah dan macam-macam alasanlah lagi. So jadi macam tak betullahkan? So tahun 2014 ni aku berazam aku taknak tolak rezeki dari segala bentuk. Apa yang orang nak bagi, apa offer yang ada aku ambik. Semalam ada kawan office bagi jersey world cup 2006 ori, beli dari UK pulak tu. Dia tak pakai sebab besar. Aku ambik je lah, taknak banyak soal. Terima kasih banyak, boleh aku pakai petang-petang.

Bakat Yang Akan Menitikkan Airmata Anda


Kalau pagi tadi aku cerita pasal pelajaran, sekarang mari kita tengok bakat. Tengok budak-budak ni, pada aku kalau kau ada minat tak salah kau nak teruskan. Yang penting, jaga akhlak, jaga diri, jangan lupa family dan agama.

Dan plus point untuk budak-budak ni kalau korang perasan, masa bercakap dan jawab soalan pada judges diaorang sangat polite.

Markah Periksa??

Aku selalu ingatkan Umar yang kalau nak hidup gembira di rumah, dia perlu dapat 90 markah dalam semua paper yang diambil. Kira kalau target 90 tapi dapat dalam 80++ kira masih A lah kan? Kira dapat A tu dah cukup baguslah kan?

Tidak!!

Dalam kelas dia, orang dapat 90 tu biasa sangat. Dapat 100 pun ada. Dan soalan dari PPD bukan soalan sekolah buat. So far dia ada lah dapat markah 80 ke atas dan 90 ke atas. Takdelah bawah 80 lagi tapi itu cuma perkara biasa je untuk budak-budak zaman sekarang. Senang kacang. Kalau kau dapat A semua matapelajaran mungkin kau masih yang paling teruk dalam kelas.

Aku pressured to be honest. Competitive sangat. Aku rasa aku masih setkan 90 tu je lah tapi maybe sebelum exam kena study. Hari tu aku biar kan je sebab malas nak beria suruh budak darjah satu gila-gila masa nak exam. Lepas ni maybe kena ulangkaji sebelum exam.

Walau bagaimana pun quote di bawah patut difikirkan oleh semua orang termasuk kementerian. Hahaha.

"If the purpose for learning is to score well on a test, we have lost sight of the real reason for learning." - Jeannie Fullbright

Macam Biasa Bila Takde Idea Aku Share Lagu

15% Adidas Voucher - Hanya Di Adidas Online Shop


Kepada sesiapa yang berminat hendak membeli barang-barang Adidas dengan potongan 15% sila ke online shop diaorang. Offer ini hanya seminggu je. Ahad ni habis (25hb May 2014). Click link di bawah untuk ke Adidas Online Store dan gunakan voucher code di bawah juga semasa checkout. Cepat jangan terlambat.



REF1-PYJST5 (voucher code)

Dont Break Her Heart!

Dengan Nawal ni walaupun aku garang tapi aku rasa aku tak pernah hampakan dia. Aku tak boleh bayangkan kalau dia kecewa. So siapa yang hampakan dia aku akan belasah.

Hadiah Paling Besar


Ok sebenarnya, aku takdelah "perlukan" benda ni sebab aku dah ada PS3, tapi so far ini lah hadiah paling besar sekali dalam sejarah. Alhamdulillah, dan terima kasihlah kepada sesiapa yang berdoa lepas baca post aku semalam. Perlu tak perlu aku taknak tolak rezeki.


Masa aku call baru dia cakap aku grand prize winner.

Contest

Aku masih tak putus asa untuk masuk contest. Sekarang aku tengah aktif masuk contest hadiah besar-besar dan aku perlukan hadiah-hadiah tu. Senang cerita aku perlukan peti ais baru yang besar haha. Tolong doakan aku menang.

Pesanan Tun Hasmah

Aku ambik pesanan ni from blog http://barelysupermommy.com/2014/05/16/pesan-tun-hasmah/

Somehow pesanan dia macam aku akan sendiri pun akan pesankan pada orang.

“Jaga anak-anak, don’t miss the chance of seeing them grow. They grow up very fast”

Nice.

Give Me A Shot At The Night, Give Me A Moment, Some Kind Of Mysterious

Saya Dan PIBG


Dari kalangan ibu bapa rasanya aku yang paling muda dalam Jawatankuasa PIBG sekolah anak aku. Honestly aku tak pasti pendapat aku akan diterima atau tidak. Dah lah ini anak sulung dan darjah satu. Tapi ini cadangan aku.

Dana

Untuk dana seeloknya buka account dulu dan pastikan orang boleh menyumbang dengan mudah. Orang nak bayar yuran PIBG pun senang. Kalau nak mintak sumbangan orang boleh bagi dengan laju, walaupun sedikit.

Komunikasi

Ini adalah benda yang paling penting sekali. Buat pelbagai channel untuk menyampaikan maklumat dan lebih penting lagi kalau channel itu percuma. Email, SMS, FB, Twitter, Instagram dan apa jelah tapi pastikan official. Informasi yang tepat dan up to date dapat mengelakkan kekeliruan. Kita boleh explain macam-macam. Mungkin limitkan feedback, maksudnya sebarang pertanyaan hanya melalui email sahaja yang akan dilayan. Dan email juga memudahkan orang yang nak hantar resit etc.

Ceramah

Ceramah Agama
Boleh jemput sesiapa untuk bagi ceramah sekadar bagi ingatan pada pelajar.

Ceramah Hobi
Boleh jemput sesiapa atau aku sendiri boleh cerita pasal blogging tapi lebih kepada pelajar untuk sharing minat diaorang di internet. Suka main lego ke, buat project sains ke. Distract budak-budak dari benda tak berfaedah
.
Ceramah Disiplin
Jemput je polis terus untuk buat talk dan apa orang panggil showcase dekat sekolah. Tunjuk je benda tak elok dan hukuman. Zaman 2014 ni budak-budak lagi advance jahatnya.

Ceramah Kesihatan
Korang boleh fikir sendiri.

Aktiviti

Aktiviti Kerohanian
Majlis berbuka puasa dan solat Terawikh. Baca Yassin dan solat Hajat.

Aktiviti Sukan
Guru-guru versus ibu bapa ke contohnya. Untuk mengakrabkan hubungan antara guru dan parents.

Kotak Jujur (Cadangan Kawan Aku)
Sesiapa ada terjumpa barang kepunyaan orang lain boleh dihantar ke sesuatu tempat. Tulis nama siapa yang jumpa dan cikgu bagi small token. Nak melatih anak jadi jujur. 

Dah pukul 1.04am dan somehow aku dah habis idea. Honestly aku tak sabar nak meeting. Bring it on! Aku kerja pun dekat University layan user so aku rasa aku boleh ambik portfolio communication dan teknologi ni.

Frozen


Aku rasa sesiapa yang ada anak perempuan ataupun korang sendirilah tak kira lelaki atau perempuan mesti aware pasal cerita dan lagu Frozen ni. Anak aku si Nawal aku rasa dah ulang 50 kali kut tengok DVD nya.

Sekarang ni level dia dah up sikit instead of menyanyi dia ajak aku berlakon pulak. Dia suruh aku tutup pintu dan dia nyanyi lepas tu suruh aku cakap "Go away Anna" dan dia akan jawab.. "Ok bye.."

Hmmmm.

Boleh Tak Kalau Aku Nak Ambik?


Aku rasa semua orang dah tau yang aku suka makan bunga kantan yang diletakkan dalam masak asam ikan. Dan aku rasa ramai jugak tahu yang aku marah harga bunga kantan mahal.

Ok, aku ada nampak satu rumpun bunga kantan dekat rumah aku yang ditanam di luar rumah dan di tepi longkang. Kira tak boleh nak tau siapa yang tanamlah. Dan aku nampak bunga kantannya sampai kembang-kembang busuk takde siapa yang ambik. Aku mestilah rasa benda itu membazir.

Soalannya boleh ke aku nak ambik macam itu je? Obviously pokoknya di tanam di tanah awam bukan dalam kawasan rumah orang dan aku tak tau siapa yang tanamnya.

Masa aku jogging petang pun aku nampak banyak buah-buahan yang terbiar dan terbazir macam itu je. Buah jambulah, manggalah, delimalah. Again, di luar rumah. Kenapa tanam kalau taknak makan? Aku tengok jambu air tu macam sedap je. Kalau aku ambik nanti orang cakap aku mencuri pulak.

AJK PIBG



Ada orang calonkan aku dan ada pulak yang menyokong. Aku semangat betul nak berkhidmat, sampai tua pun takpe haha. Cuma masalahnya aku memang takde pengalaman, anak pun baru start sekolah tahun ni. Yang aku nampak dekat whatsapp Ibu bapa usulkan benda manakala pihak sekolah cari dana untuk benda-benda.


Doakan aku dapat membantu dengan bagus.

The Internship


Masa aku tengok trailer cerita ni aku betul-betul nak tengok tapi ntah macamana terlupa langsung nak beli DVD ke apa. Tapi nasib baik Fox Movies tunjuk hari Sabtu lepas.

Cerita ini takdelah kelakar sangat sebenarnya cuma message yang nak disampaikan sangat kuat. Memang sesuai sangat dengan kehidupan zaman sekarang yang mana kita tengok phone je 24 jam dan macam-macam lagilah sampai tak pandai berkomunikasi in real life. Macam aku lah dekat blog sembang lebat tapi bila ramai-ramai aku lebih banyak diam je kut. (kecuali kawan betul-betul rapatlah)

Kadang-kadang sebab dengan teknologi online sangat kita missed benda-benda yang lebih menarik in real life.


Ada satu scene yang mana diaorang convincekan satu kedai pizza ni untuk advertise dekat Google. Diaorang suruh bukak francise baru, explore benda baru. Scene tu betul-betul macam diaorang cakap dengan aku. Aku dah terlalu selesa dekat sini sampai aku takde rasa nak berubah tukar angin, cuba kerja baru semua.Entahlah.

Air Tangan Mak

Sabtu hari tu aku teringat nak makan ayam masak merah mak aku. Lepas dapat recipe aku pun buatlah. Aku rasa aku punya ayam masak merah tu lagi sedap dari mak aku punya hahaha tapi apa pun aku nak sama rasa macam mak aku.

Nampaknya betullah cakap orang pasal air tangan ni. Mungkin guna recipe yang exactly sama pun belum tentu rasanya sama. Ha hari ni cuti nak mintak wife aku masak kari kambing tak letak santan. Kalau pasal kari, mamak dari India pun kalah kalau wife aku masak.

Again, maybe sebab air tangan.

Saya Dan Sukan


Sebenarnya sports sentiasa akan buat aku happy. Kalau kalah pun happy sebab kerjaya aku bukannya atlet. Masalahnya aku nak bersukan tu sendiri yang berat sangat. Malas sangat nak bergeraknya tapi once dah main tu memang seronok je lah. Anyway aku dah hilang 4kg without even trying. Bukan sebab sukan tapi rasanya sebab hal hantar ambik anak-anak sekolah rasa²nya. Kalau hilang lagi 10kg memang jadi handsome terus. Hahaha.

Tak Boleh Ke Kau Happy Je Dengan Kemenangan Orang?



Aku layanlah jugak cerita Fear Factor ni kadang-kadang. Bila aku tengok Erin ni menang aku happylah jugak. Aku takde masalah pun dengan dia compare dengan benda negatif cerita dekat internet, in fact lepas aku tengok Fear Factor ni aku macam suka je dia.

Masalahnya sekarang ialah bila diaorang menang ramai orang komen tak puas hati, condemn bertekak. Eh sebenarnya segala benda pun macam inilah. Sukan, politik, makanan, jenayah. Kenapa penuh kebencian sangat diaorang ni?



Tak boleh ke kau happy je dengan kemenangan orang? Susah sangat ke kau nak cakap Congratulations!!

Biar Berjaya Di Pengakhiran Bukan Hanya Di Permulaan

Sabtu hari tu aku kena pergi sekolah Nawal untuk perjumpaan ibu bapa lah nak bagitau pasal perkembangan anak-anak. Alhamdulillah semuanya cikgu tulis sangat baiklah si Nawal ni, belajar, sikap sampai macam dah jadi leader untuk kelas dia. Positif-positif je lah senang cakap. Alhamdulillah.

Yang negatif pun ada dan aku dah tau. Tapi negatif sebab competitive level dia sangat tinggi. Nantilah dah besar sikit nak kena bagitau kena relax-relax sikit ye cik.

Anyway, aku memang terus terbayang diri aku sendiri lah. Aku masa kecik dulu pun hebat tapi lepas tu aku rosak. Semua benda hancur. Dan aku taknak anak-anak aku jadi macam tu. Ada potential tapi salah gunakan. Dan kenapa aku suka duduk rumah tengok anak-anak aku dan kurang bersosial adalah sebab ini lah.

Aku nak anak-anak sentiasa berjaya, aku taknak diaorang gagal di tengah jalan. Aku nak diaorang berjaya dengan cara yang betul. Doakan tiga-tiga anak aku jadi somebody yang berguna dan berjaya ye. Amin.

Aku end up not bad jugaklah tapi jalan aku lain. Tak normal. Aku nak anak-anak aku perjalanan diaorang normal macam korang.

Something Worth Watching


One of the best arguments against people who claim Islam as a religion of war.

Islam Itu Benar Full Stop!

Aku kadang-kadang marah betul orang suka share gambar awan lah, ikanlah yang ada tulis kalimah Allah. Pada aku awan tu bergerak-gerak dan ada possibility untuk terbentuk jadi apa benda pun. Kalau dia terbentuk benda pasal agama lain kau nak cakap agama dia betul??? Ikan semua tu pulak pada aku process mutasi yang sampai tak payahlah nak taksub sangat.

Islam itu benar, full stop! Kita ada Al Quran. Dalam Al-Quran dan tulis macam-macam dan Al-Quran dah ada di muka bumi ni dah lama dah. Dah cerita macam-macam yang pada masa itu teknologi yang ada tak dapat nak provekan.

Meh, aku share video yang sendiri harap boleh buat tapi aku bukan saintis. Tengok jangan tak tengok.




Kalau tak boleh tengok click sini je lah. CLICK

By the way hukum hudud ada dalam Al Quran. Dan cakap pasal hudud ni apa ke jadahnya bila pemimpin, aku malas nak sebuat perkataan S _ L _ _ N ada klausa khas dalam hukum hudud. Nak hukum, hukumlah semua tak kira darjat. Apahal ada exception pulak???

Kelam Kabut

Semalam aku terlupa nak ambik Umar pukul 12.20. Aku macam dah lost pasal hari dan tarikh sebab kelam kabut ni. Biasa dia balik pukul 12.50. Bila aku sampai aku nampak dia dah nak berjalan balik ke rumah dan andaikata aku lambat sikit aku pasti dia akan kena langgar dekat roundabout rumah aku.

Aku menyesal sebenarnya sebab aku terlupa dan macam. Tapi aku marah jugak dia sebab dia tak tunggu je dekat bus stop rumah tu. Sekolah ni Khamis dan Jumaat balik awal.

Aku rasa tahun depan dia kena van lah. Aku tak boleh cope.

Pasal Liza berpantang di rumah sendiri ni memang kelam kabut sikit sebab takde mak membantu tapi somehow aku rasa lebih happy. Mungkin sebab rumah sendiri kut. Kalau tidak nak kena menumpang rumah mentua tu rasa leceh sikitlah. Cukuplah kut anak tiga. Haha.

Tolong Menolong

Bila aku tolong korang please jangan ingat aku hendakkan balasan. Benda yang aku tolong biasanya memang benda yang aku mahir dan boleh buat. Bila aku tolong aku sememangnya ikhlas dan most of the time aku akan lupa terus lah benda yang aku tolong tu. Kalau aku tak boleh tolong memang aku tak boleh tolong.

Please jangan terhutang budi dengan aku. Please.

Tapi untuk adik kecik aku, aku tak peduli, kalau dia dapat bonus 12 bulan bila kerja bank nanti aku nak pau dinner TGI dan PS4 satu. Kalau dia tak bagi aku ungkit segala dan cuba ingatkan apa yang aku pernah tolong dia. Wahahahahaha.

Seriously tak banyak benda yang aku boleh tolong orang di dunia ini. Jadi bila ada benda yang aku boleh tolong aku akan happy menolong. InsyaAllah.

Kesilapan Anda Dalam Meminta Derma

Nak tau apa kesilapan kau, kau, kau dan engkau dalam meminta derma??? Meh aku cerita.

Ini untuk kes yang aku nampak benda itu memang perlukan sumbangan. Bukan scam yang menipu orang.

Kalau lu nak mintak derma adalah lebih baik kalau lu bukak satu account untuk derma tersebut atau lu boleh je bagi lu punya nombor account. Kan Maybank2u boleh tulis details transfer tu. Gua bolehlah tulis "Derma Tanah Kubur" contohnya. Or kalau orang masuk guna mesin pun mesti lu boleh tau itu duit derma sebab tetiba duit masuk lepas advertise nak sumbangan.

Ok, ini adalah pandangan daripada golongan bawahan macam aku. You dont have to agree with me. Orang kaya-raya mungkin cara fikiran lain.

Sebenarnya ramai orang nak menderma tapi atas sebab-sebab kewangan mungkin amount yang kami boleh sumbangkan adalah sedikit. Sedikit tapi ramai adalah formula untuk menghasilkan sumbangan yang banyak. Dan aku yakin boleh dapat banyak dalam masa yang cepat. Dan bila kau dah letak nombor account, orang dalam senyap-senyap boleh derma, tak payah jumpa. Kira takdelah segan walaupun nak bagi 5 ringgit. Takkan tak pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi dalam zaman semua benda di hujung jari sikit-sikit esok lusa je dah jadi bukit.

Imagine ramai orang ikhlas nak derma 5 ringgit je tapi sebab nak kena call, lepas tu nak kena jumpa baru dapat bagi sumbangan tu susahlah. Dan kau cerita atau advertise kau baru lepas dapat derma RM3000. Kami yang kecil-kecilan mestilah segan. Ini aku cerita kecil-kecilan RM5. Imagine if kecil-kecilan ini ialah 20 ringgit. Imaginelah sendiri, 20 ringgit pun boleh jadi segan sebab kau sembang ribu-ribu.

Dan kau cerita pasal orang derma banyak adalah satu benda yang big NO NO dalam meminta derma sebab aku akan fikir "Oh kau target sumbangan yang banyak je ke? Takpelah, aku derma masjid masa sembahyang Jumaat je lah duit 5 ringgit aku ni."

Takpelah kami cari cara lain je lah untuk mendapat pahala sedekah. 

M6 Fun Ride 2014


Update  (sila klik link - 26th May 2014): M6 Fun Ride Selesai

Link pendaftaran (click):
https://docs.google.com/forms/d/1qVb7wP62XQ57ETIsN74GF7bCkHS0DZrGhowwBUWB5Sc/formResponse


M6 Fun Ride 2014 dianjurkan oleh kelab M6 Riders Bandar Bukit Mahkota. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Mahkota 6 dan of course penduduk sekitarnya. Tujuan asal ride ini adalah untuk merapatkan silaturrahim sesama jiran dan sudah pastilah untuk menggalakkan penduduk menyertai aktiviti sihat.

Ride ini juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

- Ceria (5KM)
- Bahagia dan Sejahtera (15KM)

Yuran Penyertaan pula

Individu                             : RM15
Keluarga :
Basikal Pertama                : RM15
Basikal Kedua                  : RM15
Setiap Basikal Seterusnya : RM10

Apa yang menarik sangat sampai kau nak promote dekat blog kau ni Pizli??

Honestly sebab aku tau benda ini fun, yuran dia murah dan yang paling menarik sekali ialah korang akan dapat tshirt free.

Dewasa

Kanak-kanak
Ha apa nak lagi? Cepat daftar, aku lupa pulak nak mention kalau takde basikal korang boleh sewa basikal. RM15 jugak. Jangan tak daftar, nah sekali lagi aku paste linknya (click):

https://docs.google.com/forms/d/1qVb7wP62XQ57ETIsN74GF7bCkHS0DZrGhowwBUWB5Sc/formResponse

Wekeend ni aku nak pergi ganti tayar road, mana pernah main trail pun. Menyesal pulak beli moutain bike, patut aku beli roadbike je dulu. Hehe. Jumpa di sana.

Update (sila klik link): M6 Fun Ride Selesai

OatChoco - Oat and Wheat


Ini makanan oat yang orang tengah gila sekarang. Hari tu kawan-kawan dekat whatsapp group cari so since susah sangat aku beli je sekotak bila terjumpa dealer. Kira dengan kawan-kawan group ni aku jual harga untung sikit jelah. Untung untuk aku punya trouble. Tapi dekat office aku jual harga untung lebih sikitlah. Sekali laku gila-gila. Sehari je dah habis. Aku punya nak makan sendiri ada sebungkus je tinggal.



Sekarang aku macam fikir nak serious berniaga ni. Tapi untuk next week aku jual Oat and Wheat CVMallow ni. Sebabnya dia Malaysian made and ada Halal JAKIM. Yang Oatchoco tu dia Halal dari ARA, China (PRC) tapi JAKIM recogniselah dia punya sijil halal tu, cuma pada aku Oat and Wheat ni lebih convincing.

PANAS!!!

Dekat rumah aku ni rasanya dah 3 hari tak hujan. Dan adalah sangat frightening memikirkan ramalan kemarau panjang tu. Dengan ada risiko air nak kena catu lagi. Tengahari mengambil anak-anak sekolah memang berpeluh ketiak aku kalau pakai long sleeve shirt semua. Hari ni aku nak pakai tshirt je kut. Takpe, office aku takde dress code.

Dekat rumah pulak memang panas berbahang. Tidur pakai seminima mungkin. Dan aku perlukan 2hp aircond. Ada contest menang aircond sila bagitau ye. Aircond bakal menyelamatkan mood aku masa bangun tidur hahaha.

Anak Angkat Tipu


Sebenarnya aku nak share benda ni pasal ingatkan betul. Tapi rupa²nya ini semua penipuan. Ini sindiket orang nak bagi anak angkat tapi mintak duit semua dulu lepas tu lari. Celaka punya manusia.

Expectation Saya Terhadap Online Seller

Aku mempunyai expectation yang sangat tinggi terhadap online seller. Kalau aku order barang aku nak orang tu reply dalam masa less than 5 minit. Tak kisahlah pukul berapa dan hari apa. Aku tau paling lambat aku dapat barang ialah dalam masa 48 jam. Kalau dalam setengah jam takde reply aku terus cari penjual yang lain. Unless barang kau tu satu dalam seribu susah nak cari. Aku tunggulah sambil mengetap gigi marah.

Pada aku bila kau berniaga online kau sentiasa ready. Phone sentiasa ada ditangan untuk membalas enquiry lebih-lebih lagi bila kau tulis serious buyer only yang boleh hantar PM, sebab bila aku PM maksudnya AKU SERIOUS!!!

Ini dapat dimaafkan kalau kau ada tulis kau hanya akan jawab pada pukul 8 malam nanti. Ha macam itu aku boleh expect pukul berapa aku nak terima jawapan. Ini sama juga kalau bagitau ada jadual penghantaran awal-awal. Cakap macam delivery hanya pada hari Selasa sahaja. Macam itu takpe.

Kalau kau ada online store lagilah aku pantang bila bayar semalam lima hari kemudian baru nak post barang. Lagi teruk daripada peniaga persendirian. Macam sekarang kitaorang order bouncer. Semalam bayar, hari ni baru nak cakap payment received dan masih tak post lagi. Padahal company bukan orang persendirian. Oh patutlah tak post, rupanya stok takde dan suggest ambii benda lain lagi mahal. Kepala hotak kau berjambul! Barang takde buanglah dari website korang tu. Apahal dalam website tulis ada siap terima payment??? Ni ntah berapa lamalah nak refund ni. Jahanam.

Last sekali, kalau kau buat dekat iklan kau Whatsapp only tapi kau hanya akan reply 5 jam kemudian. Bodoh apa suruh orang Whatsapp kalau kau takde phone data? Kau kena tunggu jumpa wifi baru nak reply. Kalau macam itu baik suruh aku SMS. Lagi senang.

Rage!! Rage!!

Takde Matlamat

Sebenarnya aku takde hati langsung dah kerja sini. Aku kerja sebab nak dapat duit gaji je. Takde rasa nak accomplished apa-apa. Aku tak tau sampai bila aku boleh bertahan tapi tempat kerja sini memang perfect untuk hidup aku sekarang.

Itu je sebabnya. Aku takde apply kerja lain jugak so memang aku macam takde hala tuju langsung.

Pendidikan Moral

Aku perasan yang sekarang setiap hari ada matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Sebenarnya selain Bahasa Melayu, Pendidikan Moral juga perlu di ajar kepada semua murid setiap hari supaya rakyat Malaysia ini membesar dengan moral yang bagus dalam segala benda pun. Pendidikan Islam memang ada di ajar tapi ianya tidak fokus kepada moral. Dan mungkin manusia yang hebat dalam Pendidikan Islam ini jadi sombong dan beranggap diri mereka mempunyai moral yang sangat tinggi.

Pernah korang bagi pendapat dan orang tak layan dan tak hormat pandangan kau itu?
Pernah korang pergi surau dan senyum pada pakcik dan pakcik tu buat dek je dengan kau?
Pernah kau angkat tangan dan senyum pada jiran dan jiran belakang rumah kau buat tak kenal?
Pernah orang kaya berlagak dengan kau masa kau kerja dekat kedai makan?

Itu adalah sikit benda yang aku alami selama aku hidup ni. Belum lagi cerita pasal dekat jalanraya. Boleh dikatakan hormat menghormati sesama manusia ini kurang di Malaysia ini lebih-lebih lagi bila orang yang rasa diri dia rasa lebih daripada kau.

Dalam hidup ini kita ada dua hubungan. Hubungan pertama antara kita dengan Tuhan. Hubungan kedua adalah antara kita dengan sesama manusia. Ada orang yang tak taat pada Allah tapi bagus di antara hubungan sesama manusia dan ada juga ada orang yang taat pada Allah tapi teruk dalam hubungan sesama manusia. Bukankah bagus kalau semuanya kita balance? Barulah hidup ini sempurna. Janganlah sebab kau dah pergi Haji kau taknak sembang dengan aku yang pergi surau ikut mood ni.

Hormat menghormati tanpa mengira usia, taraf hidup pasti membawa bahagia. Tak salah pun kalau nak senyum dengan orang yang kau tak kenal.