Solat Terawih Bersendirian

Honestly aku ambik dari blog-blog serata internet. Aku harap korang halalkan article atau gambar korang sebab aku nak share dengan orang ramai. Aku rasa ramai orang ada kekangan nak pergi surau untuk terawikh. Bukan kata ibu-ibu, bapa-bapa pun kadang-kadang penat. So nak senang boleh je solat terawih sorang-sorang.

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.  Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

a) Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.


Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

b) Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.

c) Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Berselawat selepas setiap dua rakaat  tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Doa lepas 4 rakaat.


Doa selepas Terawih 8 rakaat

Doa Solat Tarawih
.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           
Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
                                      
Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. 
     
Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)] 
   
Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.  
                                         
Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

Habis tu boleh lah buat solat witir 3 rakaat. (2 + 1 semua tau kut). Ini doa lepas solat witir.


Salam Ramadhan



Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam.

Dah ada anak berpuasa ni lah masa aku jadi dietitian sekejap, pakar motivasi sekejap. Oh jadi ustaz pun ada kadang-kadang.

Kelas Last

Semalam kawan Umar tegur aku. Aku tanyalah dia kelas mana dan dia jawab "Kelas Last" instead of cakap nama kelas dia.

Aku tak suka sebab budak-budak ni tau dia kelas last. Tak ke demotivated? Mungkin boleh jadi dia akan semangat belajar taknak duduk dalam kelas last tu, tapi cara budak tu jawab macam dia kecewa pun ada.

Website Siap


Setelah almost sebulan mencuba akhirnya aku berjaya siapkan website sekolah anak aku. Bangga jugaklah. Aku tak pandai cari sponsor semua so aku rasa aku sponsor website sekolah ini sudah kira baguslah kut.

http://skbbm.edu.my/

Sebab Apa Deal Dengan Binatang Lagi Senang?

Semalam dua kali kejadian di mana di jalan selorong aku beralah reverse kereta bagi kereta depan aku lalu walaupun kalau ikut keras hati, aku boleh suruh orang tu yang reverse. Tapi relaxlahkan? Takde susah mana pun kita nak beralah? Dengan senyuman aku pun reverse. Sebagai manusia aku macam biasa expect yang diaorang akan balas senyum aku at least. Tapi tidak, dua-dua kes buat muka sombong. 

Aku kesian tau sebenarnya orang-orang macam ini. Aku bukan nak cakap aku baik tapi senyum dengan semua orang tu bukanlah susah mana pun. Setiap pagi masa busy hantar anak-anak aku dengan Liza akan senyum je dengan semua orang yang kitaorang bertembung. Tak kena bayar pun.

Kadang-kadang aku give up dengan benda macam ini. Bercakap dengan kucing lagi senang. Bagi makan pada kucing lagi senang. Diaorang tak sombong. Diaorang makan je apa yang aku bagi. Makanan murah makan, lebih ayam anak-anak aku makan pun diaorang makan. Takde hal. Tak sombong.

Walaupun diaorang tak reti senyum tapi aku takdelah sakit hati.

Kucing Dan Kami

Aku ada sediakan kucing-kucing aku satu bilik. Tapi ada seekor kucing ni macam kadang-kadang berak merata dalam bilik tu. Aku dah penat nak cuci. Selain itu bau hancing kucing tu kadang-kadang memang terbau satu rumah. Selain tidak menyenangkan takut juga bahaya untuk kesihatan baby.



Aku ada dua option. Buang kucing-kucing ni atau beli sangkar dan letak diaorang dekat luar. Beli sangkar semua ni makan belanja yang besar tapi fikir-fikir balik takpelah, aku beli je lah dan bila kitaorang ada dekat rumah diaorang bolehlah keluar sangkar tu. Bila kitaorang kerja dan waktu malam duduklah dalam sangkar tu.

Dulu aku fikir macam kejam letak kucing ni dalam sangkar tapi kalau letak dalam bilik tu pun bukannya diaorang fully utilize besar bilik tu, diaorang menyempit jugak dekat satu tempat so aku rasa ok je kut. Lagi satu dekat luar sejuklah sikit takdelah macam terperangkap. Betterlah kan dari aku buang diaorang terus.

So harapnya takde bau tidak menyenangkan lagi dan bilik itu akan diconvert jadi bilik tetamu. Nak pasang lantai semua haha.

Story Behind Pizli's Birth Date


Lama dah aku tak guna apps online macam ini.

Saya Dan World Cup


Aku tak boleh dah nak tipu diri sendiri, aku cuba jugak tengok tapi memang aku tak minat. Selamat tinggal bolasepak. Tidur lagi baik.

Benda Paling Aku Suka Dalam WhatsApp Group


Dalam dunia yang serba busy ni kita takde masa nak berkomunikasi dengan orang ramai sangat. Macam aku jenis yang tak reti melepak kedai kopi ni lagilah. Dan kalau yang jenis yang boleh melepak tu pulak biasanya akan minum kopi dengan kawan-kawan pada waktu malam, yang mana energy dah kurang.

Tapi thanks to WhatsApp, sekarang kita boleh berkomunikasi secara berkumpulan secara online, pada bila-bila masa. Dan ini baik dalam mengekalkan hubungan sesama kawan, family dan lain-lain.

Aku ada banyak group. Ada group sekolah anak, group kelas anak, ada group ajk pibg, ada group adik beradik, ada group adik beradik ipar dan ada group bekas sekolah.

Kau ingat aku dengan adik beradik aku ada masa nak call each other bertanya khabar dan bersembang di telefon? Ada masa nak berjumpa? Takde, semuanya jauh dan rasa fake gila kut kalau aku tetiba call adik aku tanya dah makan ke belum? Hahaha. So di group ini kami boleh bersembang, update each other atau mengumpat secara spontaneously. Tak kira waktu, tak kira tempat. At least aku taulah immediately yang rayuan adik aku nak fly awal ke US on January kena tolak, sponsor still suruh pergi on August. Takdelah aku tau benda ini masa hari raya nanti je.

Yang group rakan sekolah lagilah. Ada yang di Penang ada yang di Melaka dan lain-lain tempat. So dekat group ni kitaorang masih boleh bersembang dan tau perkembangan masing-masing. Tapi group aku ni lagi best, diaorang main suara pulak. Tetiba waktu pagi ada sorang macam DJ bercakap, so aku dengar suara kawan-kawan aku. Time gila semua orang send voice message bukan text. So jadi seronok dan yang pasti persahabatan itu masih kekal. Cewah.

Untuk group lain lebih kepada update each other. Group jalan rumah pun aku ada. Adalah orang hantar-hantar update pasal perkembangan kawasan perumahan dan macam-macam lagi. Yang part sekolah, update homework anak-anak, jadual periksa. So kalau digunakan dengan betul InsyaAllah benda ini memang sangat bermanfaat. Kalau aku nak buat open house ke kenduri ke senang, ramai dah kawan-kawan dalam group-group ni. Aku jemput semua dah meriah dah majlis kut.

Jadi gunakanlah WhatsApp Group dengan bijak! Ye ada keburukan. Kau dah kurang face to face contact, face to face communication. Tapi umur kita ni kita takde banyak masa, dan masa itu emas, aku perlu gunakan sebaiknya. Seperti tidur. Buat apa buang masa tengok World Cup? World Cup tu overrated kau tau tak? Bangun tidur tengok highlights sudah. Hahaha.

Hari Yang Aku Rasa Nak Terbalikkan Meja Restoran Arab Di Padang Awam Nilai

Hari Ahad hari tu ada sukan anak aku dekat Padang Awam Nilai. Memandangkan anak aku sakit cirit birit memang perlukan toilet lah. Tapi dekat situ takde toilet. Yang ada cuma restoran arab yang dibukak pada pukul 10 pagi. Kali pertama anak aku nak ke toilet ada brader ni drivekan kitaorang ke kedai makan tak jauh dari situ sebab restoran arab dekat padang tu tutup. Anak dia pun nak guna toilet.

Kali kedua restoran tu dah bukak, so aku bawaklah anak aku guna. Ada orang mandi so aku assume toilet tu terbukak sebab dia nak guna untuk mandi sebab lepas tu dia kunci terus toilet tu bila anak aku nak pergi kali ketiga.

Aku benganglah, apa yang kedekut sangat sampai nak kunci toilet tak bagi orang guna. Kalau kau berkira sangat mintaklah bayaran, dua ringgit pun aku tak kisah bayarlah. Orang nak guna sebab emergency. Tulis lah nak guna bayar dua ringgit. Aku punya panas hati rasa nak je sepak kerusi meja dekat situ.

Takpelah, usah harap lah aku nak pergi makan kedai kau. Dulu ada jugak aku makan. Sekarang pergi mampos. Biar melingkup terus. Kedekut berkira.

Social Skills Anak-Anak Dari Kehidupan Di Nursery

Kepada ibu bapa yang dua-dua bekerja dan yang baru dapat baby dan risau nak hantar baby ke nursery, risau kena penyakit, risau itu, risau ini. Kesian baby kecik lagi dan macam-macam lagi aku nak cakap abaikan, hantar je. Pedulikan apa nak jadi.

Bila aku cakap nursery, maksud aku proper nurserylah, bukan tetiba ada sebijik rumah takde signboard, takde apa kau terus hantar. At least hantarlah yang proper, ada agreement dan sebagainyalah.

Kenapa tak payah kesian? Sebab sebenarnya korang dah bagi a big favour kepada anak-anak korang ni. Kepada anak korang dari segi social skills dan survival skills jugak. Dan disamping itu juga korang berdua husband and wife mencari rezeki yang lebih untuk diaorang jugak.

Ada dua situasi, sila imagine.

Situasi Pertama: Kau pergi kedai atau pergi pasar malam dan anak-anak dengan gembiranya jumpa ramai kawan di mana-mana tempat. Kalau ada acara apa-apa, pergi surau ke, pergi kenduri ke anak-anak kau bebas dan boleh berkawan-kawan. Boleh join in lagi acara yang majlis tu buat, macam ada pertandingan tiup belon ke, rebut gula-gula ke.

Situasi Kedua: Anak kau menangis di hari sukan sekolah sebab tak biasa dengan orang ramai dan kau satu family balik rumah terus sebab anak kau taknak join. Aku dah tengok benda ni jadi lebih dari sekali.

Kau nak situasi yang mana? Kalau aku, aku pilih yang NO.1. Aku nampak budak-budak yang duduk nursery ni yang dah biasa bersocial takde masalah. Boleh survive. At least 90% of them memang takde masalah bab ini.

Lagipun kalau kau duduk jaga anak kau dekat rumah aku rasa still akan kena jugak penyakit, takdenya sebab tak duduk nursery anak kau tak demam. Hehe.

P/S - Again, ini pendapat aku je, you dont have to agree with me.

Hari Sukan Nawal

Semalam hari sukan tadika Nawal. Walaupun dia cirit birit since Jumaat Alhamdulillah dia berjaya jugaklah involved. Sempat nyanyi², sempat masuk acara, sempat ambik hadiah walaupun ada pergi toilet dua kali in between. Hari ni Liza bawak pergi kliniklah kut.





Oklah jugak Nawalnya, bolehlah lari bersukan haha. Team dia dapat no.2 untuk dua acara. Team umur 4 tahun. Aku pulak dapat lucky draw masa nak habis tu. Alhamdulillah.

Pergi UK???

Semalam team leader aku cakap tahun ni aku pergi UK untuk traininglah, seminggu. Aku tak rasa banyak sangat nak ditrain pun tapi aku nak pergilah merasa ke negara orang.

Yang penting aku nak pergi Old Trafford. Next week nak buat passport. Lepas tu kena buat kajian lah kut macamana nak survive dekat sana. As usual mestilah aku akan ambik gambar banyak-banyak. Hehe.

Tapi kalau tak jadi pergi memang aku akan mengamuk lah haha.

Baju Melayu Dan Baju Kurung Kain TShirt Untuk Anak Anak

Assalamualaikum, berminat untuk mendapatkan Baju Melayu Dan Baju Kurung Kain TShirt Untuk Anak Anak? Anda berada di tempat yang tepat. Sila ke blog orang yang menjualnya untuk membeli atau berurusan.

Ini link blognya: http://bajumelayuanak.blogspot.com/














Doa Dan Kebaikan


Manalah tau kut ada orang yang berdoa untuk kita kan?

Waktu Yang Anda Perlu Jadi Sporting


Aku memang orang yang full of rage. Dan biasanya aku rage bersebab. Biasanya sebab aku ikut semua rules tapi ada orang yang tidak. Aku beratur nak bayar tol tetiba ada babi yang potong line. Benda-benda macam itu memang buat aku panas.

Tapi ada masa yang kita perlu jadi sporting. Macam futsal tournament Ahad lepas syarat yang organiser cakap keeper tak boleh tukar, so aku stick jadi keeper walaupun ada beberapa kali kaki aku gatal jugak nak pergi jadi striker (geram punya pasal). Atas dasar peraturan.

Masa semi final dan match tempat ke tiga dua-dua team yang kitaorang lawan tukar keeper masa penalty. Dan abang sorang keeper asal tu siap dapat keeper terbaik pun.

Kalau aku nak bantah memang boleh je tapi untuk benda fun dan untuk kemasyarakatan macam ini kita kena jadi sporting. Sebab objektifnya untuk merapatkan silaturahim, bukan untuk cari gaduh haha. Kalau benda macam ni aku nak buat bising nanti aku yang nampak bodoh. Habis semua orang benci hahaha.

So adik-adik ku sekalian, jangan ikut perasaan.

Benda Paling Aku Menyampah Dalam Whatsapp Group! Rage!!! Rage!!!


Fakta:

Aku lelaki, aku pernah duduk dalam Whatsapp group semuanya lelaki. Dan pada masa yang sama umur aku dah 33 tahun. Tiga puluh tiga tahun, bukan muda belia dan 99% dalam group semua dah kahwin. Dan rasanya semua dah beranak pinak.

Dengan fakta di atas aku rasa bodohlah kau nak share gambar-gambar bogel dekat Whatsapp group. Bukannya aku dah takde nafsu nak tengok perempuan Argentina sexy, tipulah sebagai lelaki tulen kalau aku tak excited, aku pun bukannya betul sangat tapi berpada-padalah. Kau ingat umur kau 21 tahun ke? Nak tengok, tengok sorang-sorang dahlah. Banyak je dekat internet, kau layanlah sampai lebam. Ini kau share dekat entire group apa yang kau cuba cakap? Kau tak happy dengan sex life kau ke?

Belum masuk bab anak-anak jenis suka main phone sekali ternampak gambar bogel. Kau takde fikir pasal tu?

Lagi pelik share gambar perempuan-perempuan cantik. Kau nak suruh orang pergi mengorat perempuan cantik jadi bini no.2. Kau nak cakap perempuan tu lagi cantik dari bini kau? Nak cakap bini kau hodoh dan wish dapat bini macam perempuan-perempuan cantik tu?? Cuba gambar perempuan tu gambar adik kau, bini kau, anak kau or worst mak kau yang masih bergetah ke dan orang lain share dekat Whatsapp Group diaorang.

Kau rasa suka ke??? Kau rasa kau boleh relax???

Biasa dah aku leave group sebab benda-benda ni. Aku tak rugi apa pun. Tak suka aku? Menyampah dekat aku? Peduli apa aku. Kau ingat aku peduli apa orang fikir pasal aku??

Lagi satu, stop living in the past. Grow up and move on. Kau bukannya makin muda.

Terasa?? Memang aku nak bagi terasa pun.

Memilih Untuk Bercerita Perkara Yang Menggembirakan Sahaja

Lately ni aku kalau dekat blog or dekat FB takde lagilah kut cerita benda-benda sedih atau masalah aku. Sebab kalau orang baca pun tak seronok. Dulu memang aku tulis pasal masalah sahaja. Bila buat macam itu somehow aku rasa kehidupan aku jadi lebih baik.

Macam baru-baru ni aku menang contest memang nampak gembiralah. Aku saje share sebab menang. Kalau aku beli dan share itu namanya show off lah kan? Ini tidak. So mungkin orang akan rasa dan memang ada yang cakap dengan aku pun betapa luckynya aku menang macam-macam benda mahal.

Aku share time aku menang. Kalau aku share time aku kalah korang menyampah pulak dekat aku. Sebab dalam beratus contest aku masuk baru dua kali menang besar hahaha. Cuma aku tak share je lah bila aku frust tak menang.

Apa-apa pun aku rasa kalau kita tak cerita masalah, orang nampak kita pun positif jugaklah.

Futsal No. 3


Main bola ni macam biasalah, kau boleh main macam mangkuk sepanjang tournament dan ada satu perlawanan penting kau menyerlah tetiba semua kemangkukan kau tu kau lupa. Dan teringat yang manis je.

Aku jadi keeper, malas dah nak jadi striker sekarang. Anyway, tournament ni kawasan kejiranan aku yang anjurkan untuk jiran-jiran. Meriahlah sampai ada 8 team, bahagi 4-4 dua group. Team ni ikut nasib undinya, bukan kau pilih teammatenya. Group aku Group B. Jadi no.2 kumpulan dan dapat masuk semi-final. Semi-final kalah penalty. Aku rasa sebab kemangkukan aku jugak kut jadi seri 2-2 tu, kalau tak boleh masuk final. Penalti semua nasib so aku tak ralat sangat.

Ha masa game tempat ke tiga ke empat ni lah yang syok ni. Aku start tu terlepas dua gol dan jadi down jugak, lepas tu team aku kejar 2-2, lepas tu kena lagi sebijik jadi 2-3. Tetiba jiran selorong rumah aku Yusri yang satu team sepak dari jauh dengan cantik dan score jadi 3-3.

Seronoklah sebab memang gol dia cantik. Lepas tu aku pun tak tau macamana orang pass bola pada aku dan aku dari depan gol sendiri jadi keeper ni sepak dan gol. Instinct tetiba nak buat macam tu. Memang gol terhebat sepanjang zaman aku main futsallah. Aku berani cakaplah gol Yusri jiran aku dan gol aku tu memang top 2 gol tercantiklah dalam tournament. Hahaha.

Tapi itu bukan the best part. The best partnya ialah lepas aku score tu teammate semua datang peluk aku dan ada sorang tu (yang kebetulan adik ustazah Umar) lompat peluk aku siap kaki-kaki naik peluk macam tengah score masa world cup. Aku sampai sekarang senyum teringat.


Anyway, lepas tu diaorang score sebijik dan jadi 4-4 end resultnya bawak ke penalti. Kitaorang menang penalti 2-1. Penalti nasib, aku takdelah bangga sangat sebab sorang tu sepak straight pada aku, aku dapatlah tahan. Sorang lagi sepak ke tepi. Hahaha. Menang, dapat nombor 3.



Cuma aku terkilan sikitlah sebab ada sorang organiser tanya nama aku lepas habis game ingatkan dia nak bagi aku jadi keeper terbaik rupanya bagi kat orang lain. Hahahahah. Tapi aku yakin aku keeper terbaik di mata dia lepas dia komen macam atas ni dekat FB hahaha.

Grand Prize Winner Lagi


Aku ada masuk contest ni hari tu. Ye lah, tak keluar modal pun contestnya, ambik gambar tengah bersenam dan aku pulak masa tu baru lepas main sukan. Sekali menang Grand Prize tu, MacBook Air. Alhamdulillah.


Harapnya good luck aku kebelakangan ni tak stop di sini lah ye? Harapnya berterusan sampai bila-bila. Amin.

Cukur Jambul Dan Aqiqah


Minggu lepas kitaorang seminggu duduk Keramat rumah mentua sebab cuti sekolah. Liza pun first week start kerja so eloklah aku drivekan konon-kononnya hahaha. Sabtu tu Mak Liza buatkan Aqiqah dan cukur jambul untuk anak aku Luqman Zafran.



Macam meriah jugaklah kendurinya sebab lepas tu ada kaum lelaki baca tahlil dan doa selamat. Makanannya pun sedap. Masa makcik-makcik ni berzanji dan berdoa untuk anak aku dalam bahasa Melayu sayu gila hati aku sampai menitik air mata tak sedar.

Mungkin sebab Bahasa Melayu kita memang confirm fahamkan? Hahaha.

Happy

Aku rasa bila aku dah hidup sendiri tak pernah sekalipun dalam hidup aku ni yang aku completely happy. Completely happy as in aku tak perlu risau pasal apa benda pun. Kalau cerita pasal 10 tahun lepas lagilah teruk.

So lately ni hidup aku macam terjadi beberapa perkara yang menggembirakan sampai aku rasa macam takde masalah langsung. Ada masalah tapi somehow benda-benda happy ni macam cover up dan aku rasa seronok je lah.

Rasanya macam peliklah.

Antara Sebab Aku Stop Buat Video Kahwin Satu Ketika Dahulu


Bila bab benda lain sanggup belanja mahal, tapi bila service aku tawar sampai murah gila. Lepas tu berlagak. Aku berhenti sebab aku taknak buat kerja tak ikhlas sambil memaki. Takpelah takde side income.

World Cup?


Aku tak excited pun hahaha. Maybe sudah tua.

Anak Dan Sistem Exam Baru


Overall aku happy je dengan result exam anak aku. Tapi rupa-rupanya sistem baru ni dia ambik kira 4 subjects je. Subjeknya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Dan Dunia Sains Teknologi. Masalahnya Matematik dan Dunia Sains Teknologi dia teruk sikit. Bukan aku nak bela anak aku tapi sebenarnya takdelah teruk pun cuma persaingan yang sangat hebat sekarang nampak kuranglah sikit.

So sekarang aku dah confuse. Perlu ke aku suruh anak-anak aku tumpu pada 4 subjects ni je dan abaikan 7 subjects yang lain sebab kedudukan dalam kelas dan kedudukan dalam darjah dia based on keputusan 4 subjects ni je? Sebab keputusan 7 subjects tu ok. In fact semuanya A pun kecuali Dunia Seni hehe.

Lagi satu aku rasa macam melampaunya lah nak paksa anak-anak belajar gila-gila dan tinggalkan dunia yang patutnya dihabiskan dengan benda yang fun. Aku dah pening ni. Kalau turun kelas takut dia down pulak. Takut aku pun down sekali. Pada pendapat aku selain belajar benda-benda lain pun kena ambik kira jugak.

Susu Ibu

Masa anak first kami minggu pertama dah campur dengan susu formula. Aku tak pasti atas sebab apa. Apa-apa pun dia selalu jugaklah sakit masa kecik dulu. Demam, selsema batuk semualah.

Bila anak no.2 diberi fully breastfeed memang dia jarang sakit. Dan masa tu aku beranggapan yang mungkin anak yang ini Allah nak bagi relax sikitlah kut. To be honest masa tu aku tak nampak connection susu ibu dengan susu formula ni, tapi sekarang macam dah clearlah kut memang susu ibu ni bagus.

So anak bongsu ni wife aku sedaya upayalah nak fully breastfeed. Mungkin perlu invest dengan breast pump yang bagus semua.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Wow oh wow. Aku sekarang tengah sangat impressed dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah sebab aku boleh check result exam anak aku secara online!! Walaupun kurang impress dengan resultnya at least sistem ini baguslah untuk kita sebagai ibu bapa.

Linknya ialah: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Korang akan nampak ini bila tekan link itu.

So letaklah no mykid, click sekolah rendah atau menengan dan pilih tahun.

Lepas tu dia akan bawak kita ke page ini. Pilihlah jenis exam.
Lepas tu click Papar Slip Keputusan
Dan tengoklah result. Doakan anak-anak aku jadi manusia yang berjaya dalam dunia ini.
Tahniahlah pada semua yang terlibat dalam projek ni. Dan tahniahlah dan terima kasih cikgu-cikgu yang key in markah. :-)

Buat Apa Kahwin Awal? Enjoylah Dulu.


Biasanya bila ada orang nak kahwin awal mesti ada orang cakap buat apa nak kahwin awal? Enjoylah dulu. Masa aku nak kahwin hari tu pun ada makcik ni cakap macam tu. Soalan aku dalam hati ialah nak enjoy apa?

Tengok pada oranglah sebenarnya ada yang jenis memang suka bersuka ria. Macam aku, aku tak tau nak bersuka ria amende pun. Biasanya bersuka ria dan enjoy-enjoy ni dengan kawan-kawan dan biasanya jugak kawan tak bawak kau ke mana, family jugak yang bagus.

Senang cerita settle down, kalau taknak anak, plan. 5 tahun kahwin baru beranak. Enjoy berdua husband and wife. Lagi bahagia hahaha. Dah ada anak kalau nak ada hobby pun takde masalah. Cuma pilih lah hobby yang bersesuaian. Kalau hobi yang buat kau takde rumah all the time baik jauhkan. Lagi seronok nak enjoy sebab semua benda dah teratur, tersusun.

Pokok Salang


Pucuk Salang ni aku dah tau dari zaman aku kecik lagi. Masak lemak putih rasanya dia manis dan sangat sedap. Memang magic lah pada aku macamanalah sayur boleh jadi manis dan sedap macam tu.

Pokok Salang atau nama saintifiknya Claoxylon Longifolium boleh dikatakan popular di negeri sebelah utara khususnya di Perak. Sayur ini kebiasaanya di buat masak lemak dengan santan kelapa atau dibuat sayur manis. Ada juga menjadikannya sebagai ulam setelah mencelur terlebih dahulu.

Balik Kampung

Khamis sampai Sabtu aku balik kampung. Nah enjoy je lah gambar-gambar.





Kenapa Normal Website Masih Lagi Relevan?

Bila sesuatu benda melibatkan kos ramai orang yang cepat melatah. Contohnya bila kita buat website orang akan tanya kenapa tak guna blogspot? Soalan itu relevan. Blogspot kan free? Aku ingat aku surrounded by orang-orang positif yang akan sokong aku tapi rupanya tidak, so aku decide aku fund je lah website ni sendiri.


So sebab apa aku nak buat website? Cikgu IT sekolah mintak aku buatkan website, bukan blog! So aku dengan senang hati nak buat website sebab boleh buat sambil-sambil belajar. Kalau dia mintak buat blog aku boleh buat jugak sebab aku dah dekat 10 tahun jadi blogger.

Keduanya memanglah blog boleh ada menu semua tapi dia tak boleh jadi menarik macam website yang dibuat dengan HTML5 dan CSS3. Dan ketiganya kalau kita nak letak file untuk didownload selain image files kita boleh direct ke server kita je, tak payah nak store ke server lain.


So bila aku fikir-fikir aku teruskan je lah buat website ini dan memandangkan takde siapa nak join bagi fund aku rasa takpelah aku gunalah duit sendiri, lagipun jadi AJK PIBG ni setahun je. Tujuan asal aku nak ada website ialah aku nak Pengumuman dan Informasi selalu diupdate dan aku volunteer nak update dan maintain website ni sebab sekolah baru ni internet wired pun takde lagi, sekarang guna Digi Broadband. Sementara kerja aku 24 jam online aku dengan senang hati offer diri nak buat semua ini.

Bila aku dengan semangat buat satu website yang pada aku nampak professional dalam masa tiga hari aku dengan excited share dengan AJK yang lain dan mintak Guru Besar buat surat nak beli domain .edu.my. Malangnya dalam ramai-ramai AJK yang tunjuk tanda bagus dalam whatsapp dan ada sorang cikgu email cakap Good Job dan nak support aku bagi info dan sediakan surat dari Guru Besar ada sorang pulak AJK tak suka. Aku pun tak faham nak design macamana lagi padahal tujuan aku nak bagi informasi. Bila cukup informasi rupa website dah tak penting lagi. Orang akan datang. Malangnya tak semua orang fikir macam aku, nak design yang ada flash, nak design yang nampak progressive school. So aku malas nak peduli dah pasal website ini.

Sekian terima kasih. By the way, Flash is dead! Website aku ni boleh bukak dekat phone! Ringan. Carilah designer lain. Aku takde masalah nak maintan, anytime aku boleh update. Sebab apa aku dah tak peduli? Masa aku design ni hari tu aku buat for fun seronok² so aku sekarang taknak buat under pressure.

Anti-Social?

I'm not anti-social, most people just suck.

Aku Sekarang Sudah Jadi Positif Setelah Bertahun Negatif

“Some people grumble that roses have thorns; I am grateful that thorns have roses.” - Negatif-negatif sila pergi mampos!

The Game Of Love



And it was you the one that would be breaking my heart
When you decided to walk away
When I wanted you to stay

Lawak Hari Ini

Hari ni aku balik kampung, so malas nak cerita tengok je lah lawak ni. Ignore ejaan sweet yang salah.


Hahaha, pandai budak-budak ni buat lawak.

Menjadi Tooth Fairy

Anak-anak aku biasa tengok TV dan mostly kartunlah dekat Playhouse Disney semua tu. Aku pulak dah malas nak tengok TV kecuali bola atau movie sekali sekala. Semalam gigi Umar tercabut satu, dah tumbuh dah pun gigi baru dia. So dia dengan Nawal pun excitedlah cakap malam tu tooth fairy nak datang ambik gigi lepas tu bagi duit.

Nampak diaorang bersungguh-sungguh aku malaslah nak bagitau benda sebenar. Aku nak join the fun je lah. Aku letaklah duit seringgit bawah bantal tu dan simpan gigi dia dalam laci. Bersungguh-sungguh suruh bukak tingkap nak bagi jalan tooth fairy tu. Pengaruh tv betul.

Ini baru merepek bab gigi dengan tooth fairy, belum lagi merepek bab princess si Nawal lagi.

Jangan Tangkap Muat!

Anda baru bercerai?
Anda break dengan boyfriend?
Anda break dengan girlfriend?
Anda belum berkahwin?
Anda belum ada boyfriend?
Anda belum ada girlfriend?
Ex anda sudah ada pasangan baru?

Walau sakitnya hati anda, walaupun sunyinya anda aku harap korang janganlah main tangkap muat je semata-mata nak ada pasangan. Semata-mata ex anda sudah ada pasangan baru korang pun nak ada boyfriend baru.

Kalau ye pun nak, carilah yang betul-betul bagus. Janganlah cari yang lebih teruk dari bekas korang tu. Aku kesian. Tak rugi pun tunggu setahun dua daripada pisang berbuah dua kali.

Sebenarnya aku nak cakap benda ni dekat seorang kawan FB ni tapi aku tak tercakap.

Paranoid

Tahpa paranoid aku sekarang sampai bila ada orang nak buat baik dengan aku, aku rasa diaorang ada agenda tersembunyi. Ada nak ambik kesempatan.

Gila betul perangai.

Sebab Apa Saya Suka Filem Luar?

Ramai pembuat filem tempatan marah bila rakyat Malaysia selalu tengok movie luar compare dengan movie tempatan. Ada macam-macam sebab kita tengok filem luar sebab kalau compare budget je pun dah sure filem tempatan kalah. Tapi ada benda jugak yang aku suka bukan atas faktor budget atau teknologi dalam filem. Salah satunya ialah faktor lakonan. Hari ini aku nak mention pasal dua scene dalam dua movie yang berbeza.


Filem Real Steel
Scene Charlie tengah shadow boxing control robot.
Pelakon Evangeline Lilly

Masa scene ini dia ni menangis masa tengok Charlie tu berlawan. Dia duduk dalam crowd dan konon-kononnya terharu lah kut aku rasa. Untuk menangis dia kena ada memori yang kuat terhadap kisah lampau dia dengan Charlie tapi dalam filem tu kisah lampau dia takde scene pun, semuanya cakap-cakap je. Imagine macamana dia menghayati watak dia sampai menangis based on imaginary memories je. Hebat gila.


Filem The Internship
Scene budak-budak Intern nak convince kan Sal si tauke Pizza untuk advertise dengan Google.
Pelakon Bruno Amato

Masa since ni memang nampak macam Sal ni tauke Pizza yang betul. Yang tua dan taknak try benda baru. Memang convincing gila jugak.

Dan banyak lagilah filem dan scene-scene yang sangat hebat dari pelakon luar. Sekian terima kasih.

Biro Perhubungan Awam Dan Sukan


Sabtu lepas berjalan lah mesyuarat yang pertama dan aku sangat happy volunteerkan diri untuk masuk biro perhubungan awam ni. Tugas pertamanya ialah membuat website sekolah supaya segala maklumat boleh sampai dengan cepat.

Buat website InsyaAllah takde masalah sangat. Masalah nak cari fund untuk beli domain dan bayar hosting. Nanti aku cubalah mintak derma dari group whatsapp aku. Kalau korang nak derma pun boleh. Aku janji aku gunakan sepenuhnya untuk maintenance website tu. Tak payah bayar aku, aku buat website tu free je.

Doakan semuanya dipermudahkan.